Khamis, 15 November 2012

Sukan Pra 2012

Assalamu'alaikum Warahmatullah dan Salam Sejahtera.

Selamat menyambut tahun baharu Islam 1434. Apa azam anda kali ini? Asalkan azam itu baik dan mendatangkan manfaat kepada diri sendiri, kami sokong. Hehe macam pilihanraya pulak ye. Moh kita nengok-nengok gambar adik-adik pra kia ni...

Saya tak berapa ingat nama anak-anak pra ni.

Ni samada muka tahan sejuk pagi takpun pertandingan muka frust.

Berjalan-jalan di kawasan padang.

Selasa, 13 November 2012

Sukan ini tahun...(part 2)

Assalamu'alaikum Warahmatullah dan Salam Sejahtera

Saya bersiaran dari negeri Johor. Ambil sedikit masa untuk update blog kita ini. Insya Allah hari ini akan pulang semula ke negeri Pahang. Buat anak-anak yang tertunggu memang membuat saya bersalah. Kali ni saya masukkan lagi gambar-gambar sukan pada bulan September yang lalu...

Disebabkan lama, saya dah lupa diorang ni rumah apa.

Ismail (blakang sekali) menunjukkan aksi makan vitamin kasi menang.

Murid paling pemalu, macam akaknya Hayani.

Isnin, 12 November 2012

Selamat Pengantin Baru Cikgu!

Assalamu'alaikum Warahmatullah dan Salam Sejahtera.



Adapun diri saya pertamanya ingin mengucapkan selamat bercuti kepada anak-anak. Cikgu-cikgu pulak taknak saya ucapkan kerana banyak lagi kerja yang nak diuruskan tu.hehehe.Jangan marah ye cikgu-cikgu. Cuti tak lari dari majlis perkahwinan sana sini. Begitulah juga, Cikgu Zaimi yang telah menamatkan zaman bujang beliau hari Sabtu baru-baru ini.

Seorang yang lembut tutur katanya, sentiasa jalan tunduk (ada masa terlanggar tiang) dan juga merupakan pengerusi kelab guru sekolah. Begitu lama masa ditunggu kata beliau, akhirnya beliau kini mempunyai seorang isteri pilihan hatinya,

cikgu zaimi duduk di pamah kasih,
isterinya pula orang kg awah,
hidup deme biarlah berkasih,
kelak rezki melimpah ruah.



Akhir kata, selamat pengantin baru buat cikgu, semoga hidup kalian berkekalan sepanjang hayat, diberkati, dirahmati dan diampuni sepanjang zaman....



Selasa, 23 Oktober 2012

Sukan ini tahun...(part 1)

Kelelahan. Itu yang boleh saya katakan. Setelah ditekan beberapa pihak, terutama puan Nisa' yang beria-ia sangat nak gambar hari keluarga, inilah hasilnya. Gambar sekitar sukan sekolah baru-baru ini. Belum boleh upload gambar femili day ye Nisa. Sukan sekolah berlangsung dengan penuh meriah dan sudah pasti, guru terlebit emosi..heheh. Jangan marah kawan-kawan. Hidup ini hanya sekali, inilah masa nak bergurau senda.

Bukan saya seorang, kalau dikira saksi-saksi kejadian hari itu, pastilah melebihi 4 orang, tapi itulah kenyataan. Pahit hempedu ditelan sekalipun, hakikat yang nyata tetap perlu diterima.Bukan omongan kosong saya, hendak tak hendak bagai jauh negeri orang, jauh lagi hati saya untuk menerimanya. Kenyataan, rumah temenggung adalah juara kali ini. Pijak di gajah sekalipun keputusannya, sama-sama kita terima dengan redha. Heheh..jangan jeles..moh kita macam biasa...

Aksi melompat sambil tidur.

Besarkah tapak kaki Aiman?

Khamis, 27 September 2012

Hujan di petang hari, menggamit memori...2007


Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Hujan di petang hari,
menggamit memori.......................

Ramai ngat hok nanye mana video banjir dulu-dulu. Arini ande pulok pegawai BTPN Pahang yang ceria datang melawat nok tengok video. Koi dah uplod, hok deme pulok nok nengoknya. Selamat menonton...

Rabu, 19 September 2012

Cerita Raya Di Bulan Zulkaedah...

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, pada 2 September yang lepas warga Attaqwa dengan seronoknya telah merayakan hari raya secara formal di sekolah dengan berbaju raya. Untuk kesekian kalinya, murid amat gembira dengan sambutan yang diadakan, manakala guru pula sengih-sengih badak pun turut gembira. Itulah kehidupan, bila kita bersedih, kita berduka, bila kita suka, kita bergembira. Ucaplah syukur pada Allah atas segala kurniaannya.

Seperti setiap tahun sudah-sudah, sesi bergambar lah yang ditunggu-tunggu. Cuaca pagi suam-suam nescafe Oldtown, menjadikan sesi kali ini berjalan lancar dan tiada setitik peluh ditemui. Paling bergembira dengan sesi bergambar tahun ini adalah encik Amirul Mukmin. Entah apa yang merasuknya, gambar kali ini banyak menyelitkan aksi-aksi beliau semasa program dijalankan.

Nasi beriani air sirap,
aktiviti pula tiada hambar,
nilai murni sudah diterap,
moh kita layan gambar...

Doa dulu.

Warna-warni aidilfitri.

Salam Takziah

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.


Seluruh warga At-Taqwa mengucapkan salam takziah kepada Haris Fikri (Darjah 4) atas kehilangan nenda yang dikasihi dalam kejadian kebakaran sebuah rumah di Kerdau, Temerloh pada 18 September 2012. Takziah juga buat Puan Intan dan keluarga atas kehilangan ini. Didoakan semoga roh Almarhumah dicucuri rahmat Allah Ta'ala, diampuni segala dosanya dan ditempatkan bersama para solehin.



Isnin, 17 September 2012

Giliran Majlis Khatam Al Quran dan Penyampaian Hadiah

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Khatam Al Quran, ini kali pulak masuk la. Huhu. Lama ngat gambar  ni bersarang dalam external hard disk saya. Kalau la hard disk tu boleh bercakap, mau je dia cakap ' sian bebudak kat luar nu, dari aritu soh masuh tak masuk jugak'. Bukan saya taknak masuk, admin dah lantik ramai tukang-tukang karang, tapi tengok gayanya yang dilantik tu pon lebih sibuk plak dari saya. heheh. Jangan marah ye kawan-kawan.

Adapun majlis ini diadakan serba sederhana. Tidaklah meriah sangat, tidaklah suram sangat. Sejuk-sejuk pepsi orang cakap. Adalah serba sedikit gambar di bawah ni untuk tatapan semua. Mana yang takde tu, ce kabo, boleh saya carikan. Banyak sebenarnya, dalam 500 gambar tak salah. Tapi kat sini saya masukkan sikit jela.

Moh layan...

Persiapan untuk dibahagikan kepada semua murid. Tak menang tangan weh.

Terliur jugak masa 

Sabtu, 15 September 2012

Segalanya Ketentuan Allah...(tinta buat Nazmi dan Mama Nazmi)

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Sayu. Tiada kata. Hanya kaku. Innalillahi Wa Inna Ilaihi Roji'un. Sebaris doa dilafazkan kemudian, semoga roh bapa dan adik kepada Khairin Nazmi (Darjah 2) iaitu Almarhum Khairul Azhar bin Hashim dan Muhammad Amiruddin dicucuri rahmat Allah Ta'ala. Mereka terlibat dalam kemalangan sehari sebelum syawal 1433H baru-baru ini.

Layan la apa saja...

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Sebelum ni saya dah masukkan gambar sekitar program tadarrus dan hafazan surah. Kali ni moh kita layan gambar persiapan majlis iftar jama'ie pulak. Wokme ande?hehehe


Kebersihan tanggungjawab bersama.

Raji anak-anak kita ni.

Nak tunjuk jugak!

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Apa khabar semua? Pertamanya tak terlewat lagi saya mengucapkan selamat hari raya kepada semua. Bukan apa, saya dah malu nak bagitau, tapi macam ni la keadaanya, yang penting blog kita tk berhabuk...heheh. Saya tetap akan update walaupun lewat, mungkin orang kata dah basi, tapi bagi saya, asal ada permintaan saya tetap akan masukkan, tunaikan permintaan anak-anak yang penting. Maaf sekali lagi saya pohon.

Bulan puasa dah lepas, tapi kali ni saya nak tunjuk jugak gambar program tadarrus di sekolah kami ini. Haaa bukan tunjuk benda bukan-bukan yek Ustaz Syahirman....Moh weh!

Sejuk perut mak yang ngandung dapat anak macam ni...

Kecik-kecik macam ni kita dah kena bagi mereka biasa mengaji.

Isnin, 10 September 2012

Selasa, 24 Julai 2012

Pemantauan Akademik dan Lawatan Kerja

Assalamu'alaikum Waramatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Tanggal 9 Julai 2012 lalu, menjadi sejarah bagi sekolah ini apabila didatangani oleh pegawai-pegawai yang bertanggungjawab dalam pendidikan daripada Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Pahang dan juga Pejabat Pelajaran Daerah Temerloh. Ketua Sektor SPI mengetuai rombongan dari Kuantan manakalala PPD Temerloh pula diketuai oleh Pegawai Pelajaran.

Alhamdulillah, kami para guru mendapat banyak input untuk dijadikan panduan dalam memberikan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan kepada murid. Segala teguran, tunjuk ajar akan digunakan sebagai penaik semangat dalam menghadapi hari mendatang. Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak kerana sudi hadir ke sekolah kecil ini. Selain daripada itu, mohon maaf juga dipinta andai ada kekurangan sepanjang pemantauan yang diadakan. Sedikit gambar kenang-kenangan sempat diambil untuk tatapan semua.

Persediaan pemantauan P&P.

De-briefing oleh Cikgu Hamidah, Guru Penolong Kanan Kurikulum kepada Ketua Sektor SPI JPNP dan Pegawai Pelajaran Daerah Temerloh.

Isnin, 23 Julai 2012

Kem Kecemerlangan UPSR dan UPSRA 2012

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Selamat berpuasa.

Baru-baru ini pihak sekolah telah menganjurkan kem kecemerlangan untuk anak-anak attaqwa dari darjah 5 dan 6. Diharap dengan terlaksananya kem ini, murid-murid yang terlibat dalam meningkatkan lagi keputusan dalam kedua-dua peperiksaan sebenar nanti. Insya Allah sebelum peperiksaan sebenar nanti, murid-murid akan dibawa ke suatu tempat untuk merehatkan fikiran. Mana? Tunggu aje la deme.... jom layan gambar dulu.

Sampai pegang kopiah Lokman jawab soalan,

Bagi saya, Robil adalah murid yang selalu melemparkan senyuman, tak kiralah dalam keadaan mana sekalipun, mesti senyum takpun sengih!

Ahad, 22 Julai 2012

Penangan Ramadan, kereta ustaz diconteng!

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Selamat berpuasa kepada semua kaum muslimin dan muslimat. Tengokla gambar ni, punya la semangat nyambut ramadan, kereta ustaz jugak tempat lepas geram menyambut ramadan. Tapi tiada tindakan disiplin diambil kerana perkataan yang digunakan tiada punya unsur lucah, ugutan, merapu dan kesan calar pun tiada. hehehe


Buat anak-anak attaqwa di luar sana, cuti sabtu dan ahad jangan pula cuti daripada mengaji Al Quran. Jumpa lagi kita...marhaban ya ramadan...

Khamis, 19 Julai 2012

Ramadan Yang Dinanti

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Beberapa hari lagi kita akan tiba pada bulan seribu bulan. Bulan yang sentiasa dinantikan oleh orang-orang yang beriman. bagi anak-anak pula, kedatangan bulan suci ini tidak lain tidak bukan ialah, 'siapa yang dapat berpuasa penuh kali ini'. Saya hadir ke sekolah ini pada tahun 2007. Apabila tiba bulan ini, ia bagaikan satu pesta. Pesta dalam menjalani ibadah puasa. Di sana sini, waktu terluang, diisi oleh mereka dengan aktiviti berfaedah. Cukup mudah di attaqwa, melihat anak-anak seusia 7-8 tahun sudah mula memegang muqaddam atau Al Quran, sama-sama mengalunkan ayat suci milik Allah itu.

Bagi kami para guru pula, kehadiran bulan ramadan bagaikan melihat tayar kapal terbang mencecah tar di lapangan, cukup suspen. Kami perlu merencanakan program terbaik untuk anak-anak hebat ini. Kebiasaannya, program yang dianjurkan mendapat reaksi pelbagai. Namun bagi kami, adat resam dalam memberi ilmu adalah satu pengajaran dan didikan buat kami.

Semoga bulan Ramadan kali ini, sekolah Attaqwa akan terus meriah dengan aktiviti keagamaan berpadanan dengan tema tahun ini...'RAMADHAN ATTAQWA...BULAN SERIBU BULAN'. Didoakan semoga anak-anak attaqwa akan bergembira, berani dan selesa menjalani ibadah di bumi bertuah ini. buat kalian para pembaca, kami warga Attaqwa mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa, mengambil kesempatan yang terbuka luas dalam meningkat amal ibadah, sepertimana 30 hari dibulan ramadhan menyamai seribu bulan. Selamat berpuasa!

Selasa, 17 Julai 2012

Kepada Allah jua kita kembali...

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Dukacita dimaklumkan bahawa salah seorang penderma / penyumbang kepada pembangunan sekolah ini telah kembali ke rahmatullah pada hari Ahad baru-baru ini. Almarhum Hj Ramli b Mat Taha atau lebih dikenali sebagai Cikgu Ramli yang berasal dari Kg. Tanjong Lalang, Temerloh meninggal dunia setelah terlibat dalam kemalangan di lebuhraya Karak.

Seluruh warga At-Taqwa dengan ini mendoakan semoga roh Almarhum dicucuri,diampuni,dirahmati dan diberkati serta ditempatkan bersama para solehin. Sekalung takziah buat keluarga dan teman Almarhum...

ALFATIHAH

Berikut adalah petikan berita yang diambil daripada laman Sinar Harian.


NORFARAHAH OTHMAN & M.FEISAL NORAWI
17 Julai 2012
Kereta mewah yang dipercayai melanggar mangsa dalam kejadian itu.


BENTONG – Seorang lelaki maut dalam kemalangan di Kilometer 54.4 Lebuh raya Karak-Kuala Lumpur kira-kira jam 4.40 petang, kelmarin.Dalam kejadian itu, mangsa, Ramli Mat Taha, 55, dari Kampung Tanjung Lalang, Temerloh dipercayai memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan sebelum berjalan untuk melihat dari jauh kemalangan yang berlaku di seberang jalan.
Pemangku Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, ketika mangsa ingin kembali ke kenderaannya, dia dipercayai dilanggar sebuah kereta dari arah belakang.Menurutnya, kereta itu dipercayai dipandu laju dan terbabas sebelum melanggar mangsa yang pada masa itu berada di lorong kecemasan.

Isnin, 16 Julai 2012

PROJEK SURAU BAHARU ATTAQWA

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, berkat daripada derma / sumbangan tuan / puan / anak-anak tiap-tiap hari, maka projek surau sekolah kita telah bermula pada 7 Julai 2012 lalu. Anggaran bagi fasa pertama iaitu menebang,merata, menambun tanah adalah sekitar RM25,000.00 ke RM30,000.00. Jumlah wang terkumpul sedia ada sekarang ini lebih kurang RM12,000.00. Kos keseluruhan pula dianggarkan sebanyak RM160,000.00. Insya Allah, dengan doa dan bantuan daripada anda diharapkan semoga perancangan fasa pertama ini akan berjalan lancar di mana ketika ini tanah yang ditambun dengan jumlah kiraan lori sebanyak 100 buah telah selesai.

Bantuan demi bantuan yang diterima daripada semua pihak diucapkan ribuan terima kasih. Sumbangan anda hanya Allah sahaja dapat membalasnya. Pihak sekolah dan PIBG merasa amat bertuah dikelilingi oleh masyarakat yang cintakan agama. Anda lah masyarakat yang dimaksudkan itu. Berikut sedikit gambar yang berjaya dirakam ketika projek telah dimulakan. Sekali lagi, JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA buat kalian. Terima kasih!

Geng lelaki sedang memasang tali rintangan keselamatan.

Ahad, 8 Julai 2012

Dinding Baharu

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Syukur ke hadrat Allah Ta'ala atas kurnianya. Terima kasih tidak terhingga kepada semua penderma-penderma yang selama ini menyumbang untuk sekolah. Baru-baru ini dapatlah kami guru-guru berkelapangan bergotong royong mengecat dinding sekolah dengan warna baru. Kosnya? Dengan menggunakan wang sumbangan orang ramai yang sudah pastilah datang daripada murid-murid dan penjaga sekalian. Tidak lupa juga dengan lantai di luar surau sementara sekolah juga dibuat bersama-sama oleh guru sekolah.

Setakat ini kerja-kerja masih lagi diteruskan secara berperingkat berdasarkan kepada kelapangan guru-guru.  Bagi penjaga di luar sana yang berkelapangan membantu kami, amat kami alu-alukan. Didoakan semoga amal bakti sumbangan tuan/puan dan anak-anak attaqwa menjadi bekalan paling berguna di akhirat kelak. Jazakumullahu Khairan Kathira...Allahu Akbar!

Cikgu Zaimi, dahulunya tidak boleh langsung mengecat, kini beliau berangan mahu membuka bengkel perniagaan mengecat rumah dan bangunan.

Khamis, 28 Jun 2012

Kem Kecemerlangan UPSR & UPSRA 2012 (Siri 1/2012)

Assalamu'laikum Warahmatullah dan Salam Sejahtera.

Ini bukanlah kursus haji bersiri. Akan tetapi tibalah sudah masa yang ditunggu-tunggu semua murid tahun lima dan enam attaqwa. Maka di sini diumumkan program sepertimana yang tertera di atas akan dilangsungkan insya Allah berdasarkan maklumat di bawah:

Hari      : Jumaat - Ahad       
Tarikh   : 29 Jun 2012 - 1 Julai 2019 bersamaan 9 Sya'aban -11 Sya'aban 15433
Sasaran : Murid Darjah 5 dan 6.

Insya Allah juga, semua murid yang terlibat akan bermalam di sekolah sehingga hari Ahad. Semoga perjalanan program ini lancar, tidak diganggu dan sentiasa di bawah keberkatan, kerahmatan,perlindungan dan mendapat hidayah daripada Allah Ta'ala.

Sekalung tahniah buat kalian!!!

Assalamu'alaikum Warahmatullah


Lama dah saya nak update blog ni. Tapi disebabkan dengan kesibukan se dua tiga menjak ni, terpaksa saya tangguhkan.Maafkan saya. Adapun niat saya kali ini adalah ingin mewakilkan ucapan ahli-ahli attaqwa atas pencapaian cemerlang kanda-kanda kami dalam Majlis Ihtifal Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Negeri Pahang 2012 baru-baru ini di SMK PAya Besar, Kuantan.

Menurut keputusannya, 3 buah sekolah menengah SABK menguasai pertandingan tersebut diketuai oleh SMA Al Ma'arif, Kuantan. Tempat kedua pula SMA Al Mahmudi, Maran. Ketiga pula Maahad Darul Ulum Al Basriah, Kuantan. Menariknya, ketiga-tiga sekolah ini berjaya mengalahkan sekolah-sekolah yang hebat seperti SMKA dan SBPI. Satu pencapaian yang mengejutkan!

Di kesempatan ini, pihak sekolah mengucapkan sekalung tahniah buat anda. Kejayaan anda membuka peluang supaya lebih ramai yang mengetahui berkaitan SABK serta tidak kurang juga yang berminat menghantar anak-anak menyambung ke sekolah-sekolah sepertimana contoh di atas.

Tahniah sekali lagi.

Allahu Akbar!!!

Nota: Maklumat berkaitan artikel ini diambil daripada laman web spipahang.bpi.edu.my dan smkpayabesar.blogspot.com .
          





Sabtu, 23 Jun 2012

Laman Rasmi Baharu Attaqwa

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan, pihak admin Attaqwa sedang membangunkan laman rasmi bagi SRA At-Taqwa untuk kegunaan semua warga Attaqwa dan orang awam. Namun begitu, laman ini masih dalam pembinaan. Untuk lawat-lawat sahaja, bolehla ke http://sabksraat.bpi.edu.my/ .

Sebarang maklumat berkaitan laman baru ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Namun begitu, laman blog ini tetap akan beroperasi seperti biasa walaupun laman baru itu akan digunakan kelak. Harap  maklum.

Khamis, 14 Jun 2012

HARI PELAPORAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2012

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Kepada:

Ibu bapa / Penjaga
Tahun 3, 4, 5 dan 6

Sukacita dimaklumkan bahawa Hari Pelaporan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 bagi Sekolah Rendah Agama At-Taqwa, Temerloh akan diadakan sepertimana ketetapan di bawah:

Tarikh    : 15 Jun 2012 bersamaan 25 Rejab 1433
Hari       : Jumaat
Masa     : 10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari
Tempat  : Bilik Darjah

Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan / puan didahuluikan dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,


Guru Besar.

Khamis, 31 Mei 2012

Guru Besar Masuk Wad...

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.



Adalah dimaklumkan, Al-Fadhil Ustaz Mohd Khairudin b Yaakob telah dimasukkan ke HOSHAS Temerloh Wad Tingkat 7 Kenanga 12 katil nombor 14 awal pagi tadi. Mengikut temubual dengan beliau semasa ziarah guru-guru lelaki petang tadi, beliau sebenarnya dah sakit asma seminggu yang lepas. Ni yang paling teruk. Untuk itu,marilah kita sama-sama berdoa semoga ustaz kita kembali sembuh seperti biasa dan dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab untuk anak bangsa. Syafakallah...

Rabu, 23 Mei 2012

Sudah lama tidak berblog (edisi 16 Mei)

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Mana mungkin saya lupakan tarikh ini. Ia hadir tidaklah ditunggu-tunggu, tetapi kehadirannya cukup bermakna. Bukan buat diri insan yang bergelar guru sahaja, tetapi boleh dikatakan sesiapapun yang terlibat dengan dunia pendidikan pasti teruja dengan tarikh ini. 

Segenap kedai-kedai runcit, pasaraya,koperasi sekolah dan lain-lain kedai yang boleh bahan jualannya mendatangkan sebentuk hadiah buat insan bergelar guru sehari sebelumnya, pasti sesak dek penangan tarikh ini. Begitu juga saya,bagaikan kabus mengganggu kabur pandangan saya tentang ingatan zaman kanak-kanak dahulu, sudah pasti hadiahlah yang dicari buat guru saya, walaupun sekeping kad ucapan rekaan sendiri, puas melihat wajah guru menerimanya tanpa tolak tanpa bicara, mungkin terharu atas pemberian anak-anak muridnya.

Pernah seorang cikgu berkata kepada saya saat terima hadiah sebatang pen merah; ' pen merah ini tanda darah cikgu, takkan disesiakan untuk mencipta kejayaan buat anak-anak didik, andai cikgu gagal, betulkanlah kembali niat cikgu'. Saya tidak memahami ketika itu, apa yang dikatakannya. Kini apabila menjadi seorang pendidik, baharu saya boleh berfikir dan mendalami kata-katanya.

Buat anak-anak, terima kasih atas hadiah dan ingatan buat kami. Tiada antara kami yang mendoakan keburukan buat anak-anak. Siapalah kami tanpa kalian. Mengajar kami erti amanah, jujur, bertanggungjawab dan setia dalam mendidik. Semoga kejayaan dan kecemerlangan hidup berlandaskan Islam untuk anda semua!

Layan gambar......

Cikgu Yan, kalah Hasbullah Awang jadik pengacara.

Ahad, 20 Mei 2012

Sampai terduduk!!!

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Apa agaknya yang berlaku ni?Susah nak tengok Cikgu Yan semacam ini gembiranya...

Khamis, 10 Mei 2012

Selamat Menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012



Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera



Semua guru dan warga kerja SRA Islam At-Taqwa mengucapkan selamat menduduki peperiksaan pertengahan tahun buat anak-anak attaqwa bermula 14 Mei 2012 sehingga 25 Mei 2012 (dua minggu). Hanya kejayaan kami doakan, semoga semua berjaya, insya Allah.

Ahad, 8 April 2012

Lagi berita gembira

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.


Mengikut maklumat Cikgu Siti sebentar tadi, dengan rasa syukurnya ingin dimaklumkan bahawa Cikgu Mohaiza telah selamat melahirkan puteri sulungnya kira-kira jam 11.00 malam tanggal 7 April 2012 bersamaan 16 Jamadil Awwal 1433.Menurut khabar Cikgu Siti yang sedang makan roti canai depan stesen BHP Paya Pulai dicicah pula tempoyak patin, berat anak Cikgu Mohaiza adalah 3.75kg. Boleh tahan macam maknya. Tahniah cikgu, semoga hidup bertambah ceria macam muka kat atas nu. 

Sekian berita tergempar.

MTQSS 2012 Sekolah Rendah Peringkat Daerah Temerloh

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Layan gambo je la, ntah macam mana dah siap buat teks, tersalah tekan delete semua. Apa-apa pun, kami mengucapkan terima kasih atas sokongan dan dokongan yang diberikan oleh rakan guru, anak-anak attaqwa, staf, ibu bapa / penjaga yang sentiasa mendoakan buat pasukan kita ini. Tahniah buat anak-anak kita yang bertanding, bersusah payah selama beberapa minggu bagi menghadapi hanya satu hari pertandingan. Tahniah!

Pusat pertempuran Daerah Temerloh.

Khamis, 5 April 2012

Senyum penuh debaran...

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.



Senyuman manis Ammer Suhaimi....
Tunggu cerita dalam entri seterusnya!!!

Isnin, 2 April 2012

Guru Penyayang, Murid Disayang, Sekolah Cemerlang

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Bukan murid sahaja yang menantinya. Cikgu pun sama. Tambah-tambah Cikgu Azu yang setiap hari menunggu saya di tepi simpang Taman Temerloh Jaya sambil memegang sepanduk yang bertulis "bile aok nok pablish gambo koi?" Nampak je dia tu cakap bandar, tapi pekat sangat bahasa kampung kalau diluar nu.

Adapun pihak sekolah dengan rasa syukur kepada Allah telah berjaya mengadakan sambutan hari guru penyayang. Sambutan ini sebenarnya menggalakkan kepada hubungan baik antara guru dan murid. Bukan itu sahaja, secara tidak langsung mengajar dan mendidik murid dalam mengaplikasikan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Macam lecturer sedang bercakap ke guru praktikum pulak saya ni. hehehe

Pada hari itu juga menjadi hari kejutan kepada murid-murid. Apa tidaknya, semua guru menanti murid dengan wajah penuh kasih sayang menyambut kehadiran anak-anak ke sekolah. Paling penyayang hari itu adalah Cikgu  Julina, mesti laki dia marah kalau tengok muka penyayang dia aritu, laki sendiri pun tak dibaginya coki-coki. hehehe

Baiklah, daripada saya terus menyebut nama guru-guru tanpa sebab dan sekadar menambahkan kegeraman mereka, apa kata kita layan gambar seperti selalu kita layan. Moh weh...

Cikgu Zaimi, sanggup solat subuh di sekolah semata-mata nak menunggu murid.

Antara yang terawal sampai, tapi tak boleh kalahkan Amir Azrifaizal.

Sabtu, 31 Mac 2012

Doakan guru kita...

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.




Cikgu Mohaiza bt Mohamad bila-bila masa sahaja akan melahirkan anak sulung beliau samada hari ini, esok, lusa dan seterusnya.. Doakan semoga beliau dan cahaya mata yang dikandungnya selamat dilahirkan dan dapat menjalani kehidupan dengan baik. Kami warga kerja dan anak-anak attaqwa sentiasa mendoakan yang terbaik buat cikgu. Ya Allah, permudahkanlah urusan sahabat kami, guru kami ini dalam menghadapi hari-hari berikutnya. Semoga anak yang dikandungnya, kelak esok dilahirkan menjadi seorang manusia yang dapat memimpin manusia lain ke arah kebaikan dan Islam.Amin Ya Rabbal 'Alamin...

Jumaat, 30 Mac 2012

Seronok seorang guru besar

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera



Ada apa dengan Ustaz Khairudin?


Tunggu dalam entri seterusnya!!!

Selasa, 27 Mac 2012

Segala puji hanya untukMu Ya Allah...

Muhammad Aiman b Nasaruddin

Dalily Batrisya bt Mazlan


Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Hati ini bagai disebat-sebat.Menanti keputusan itu keluar. Manakan tidak, dua kali makan nasi sebelum keputusan dikeluarkan, sampai kelaparan kami dibuatnya. Agaknya hati mereka berdua pun begitu. Setiap saat yang berlalu pasti dirasakan seperti bom jangka yang akan meletup di pintu jantung masing-masing.

Ah pedulikan semua itu. Di kesempatan yang terhad ini, kami mengucapkan syabas buat anak-anak attaqwa yang berjaya dalam Pertandingan MTQ Zon Pelajaran Mentakab 2012 pagi tadi. Alhamdulillah, Muhammad Aiman b Nasaruddin, tempat pertama dalam kategori tilawah lelaki dan tempat kedua hafazan lelaki. Manakala Dalily Batrisya bt Mazlan pula mendapat tempat pertama dalam hafazan perempuan.

Nak berehat rasanya sikit je boleh, kerana selepas ini kalian berdua akan bersaing pula dalam peringkat daerah. Marilah sama-sama kita doakan yang terbaik buat mereka berdua. Semoga Allah kurniakan kejayaan buat anda!

Tahniah!


Ni la dua orang cikgu yang makan nasik dua kali, selebihnya dalam plastik sambung plak kat skolah.

Selasa, 13 Mac 2012

Mesyuarat Agong PIBG 2012

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Dua hari sudah berlalu.Cepat benar rasanya sekarang ni bergerak. Kalau dulu, nak habiskan musim cuti sekolah cukup lama, macam-macam mende boleh dibuat. Tapi sekarang, terkejar-kejar pulak. Dalam masa yang ada ni,sempatla saya belek gambar-gambar yang ada dalam simpanan. Dari tahun 2007 tak salah. Banyak pulak idea nak dimasukkan dalam blog ni. Tapi, cerita berkaitan mesyuarat agung pibg baru-baru ni tetap pilihan utama saya.

Alhamdulillah, tahun ini mesyuarat diadakan dengan lebih ramai kehadiran daripada kalangan ibu bapa. Tu yang seronoknya. Berbaloilah dewan dibuka penuh.hehehe. Hasil daripada mesyuarat, maka berlakulah beberapa keputusan. Keputusan tersebut bolehlah tuan / puan dapatkan daripada pengerusi PIBG kita. hhehehe

Banyak pulak melalutnya, baik layan gambar bercerita...hehehe

Nanti kene buat anugerah kehadiran terbaik. Suami isteri hadir. Tahniah!!!

Puan Setiausaha kita, tu tengah tulis rph, bukan minit mesyuarat.

Isnin, 12 Mac 2012

Ada apa dengan mereka?

Sangat comel apabila berjubah...

Entri seterusnya insya Allah dalam minggu ini...harap bersabar.

Ahad, 11 Mac 2012

Pra Sekolah

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Saya terlupa. Puas saya fikir dua tiga hari lalu. Ini halnya. Maafkan saya. Tertinggal satu cerita benar yang menarik, sudah pasti mereka yang ingin saya perkatakan ini pun tertunggu. Benar-benar saya pohon kemaafan kepada kalian. Terlalu banyak perkara berlaku dalam diri saya dalam sebulan dua ini, mungkin penyebab kepada hilangnya fokus saya.

Baru-baru ini lebih kurang minggu lepas, kami dikejutkan dengan kejayaan anak-anak pra sekolah attaqwa yang berjaya mendapat tempat semasa karnival pra sekolah peringkat zon lalu. Alhamdulillah, anak-anak ini berjaya menjadi johan zon dalam pertandingan galah panjang. Jangan disangka jurulatihnya kecil molek, tapi permainan galah panjang ini beliau kuasai.heheh sori ye kak nor.

Sekalung tahniah daripada kami warga Attaqwa buat kalian!