Khamis, 30 Oktober 2014

Nafas Segar

Assalamu'alaikum Warahmatullah dan Salam Sejahtera.

Nafas segar? Ya. Nafas segar dari rokok. Kempen anti merokok. Siapa di luar sana masih menghisap rokok, kurang-kurangkanlah. Hehehe...




Isnin, 27 Oktober 2014

Ceramah bulanan: Ustaz Mustaffa Kamal bin Hamzah

Assalamu'alaikum Warahmatullah dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, Allah bagi kami kesempatan bersama ulama' dalam menagih ilmu-ilmu syurga. Ustaz Mustaffa Kamal, yang biasa kita lihat di peti televisyen, turut menyampaikan kuliah di sini. Gambar di bawah....




AIDILFITRI 1435H

Assalamu'alaikum Warahmatullah dan Salam Sejahtera.

Kali ni, gambar raya pula. Moh layan...




Selamat Menduduki Peperiksaan

Assalamu'alaikum Warahmatullah dan Salam Sejahtera.

Kepada semua anak-anak yang mulia, kami para guru mengucapkan selamat menduduki peperiksaan akhir tahun. Buatlah yang terbaik, usaha dari sekarang untuk menjadi manusia yang berguna buat agama dan masyarakat.


Isnin, 20 Oktober 2014

Program Ihya' Ramadhan 1435H

Assalamu'alaikum Warahmatullah dan Salam Sejahtera.

Hehehe. Dah abih raya haji pun. Ni baru nak keluarkan gambar semasa program ihya' ramadhan yang lalu. Moh tengok gambar anak-anak kita...

Program Ihya' Ramadhan 1435H dijalankan dalam keadaan baik. Beberapa peningkatan dilihat pada tahun ini. Kebanyakan murid dah menguasai bacaan al Quran. Dalam pertandingan pula, masing-masing memberikan saingan sengit buat pesaing. Pening juga para hakim nak menilai.Tahniah buat semua para pemenang, yang kalah jangan rebah, panjang umur tahun depan kita jumpa lagi.

Sekalung penghargaan dan tahniah juga buat semua murid yang terlibat dalam program tahun ini. Memang meriah.




GAMBAR PROJEK PEMBINAAN SURAU BAHARU SEKOLAH (20 OKTOBER 2014)

Assalamu'alaikum Warahmatullah dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, hari ini diberi kesempatan untuk meng 'update' blok ni. Memang lama. Lebih 3 bulan sudah. Maafkan kami para admin tidak memberi maklumat terkini peristiwa dan perkembangan daripada sekolah.

Ramai yang bertanya perihal surau baharu kita. Alhamdulillah, berkat doa dan usaha semua, kini surau kita hampir sempurna. Namun begitu, kewangan pula menghadapi masalah. Doakan sama-sama supaya surau kita sempurna siap hendaknya.

Berikut adalah gambar terkini, boleh dijadikan rujukan kepada semua. Sesiapa yang sudi menghulurkan sumbangan dan derma, bolehlah masukkan wangnya ke akaun PIBG SEK REN ISLAM AT TAQWA 06028010021300 (BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD). Semoga dengan sumbangan anda, dibalas Allah dengan sebaik-sebaik balasan.

Baiklah, masa untuk melayan gambar...

 Pandangan dari padang sekolah.

 Pandangan dari pintu masuk tapak surau.