Sabtu, 15 Februari 2014

PROJEK PEMBINAAN SURAU BAHARU SRA ISLAM AT-TAQWA

Assalamu'alaikum Warahmatullah dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, hari ini diberi kesempatan untuk mengemaskini laman ini. Diharap anda sekalian berada dalam kesihatan yang baik. Berikut adalah gambar terkini berkaitan pembinaan surau sekolah kita. Maha Suci Allah, pembinaan terus bergerak lancar tanpa sebarang halangan, berkat dari sumbangan yang tidak putus-putus diterima daripada para dermawan yang budiman.

Bagi anda yang ingin turut serta dalam projek 'saham akhirat' ini, bolehlah menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Islam PIBG Sek Ren Islam At Taqwa bernombor 06028010021300. Jazakumullahu Khairan Kathira buat para dermawan yang budiman.

Jom layan gambar...




Ahad, 2 Februari 2014

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2014

Assalamu'alaikum Warahmatullah dan Salam Sejahtera.

Apa khabar semua? Lama betul tak jenguk blog kita ni. Entri pertama untuk tahun ni mari kita layan cerita merentas desa kita. Laluan kali ini berubah tak seperti tahun-tahun sudah. Kali ini murid menghala ke kubur Chengal pulak. Ini kerana laluan ke jambatan gantung Kampung Lompat banyak berdebu kesan daripada banjir yang melanda.

Jom layan gambar....