Isnin, 11 Mei 2015

PROJEK WAKAF BAGI MENYEMPURNAKAN PEMBINAAN SURAU SEKOLAH

Assalamu’alaikum Warahmatullah dan Salam Sejahtera.

Tuan/Puan yang dirahmati Allah,

Izinkan saya mengambil masa untuk berkongsi dengan tuan/puan perihal pembinaan surau sekolah kami. Surau SRA Islam At-Taqwa beralamat di KM 4 Jalan Mentakab-Temerloh, 28000 Temerloh, Pahang ini dibina dengan hasil derma orang ramai. Surau yang masih dalam pembinaan dan juga keseluruhan kawasan sekolah turut ditenggelami banjir besar yang berlaku pada Disember 2014-Januari 2015 yang lalu mengakibatkan kerugian ribuan ringgit.

Mulai Mei 2015, pembinaan surau sekolah ini disambung kembali untuk menyelesaikan kerja-kerja yang terbengkalai selepas bencana banjir yang lalu. Kerja-kerja yang belum selesai ialah:

1. Pemasangan siling tingkat atas dan bawah.
2. Pemasangan jubin dan siling di tempat wuduk.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah melancarkan kutipan wakaf bagi menjayakan pembinaan surau kita ini. Berikut adalah kadar wakaf sekaki persegi yang dilancarkan oleh pihak sekolah:

a. Siling tingkat atas, tingkat bawah dan tempat wuduk (barang dan upah) = RM4.00 sekaki persegi.
b. Jubin tempat berwuduk (barang dan upah) = RM4.00 sekaki persegi.

Bagi tuan/puan budiman yang ingin menyertai skim saham akhirat ini, sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad (PIBG SEK REN ISLAM AT-TAQWA) bernombor 06028010021300 atau hadir ke sekolah seperti alamat di atas. 

Segala sumbangan yang dihulurkan kami dahului dengan ucapan dan doa JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA DAN SEMOGA KEHIDUPAN TUAN/PUAN DIBERKATI, DIRAHMATI, DIAMPUNI DAN DILIMPAHKAN REZEKI OLEH ALLAH TA’ALA.

Nombor-nombor telefon yang boleh dihubungi:

09-2901648 Pejabat Sekolah
011-19967434 M Khairudin Yaakob (Guru Besar/Pengasas Sekolah)
012-9665990 W Saiful Adli W Muhd (Pen Kanan Kokurikulum/Penyelaras Projek Pembinaan Surau)
013-9277124 M Sahran Ismail (Guru/Bendahari PIBG)
012-9834451 Syahirman Abd Sukor (Guru/Imam)
BLOG: sra-attaqwa.blogspot.com






 Sekian, terima kasih.
Mohon disebarkan.