Sabtu, 15 September 2012

Nak tunjuk jugak!

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Apa khabar semua? Pertamanya tak terlewat lagi saya mengucapkan selamat hari raya kepada semua. Bukan apa, saya dah malu nak bagitau, tapi macam ni la keadaanya, yang penting blog kita tk berhabuk...heheh. Saya tetap akan update walaupun lewat, mungkin orang kata dah basi, tapi bagi saya, asal ada permintaan saya tetap akan masukkan, tunaikan permintaan anak-anak yang penting. Maaf sekali lagi saya pohon.

Bulan puasa dah lepas, tapi kali ni saya nak tunjuk jugak gambar program tadarrus di sekolah kami ini. Haaa bukan tunjuk benda bukan-bukan yek Ustaz Syahirman....Moh weh!

Sejuk perut mak yang ngandung dapat anak macam ni...

Kecik-kecik macam ni kita dah kena bagi mereka biasa mengaji.


Kumpulan tadarrus Ustaz Sahran.

Kumpulan tadarrus Cikgu Zaimi di sana.

Kumpulan tadarrus Ustaz Syahirman.

Kumpulan tadarrsu saya yang ensem.

Kumpulan hafazan Ustazah Norfaeza.

Fahim, tahun ni tak menangis dah...heheh

Ustazah Mohaiza, kumpulan dia yang comel-comel belaka. Macam penulis blog ni.

 Menghafaz.

 Bagus, teruskan hafazan.

Ustazah Azu dalam perjalanan menuju ke tempat Tok Guru Lebai Man untuk mendapatkan maklumat berkaitan hukum tajwid.

Kumpulan tadarrus Ustazah Jasimah.


Dalily ni anak kepada Ustazah Jasimah kita hok duduk paya kecik nu. Pandai ngat dia main besko petang-petang.

Kumpulan tadarrus Ustazah Hidanah yang pemalu.

Ustazah Hamidah sambil menyelia murid hafazan, beliau juga pandai bercerita bagaimana nak buat kuih bingke.

 Percubaan UPSR di bulan puasa.

Semoga berjaya anak-anak.

Ustazah Julina, ustazah feveret murid-murid kerana kelantangan suaranya dalam mendidik anak-anak.

Masa terluang digunakan sebaiknya...banyok pahala deme dapat.

Jadikan ia suatu budaya sekolah.

Kumpulan hafazan Ustazah Rohaida, kumpulan terbaik.

Untuk makluman, semua gelaran cikgu, teacher, sir telah ditukar kepada ustaz dan ustazah sahaja di bulan ramadhan lalu. Mengikut maklumat, Cikgu Aida senyum sorang-sorang sebelum tidor sebab beliau pon dah jadik Ustazah,salah satu cita-cita beliau semasa darjah dua dulu.huhu

Maaf andai terkasar, tersilap kata. Jumpa lagi, Assalamu'alaikum...






1 ulasan: