Isnin, 29 April 2013

Mesyuarat Agong teristimewa...

Assalamu'laikum Warahmatullah dan Selamat Sejahtera

Apa khabar anak-anak, abang-abang, kakak-kakak, tuan-tuan, puan-puan dan pembaca-pembaca blog yang budiman? Semoga kalian dalam keadaan sihat dan dilindungi Allah hendaknya. Adapun entri kali ini menyentuh berkaitan mesyuarat agong pibg bagi tahun 2013.

Ustaz Syahirman ( gambar sebelah) dalam menyampaikan kata-kata semasa temubual bersama wartawan pesisir kami, Encik Amirul menegaskan bahawa mesyuarat agong yang diadakan kali ini lebih kepada meraikan kehadiran keluarga adik Khairin Nazmi bin Khairul Azhar, yang terlibat dalam kemalangan sehari sebelum syawal tahun lalu (video di sini). "Nazmi adalah keluarga kita, kesedihan, kehilangan yang beliau alami,menyebabkan kita menangis bersama. Ketabahan, kekentalan dan semangat beliau dan ibunya, mengharungi dugaan ini mengajar kita satu perkara, jangan cepat berputus asa, Allah sentiasa bersama hambaNya, saat duka dan bergembira". kata beliau penuh perasaan.

Benar. Walau sehingga kini saya yakin, keperitan keluarga Nazmi menghadapinya belum pudar, namun kegembiraan mana lagi mahu kami ucapkan, saat melihat Nazmi berlari keriangan, berjalan bersama rakan, melemparkan senyuman setiap kali berselisih dan petah berkata-berkata, membuat hati kami bagai di taman astakona...


"Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar" (Al Baqarah ayat 155). Semoga hari-hari mendatang menjanjikan kegembiraan, keceriaan dan kejayaan dalam hidup.

Moh kita layan gambar pula...

Membaca jambatan ilmu.

Masih awal, tetamu lebih kepada bertanya khabar ibu Nazmi.

Jumaat, 12 April 2013

Temuduga Kemasukan Tahun 1 Sesi Persekolahan Tahun 2014

Assalamualaikum w.b.t...

Dimaklumkan bahawa temuduga kemasukan murid Tahun 1 Sesi Persekolahan Tahun 2014 ke SRA At Taqwa akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh         : 13 April 2013
Hari            : Sabtu
Masa          : 8.30 pagi
                    ( 8.00 pagi pendaftaran )
Tempat      : SRA At Taqwa
Sesi           : 1 ) Ujian Bertulis
                   2) Ujian Lisan dan Bacaan

p/s : Sila bawa bersama perkakasan alat tulis untuk digunakan sewaktu ujian bertulis.

Segala kerjasama bagi yang terlibat didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Harap maklum,

Sekian , terima kasih.

Ahad, 7 April 2013

Ceramah Ustaz Idris Derus

Assalamu'alaikum Warahmatullah dan Salam Sejahtera

Apa khabar semua? Khabar saya baik walaupun dah lebih sebulan tak update blog kita ni. Hehe. Tiap-tiap hari orang yang bertanya kepada saya ialah Cikgu Zaimi. Saban hari beliau bertanya, bila nak lantik jadi admin mula la tak nak, sibuk bernasyid katanya. Jadi, post kali ni lebih kepada penglibatan beliau bersama-sama dengan anak-anak yang bertungkus lumus menjayakan program ceramah dahulu.

Ceramah oleh Al Fadhil Ustaz Idris bin Haji Derus telah diadakan pada 1 Mac yang lalu. Ya, Mac bukan April. Terima kasih tidak terhingga kepada penceramah, dalam kesihatan beliau yang terganggu, penyampaian ceramahnya tetap memukau para hadirin, sehingga hujan dipenghujung tidak menghalang mereka mendengar penyampaian ceramah yang hebat itu.

Mari kita bersama-sama dengan Cikgu Zaimi melayan gambar di bawah...

Persiapan terbaik, terima kasih tidak terhingga kepada anak-anak tahun 4, 5 dan 6 yang menjayakannya.

Petanda ceramah malam itu hebat, bekas anak murid pun hadir.

Cikgu Zaimi, orang kuat kita.