Ahad, 15 Ogos 2010

Alunan Suci di At-Taqwa

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam Ramadhan.

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, pihak sekolah seperti tahun-tahun yang lepas telah menganjurkan Program Tadarrus Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan. Program ini melibatkan murid daripada tahun satu sehingga tahun enam. Murid-murid juga telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan tadarrus daripada juzuk satu higga tiga puluh dan kumpulan hafazan juz 'amma.

Alhamdulillah, kesemua murid telah terlibat dalam program ini. Insya Allah, mengikut perancangan kita akan mengadakan Majlis Khatam Al-Quran peringkat sekolah sebelum cuti hari raya nanti. Selain daripada itu, aktiviti tazkirah turut diadakan dan disampaikan oleh Cikgu Mohamad Zaimi bin Abu Bak pada hari pertama di bulan Ramadhan. Semoga kita sama-sama berjaya mendapat keberkatan daripada Allah atas amalan yang telah kita lakukan ini.







Sabtu, 14 Ogos 2010

Program Menyambut Ramadhan 1431

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Salam Ramadhan.

Setelah tiga hari berpuasa, dilihat anak-anak At-Taqwa tidak menghadapi masalah. Walaupun menempuh cuaca panas pada satu dan dua ramadhan yang lalu, mereka tetap bersemangat meneruskan puasa di bulan mulia ini.

Sehari sebelum menyambut ramadhan, pihak sekolah telah menganjurkan ceramah sempena menyambut Ramadhan. Ceramah tersebut disampaikan oleh Ustaz Syahirman bin Abd Sukor. Selain daripada itu, pihak Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Panitia Bahasa Arab turut menganjurkan pelbagai aktiviti sempena bulan mulia ini. Semoga dengan aktiviti-aktivti yang dirancang, dapat mengukuhkan lagi ikatan sesama kita selama ini. Di bawah adalah beberapa gambar yang sempat dirakam.

Selasa, 10 Ogos 2010

Ramadhan Kembali...

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh



Apa khabar semua? Diharapkan anda sentiasa sihat selalu dan menjalani kehidupan seharian dengan mendapat keberkatan daripada Allah. Kurang beberapa minit lagi, kita akan menyambut bulan Ramadhan. Kami selaku 'Team At-Taqwa' mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Semoga amal ibadah kita pada tahun lebih banyak daripada tahun-tahun yang sudah. Buat anak-anak didik sekalian, moga pusa tahun ini di sekolah lebih meriah dengan penyertaan kita dalam aktiviti yang telah dirancang sempena Ramadhan tahun ini.

Jumpa lagi...

Salam Ramadhan...