Sabtu, 24 Ogos 2019

Kerja tambun tanah sudah bermula!

Alhamdulillah, kerja menambun tanah makin rancak. Kita anggarkan dalam 500 trip untuk kali pertama ini.

Sehingga artikel ini ditulis, sudah hampir 200 trip sudah masuk ke tapak bangunan baharu kita.

Untuk makluman, kerja tanah ini adalah kerja-kerja awal bagi menjayakan pembinaan bangunan baharu SRA Attaqwa, Temerloh.

Jualan lot wakaf masih dibuka. Setakat ini dah dapat kumpul lebih kurang RM60,000.00. Kos tambun tanah RM300,000.00.

Kami perlukan sekitar RM240,000.00 lagi.

Kot- kot ada yang nak sumbang derma bagi belian lot wakaf, jualan lot wakaf yang ditawarkan adalah seperti berikut:

a. 1/2 lot atau 1/2 kaki persegi: RM10
b. 1 lot atau 1 kaki persegi: RM20

Bagi yang berminat, boleh salurkan pembelian lot wakaf terus ke akaun yang disediakan iaitu:

Nama bank: Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat)
Nama akaun: Surau SRA At-Taqwa Temerloh
Nombor akaun: 22 393 1010 863

Selesai membuat pembelian lot wakaf, hantarkan kepada kami nama penuh anda, alamat lengkap beserta poskod, nombor telefon dan jumlah lot yang dibeli untuk tujuan penghantaran sijil wakaf.

Hantarkan maklumat di atas melalui aplikasi whatsapp ke:

014-603 1047 (Setiausaha Pembangunan).

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, mohon hubungi talian seperti di bawah:

a. Pejabat/Guru Besar: 09-2901 648 (waktu pejabat; 8.00 pagi - 5.00 petang).
b. Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan: 014-603 1047 (Wan Saiful Adli bin Wan Muhammad).

Pihak sekolah merakamkan ucapan jutaan terima kasih dan jazakumullahu khairan kathira kepada para dermawan budiman serta mereka yang menyebarkan status ini.

Semoga Allah mengurniakan sebesar-besar ganjaran kebaikan kepada kalian.

Terima kasih.



Jumaat, 5 Julai 2019

Wajah Baru

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Semoga semua dikurnia  kerahmatan dan keberkatan dari Allah selalu.

Sukacita dimaklumkan, blog sekolah ini akan dikemaskini setelah lama tidak berusik. Insya-Allah lebih ramai guru akan dilantik sebagai admin untuk sama-sama memeriahkan blog sekolah.

Jumpa lagi.

Sabtu, 15 September 2018

MESYUARAT AGUNG PIBG TAHUN 2018

Assalamualaikum Warahmatullah dan Salam Sejahtera.

Aha, ini kali mesyuarat agung pula. Diadakan pada 11 Febuari 2018. Puas kami nak masukkan satu-satu. Hihi.

Jom layan tengok gambar-gambar.




PELANCARAN KEMPEN 3S PERINGKAT SEKOLAH

Assalamualaikum Warahmatullah dan Salam Sejahtera.

Pada 5 Febuari yang lalu, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah melancarkan kempen 3S. Apa tu 3S? Ha, 3S tu singkatan kepada senyum, salam dan sapa.

Sehingga sekarang, kempen ini telah membuahkan hasil. Boleh kata semua asal jumpa amalkan 3S.

Tahniah anak-anak.




Hari Orientasi Tahun Satu dan Penutup Minggu Transisi 2018

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Ini gambar kenang-kenangan anak-anak tahun 1 2018. Tengoklah kot-kot ada gambar anak kita naik. Hehe.




KEJOHANAN MERENTAS DESA 2018 PERINGKAT SEKOLAH

Assalamualaikum Warahmatullah dan Selamat sejahtera semua.

Huhu. Dah berhabuk betul dah blog kita ini. Alhamdulillah, puas cari cara nak dapatkan password dia, akhirnya berjaya. Maafkan kami.

Kami kongsikan di sini rakaman gambar semasa kejohanan merentas desa yang lalu. Tarikhnya pada 30 Januari yang lalu. Hihi.




Rabu, 14 Jun 2017

Koleksi Gambar Ramadan 1438H / 2017 (Siri 1)

Assalamualaikum Warahmatullah dan Salam Ramadan Kareem.

Apa khabar semua? Harap semua dalam kesihatan yang baik dalam bulan yang mulia ini. Dapatlah melakukan ibadah dengan penuh keselesaan. Sedikit gambar yang ingin dikongsi pada hari pertama Ramadan tahun ini di sekolah.