Rabu, 23 Mei 2012

Sudah lama tidak berblog (edisi 16 Mei)

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Mana mungkin saya lupakan tarikh ini. Ia hadir tidaklah ditunggu-tunggu, tetapi kehadirannya cukup bermakna. Bukan buat diri insan yang bergelar guru sahaja, tetapi boleh dikatakan sesiapapun yang terlibat dengan dunia pendidikan pasti teruja dengan tarikh ini. 

Segenap kedai-kedai runcit, pasaraya,koperasi sekolah dan lain-lain kedai yang boleh bahan jualannya mendatangkan sebentuk hadiah buat insan bergelar guru sehari sebelumnya, pasti sesak dek penangan tarikh ini. Begitu juga saya,bagaikan kabus mengganggu kabur pandangan saya tentang ingatan zaman kanak-kanak dahulu, sudah pasti hadiahlah yang dicari buat guru saya, walaupun sekeping kad ucapan rekaan sendiri, puas melihat wajah guru menerimanya tanpa tolak tanpa bicara, mungkin terharu atas pemberian anak-anak muridnya.

Pernah seorang cikgu berkata kepada saya saat terima hadiah sebatang pen merah; ' pen merah ini tanda darah cikgu, takkan disesiakan untuk mencipta kejayaan buat anak-anak didik, andai cikgu gagal, betulkanlah kembali niat cikgu'. Saya tidak memahami ketika itu, apa yang dikatakannya. Kini apabila menjadi seorang pendidik, baharu saya boleh berfikir dan mendalami kata-katanya.

Buat anak-anak, terima kasih atas hadiah dan ingatan buat kami. Tiada antara kami yang mendoakan keburukan buat anak-anak. Siapalah kami tanpa kalian. Mengajar kami erti amanah, jujur, bertanggungjawab dan setia dalam mendidik. Semoga kejayaan dan kecemerlangan hidup berlandaskan Islam untuk anda semua!

Layan gambar......

Cikgu Yan, kalah Hasbullah Awang jadik pengacara.

Bola sepak, guru 3 murid 2...guru baik hati bagi murid 2 gol, nanti tak bestla kalo guru menang beso.

Pakteh, sempat paling muka nengok perlawanan bola sepak.

Cikgu Yan, cikgu paling seronok hari tu.

bola tampar dalam padang?

Bola tampar ada gol?

Cikgu Zaimi, pon sibok nak jadik pengacara, bersilat ngan Ustaz Man sebelumnya.

Masya Allah, terduduk enti!!!

Errr... ni persembahan kawad ke?

Mende deme pikirkan yek?

Cikgu gelak, murid pening.

Ni la dia penjaring 3 gol untuk guru.

Kasut emas hitam.

Apa Arman buat ni?

Cikgu Jusli, menggayakan bola tampar ditolak gelung.

Ustaz Man, guru lelaki paling lemah lembut tolak bola.

Dua jiwa, satu kon.

Hahak. Gaya je lebih. Kaloh weh!!!

Cipta sejarah, murid kalahkan guru dalam acara peveret.

Kerusi berirama, terpaksa guna kerusi kaki besi untuk elakkan Cikgu J_ _ _ _ _ patahkan kerusi.

Aksi murid dan guru.

Aiseh, abang mirol terkeluar.


Pengadil mengesahkan Ustaz Man pemenangnya, sebab dia pegang kerusi.


Alyana, finalist murid kerusi berirama.

Persembahan joget Pahang dari penari budaya iaitu Cikgu Noriza (bluek!)

'Unpompom boy' sokong cikgu Noriza.

Antara kek dan makanan hadiah untuk guru.

Tertido mak!

'Ni kuih perisa ikan patin sangkar ustaz' Cikgu Jasimah.

Faizuddin ' Betul ke awak taknak makan?'
Mirol ' Uuuuiii sesuka ati tanye koi taknak makan, koi dah score sebijik tadi ilang 16 kilo,kena la makan'

Masterchef attaqwa.

Cikgu Faeza, belajar makan nasik ngan kek secara beradab. hihihi

Cikgu Midah dah bangun tido terus makan, Cikgu Nurul tu tengah diet, tu makan sikit. Tapi orang sebelah dia yang nu tu taktau la diet ke makan berduet.

Ha kan dah cakap, bukan diet dia ni, lain macam je senyum sampai tertutup mata, adela mende dia sorok dalam meja tu.

Khabar angin kabo, katanye ade yang berbadan satu lebih.

'Bukan bawak diri, tapi layan piling' Abang Medan.

Posing nak jemput kenduri? Jeng jeng jeng...

Ce teka sape dia ni, mulut dah tutup tu, susah nak teka sape ni, pemalu mat orangnye.

'Time makan jangan cakap, nanti syaitan curik makan'

Ustaz Sahran cepat makan, lapo pas dapat score aritu.

Bunga misteri untuk Cikgu Noriza. Ustaz numpang hepi.

Amin...

Ammer Suhaimi, persembahan tahun 3.

Persembahan terbaik.

Nurul Izzah, wakil murid perempuan sampaikan ucapan untuk guru.

Aiman, wakil murid lelaki sampaikan ucapan untuk guru.

Ucapan Ayahanda, terbaik!!!

Gambar di bawah seterusnya adalah hasil undian daripada murid-murid. Keputusan muktamad, tiada undi hantu....ehehehehe
















Terima kasih kepada semua anak-anak yang menjayakan sambutan hari guru peringkat sekolah terutama murid darjah 6. Mari kita bersama cipta kegemilangan dan kecemerlangan untuk attaqwa!.










1 ulasan: