Sabtu, 28 November 2009

Salam Aidil Adha




Pihak warga At-Taqwa mengucapkan selamat menjalani ibadah korban dan salam Aidil Adha kepada semua.

Video Majlis Graduasi Pra Sekolah

Sabtu, 21 November 2009

Majlis Graduasi Pra Sekolah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dalam waktu yang amat terhad pada hari terakhir persekolahan 2009, pihak sekolah sempat mengadakan Majlis Graduasi untuk murid Pra Sekolah. Sekalung penghargaan dan tahniah kepada Cikgu Jusli dan Cikgu Noriza yang bertungkus lumus mengadakan majlis ini. Walaupun dalam keadaan sederhana, namun tetap meriah dengan kehadiran ibu bapa / penjaga anak-anak pra ini.


From Pra Sekolah
Cikgu Jusli bersama Ustaz Syahirman



From Pra Sekolah
Barisan penerima sijil



From Pra Sekolah
Bersabar menanti sijil



From Pra Sekolah
Cikgu Jusli bersama Guru Besar



From Pra Sekolah
Pengerusi Majlis, Cikgu Adibah memegang microphone dengan kedua-dua tangannya akibat keketaran.

Persiapan Banjir

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sepatutnya artikel ini dikeluarkan pada Khamis lepas. Namun atas kesibukan pihak kami, artikel ini terlewat disiarkan untuk tatapan semua, maaf dipinta.

Pada hari Khamis 19 November 2009 yang lepas, warga sekolah telah mula mengemas alatan yang berada di sekolah sebagai persediaan menghadapi kemungkinan banjir yang akan berlaku akibat daripada musim tengkujuh yang telah pun tiba. Pengalaman banjir besar yang berlaku pada Disember 2007, mengajar warga sekolah untuk membuat persiapan lebih awal. Kita merancang, ALLAH  tentukan semuanya.

Tiada sesiapa pun yang mahukan banjir berlaku. Tetapi adat alam, ada panas ada sejuk, ada hujan ada kemarau, semuanya telah ditetapkan oleh ALLAH. Sebagai persediaan, pihak sekolah dengan dibantu oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), telah menyimpan barang-barang penting di Sekolah Kebangsaan Tanjong Lalang.

Dikesempatan ini, pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Temerloh kerana menyediakan sebuah lori untuk kegunaan pengangkutan serta Sekolah Kebangsaan Tanjong Lalang kerana membenarkan sebuah kelas sebagai tempat simpanan barangan sekolah ini. Tidak lupa juga kepada semua guru, kakitangan dan murid-murid kerana bersama-sama berganding bahu dalam memudahkan lagi proses persiapan menghadapi banjir kali ini.



From Persiapan Banjir
Ustaz Syahirman tersipu malu apabila menyedari gambarnya sedang diambil.



From Persiapan Banjir
Boleh ke masuk dalam tu Cikgu Siti?



From Persiapan Banjir
Cikgu Julina sedang membuat pertimbangan samada dirinya boleh dimasukkan ke dalam kotak tersebut.



From Persiapan Banjir
Kerusi dan meja pun nak bergambar.



From Persiapan Banjir
Sebenarnya terdapat 4 orang murid setia mengemas sehingga petang bersama guru.



From Persiapan Banjir
Ustaz Syahirman bersama anggota JPAM di SK Tanjong Lalang.



From Persiapan Banjir
Lori JPAM yang digunakan untuk kerja memunggah barang.

Selasa, 17 November 2009

Program Kempen Membaca (Gambar Pemenang)

Berikut adalah gambar para pemenang bagi tempat pertama, kedua dan ketiga.

Tempat Ketiga
From At-Taqwa-Program Membaca
Siti Salihah binti Mohd Roduan


Tempat Kedua
From At-Taqwa-Program Membaca
Aminah Adibah binti Khairuldin


Tempat Pertama
From At-Taqwa-Program Membaca
Nor Farina binti Mohd Ariffin



Tahniah diucapkan kepada para pemenang!!!

Program Kempen Membaca (Gambar)

Penerima Cenderahati:

From At-Taqwa-Program Membaca

From At-Taqwa-Program Membaca

From At-Taqwa-Program Membaca

From At-Taqwa-Program Membaca

From At-Taqwa-Program Membaca

From At-Taqwa-Program Membaca

From At-Taqwa-Program Membaca

From At-Taqwa-Program Membaca

From At-Taqwa-Program Membaca

From At-Taqwa-Program Membaca

From At-Taqwa-Program Membaca

From At-Taqwa-Program Membaca

bersambung lagi...

Isnin, 16 November 2009

Program Kempen Membaca

السلام عليكم ورحمة الله

Alhamdulillah, dalam tempoh sebulan setengah, akhirnya kempen membaca yang diadakan oleh Panitia Bahasa Melayu dengan kerjasama Pusat Sumber Sekolah sampai ke penghujungnya. Pada perhimpunan pagi Isnin 16 November 2009, dilangsungkan majlis penyampaian hadiah dan cenderahati kepada para pemenang. Berikut adalah gambar para pemenang dan penerima cenderahati:

Penerima Cenderahati:


From At-Taqwa-Program Membaca


From At-Taqwa-Program Membaca


From At-Taqwa-Program Membaca


From At-Taqwa-Program Membaca


From At-Taqwa-Program Membaca


From At-Taqwa-Program Membaca


From At-Taqwa-Program Membaca


From At-Taqwa-Program Membaca


From At-Taqwa-Program Membaca

bersambung...

Sabtu, 14 November 2009

PERSIAPAN AKHIR TAHUN

السلام عليكم ورحمة الله

Minggu depan merupakan minggu terakhir persekolahan bagi seluruh sekolah-sekolah rendah dan menengah di Malaysia. Minggu ini merupakan minggu yang paling sibuk buat warga kerja SRAAT. Ini memandangkan apabila akhir tahun menjelma, guru-guru dan kakitangan berhempas pulas mengemas barang dan peralatan penting sekolah sebagai persiapan menghadapi banjir yang berkemungkinan akan berlaku.

Sebenarnya, guru-guru dan kakitangan telah mula bertungkus lumus mulai seminggu sebelum peperiksaan akhir tahun diadakan. Keadaan ini menyebabkan kekangan waktu mula dirasai. Minggu terakhir juga, keputusan peperiksaan akhir tahun akan dikeluarkan kepada semua murid dari Tahun Satu hingga ke Tahun Enam. Keputusan yang paling mendebarkan, sudah pasti keputusan UPSR bagi Tahun Enam dan UPSRA bagi Tahun Lima.

Keputusan UPSR dan UPSRA akan diumumkan pada 18 November 2009 (Rabu) ini. Sudah pasti,penunggu setia keputusan ini adalah guru dan murid yang terlibat dengan peperiksaan tersebut. Pada hari terakhir persekolahan juga, satu majlis perpisahan akan diadakan untuk murid Tahun Enam yang akan pergi meninggalkan kita menuju ke peringkat pengajian yang lebih tinggi.