Sabtu, 31 Mac 2012

Doakan guru kita...

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.




Cikgu Mohaiza bt Mohamad bila-bila masa sahaja akan melahirkan anak sulung beliau samada hari ini, esok, lusa dan seterusnya.. Doakan semoga beliau dan cahaya mata yang dikandungnya selamat dilahirkan dan dapat menjalani kehidupan dengan baik. Kami warga kerja dan anak-anak attaqwa sentiasa mendoakan yang terbaik buat cikgu. Ya Allah, permudahkanlah urusan sahabat kami, guru kami ini dalam menghadapi hari-hari berikutnya. Semoga anak yang dikandungnya, kelak esok dilahirkan menjadi seorang manusia yang dapat memimpin manusia lain ke arah kebaikan dan Islam.Amin Ya Rabbal 'Alamin...

Jumaat, 30 Mac 2012

Seronok seorang guru besar

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera



Ada apa dengan Ustaz Khairudin?


Tunggu dalam entri seterusnya!!!

Selasa, 27 Mac 2012

Segala puji hanya untukMu Ya Allah...

Muhammad Aiman b Nasaruddin

Dalily Batrisya bt Mazlan


Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Hati ini bagai disebat-sebat.Menanti keputusan itu keluar. Manakan tidak, dua kali makan nasi sebelum keputusan dikeluarkan, sampai kelaparan kami dibuatnya. Agaknya hati mereka berdua pun begitu. Setiap saat yang berlalu pasti dirasakan seperti bom jangka yang akan meletup di pintu jantung masing-masing.

Ah pedulikan semua itu. Di kesempatan yang terhad ini, kami mengucapkan syabas buat anak-anak attaqwa yang berjaya dalam Pertandingan MTQ Zon Pelajaran Mentakab 2012 pagi tadi. Alhamdulillah, Muhammad Aiman b Nasaruddin, tempat pertama dalam kategori tilawah lelaki dan tempat kedua hafazan lelaki. Manakala Dalily Batrisya bt Mazlan pula mendapat tempat pertama dalam hafazan perempuan.

Nak berehat rasanya sikit je boleh, kerana selepas ini kalian berdua akan bersaing pula dalam peringkat daerah. Marilah sama-sama kita doakan yang terbaik buat mereka berdua. Semoga Allah kurniakan kejayaan buat anda!

Tahniah!


Ni la dua orang cikgu yang makan nasik dua kali, selebihnya dalam plastik sambung plak kat skolah.

Selasa, 13 Mac 2012

Mesyuarat Agong PIBG 2012

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Dua hari sudah berlalu.Cepat benar rasanya sekarang ni bergerak. Kalau dulu, nak habiskan musim cuti sekolah cukup lama, macam-macam mende boleh dibuat. Tapi sekarang, terkejar-kejar pulak. Dalam masa yang ada ni,sempatla saya belek gambar-gambar yang ada dalam simpanan. Dari tahun 2007 tak salah. Banyak pulak idea nak dimasukkan dalam blog ni. Tapi, cerita berkaitan mesyuarat agung pibg baru-baru ni tetap pilihan utama saya.

Alhamdulillah, tahun ini mesyuarat diadakan dengan lebih ramai kehadiran daripada kalangan ibu bapa. Tu yang seronoknya. Berbaloilah dewan dibuka penuh.hehehe. Hasil daripada mesyuarat, maka berlakulah beberapa keputusan. Keputusan tersebut bolehlah tuan / puan dapatkan daripada pengerusi PIBG kita. hhehehe

Banyak pulak melalutnya, baik layan gambar bercerita...hehehe

Nanti kene buat anugerah kehadiran terbaik. Suami isteri hadir. Tahniah!!!

Puan Setiausaha kita, tu tengah tulis rph, bukan minit mesyuarat.

Isnin, 12 Mac 2012

Ada apa dengan mereka?

Sangat comel apabila berjubah...

Entri seterusnya insya Allah dalam minggu ini...harap bersabar.

Ahad, 11 Mac 2012

Pra Sekolah

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Saya terlupa. Puas saya fikir dua tiga hari lalu. Ini halnya. Maafkan saya. Tertinggal satu cerita benar yang menarik, sudah pasti mereka yang ingin saya perkatakan ini pun tertunggu. Benar-benar saya pohon kemaafan kepada kalian. Terlalu banyak perkara berlaku dalam diri saya dalam sebulan dua ini, mungkin penyebab kepada hilangnya fokus saya.

Baru-baru ini lebih kurang minggu lepas, kami dikejutkan dengan kejayaan anak-anak pra sekolah attaqwa yang berjaya mendapat tempat semasa karnival pra sekolah peringkat zon lalu. Alhamdulillah, anak-anak ini berjaya menjadi johan zon dalam pertandingan galah panjang. Jangan disangka jurulatihnya kecil molek, tapi permainan galah panjang ini beliau kuasai.heheh sori ye kak nor.

Sekalung tahniah daripada kami warga Attaqwa buat kalian!

Sabtu, 10 Mac 2012

Ujian, Cuti, Ujian

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Dikesempatan ini , kami mengucapkan selamat bercuti kepada semua anak-anak . Jangan lupa, lepas cuti ni kita akan hadapi ujian agama pulak ye. Harap kalian semua bersedia menempuhinya.Sedikit gambar mereka sedang menjawab soalan...

Penutup Minggu PPDa 2012

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, dalam kesibukan pertembungan beberapa program peringkat sekolah, zon pelajaran dan daerah, pihak sekolah tetap dapat menjalankan aktiviti seperti biasa. Kali ni aktiviti berkaitan dadah. Banyak program yang dijalankan seperti melukis poster anti dadah, poster jawi anti dadah, bercerita, pantun dan cerpen diadakan. Maka dapat disimpulkan, anak-anak attaqwa ini punya kebolehan yang terpendam yang tidak disedari ataupun saja buat tak sedar...hehehe.

Paling seronok bila program macam ni tak lain tak bukan ialah anak-anak hebat ini. Semua terlibat. Maka riuhlah sekolah hari itu dengan persaingan sihat tanpa ada unsur-unsur perjudian, caci maki,pergaduhan dan lain-lain.Bukankah persaingan tidak sihat itu dilarang dalam Islam?

Oleh itu, diharap program yang dijalankan selama ini sentiasa memberi manfaat kepada anak-anak kita. Akhir kata,layan gambarla kita apa lagi...

Tahap 1

Khamis, 8 Mac 2012

PENDAFTARAN PRA SEKOLAH DAN TAHUN 1 2013 TELAH DITUTUP


Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Dimaklumkan bahawa pendaftaran murid pra sekolah dan tahun 1 bagi tahun 2013 telah ditutup memandangkan tiada kekosongan lagi. Pendaftaran ini telah pun dibuka mulai 1.3.2012 yang lalu. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara di atas dipohon tuan / puan untuk menghubungi terus pejabat sekolah 09-2901648.

Terima kasih atas kepercayaan dan minat tuan / puan terhadap sekolah ini. Bagi yang tidak mendapat tempat, jutaan kemaafan kami pohon. Sebarang kesulitan yang dihadapi amat dikesali.

Terima kasih.

Rabu, 7 Mac 2012

ILMU @ ATTAQWA

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Saya cuba untuk 'update' secepat mungkin apabila setiap program selesai. Namun sehingga kini masih angan-angan lagi. Biasanya dah lama berlaku baru nak update.Maafkan saya. Terlalu banyak yang entry dalam kepala nak saya buat, tapi mana yang mampu saya buat dulu. Harap pas ni rakan-rakan lain dapat la kiranya update bersama blog kita ni yek. Upgrade blog pon dalam kepala gak.

Alhamdulillah, 23 Febuari 2012 bersamaan 1 Rabi'ul Akhir 1433 yang lepas, Attaqwa berjaya menganjurkan satu ceramah maulidurrasul. Penceramahnya tak lain tak bukan Pengerusi PIBG kami merangkap PK Kokurikulum SMK Sri Tualang (kalau tak salah) juga merangkap imam masjid SMK Sri Tualang yang bernama Al Fadhil Ustaz Arselan Hakim bin Salleh. Antara intipati ceramah beliau malam tersebut ialah:

a. umat Islam wajib menyambut maulidurrasul
b. dalami sirah nabi
c. turuti perintah Allah dan RasulNya tanpa memilih.
d. sayang Allah dan RasulNya dahulu daripada sayangkan yang lain.
e. Sentiasa berselawat ke atasnya.

Anggaran kehadiran tetamu malam tersebut dalam 250 orang. Alhamdulillah. Seronok bila tengok berduyun-duyun manusia hadir untuk mencari sesuap ilmu dalam majlis kami. Semoga yang hadir pada malam itu sentiasa di bawah naungan Allah, Insya Allah.

Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Gambar ada macam biasa...huhuhu

Geng pasang khemah