Ahad, 8 Julai 2012

Dinding Baharu

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Syukur ke hadrat Allah Ta'ala atas kurnianya. Terima kasih tidak terhingga kepada semua penderma-penderma yang selama ini menyumbang untuk sekolah. Baru-baru ini dapatlah kami guru-guru berkelapangan bergotong royong mengecat dinding sekolah dengan warna baru. Kosnya? Dengan menggunakan wang sumbangan orang ramai yang sudah pastilah datang daripada murid-murid dan penjaga sekalian. Tidak lupa juga dengan lantai di luar surau sementara sekolah juga dibuat bersama-sama oleh guru sekolah.

Setakat ini kerja-kerja masih lagi diteruskan secara berperingkat berdasarkan kepada kelapangan guru-guru.  Bagi penjaga di luar sana yang berkelapangan membantu kami, amat kami alu-alukan. Didoakan semoga amal bakti sumbangan tuan/puan dan anak-anak attaqwa menjadi bekalan paling berguna di akhirat kelak. Jazakumullahu Khairan Kathira...Allahu Akbar!

Cikgu Zaimi, dahulunya tidak boleh langsung mengecat, kini beliau berangan mahu membuka bengkel perniagaan mengecat rumah dan bangunan.


Cikgu Jusli, dahulunya seorang kaki bola mengisytiharkan beliau pencen daripada arena bola sepak dan akan bergiat aktif dalam dunia mengecat bangunan.

Ustaz Syahirman, dahulunya seorang kaki motor, bakal membuka kedai pengedar cat serbaneka di kawasan semantan.

Mereka berdua punya tarikh lahir yang sama, dahulunya dua-dua suka merosakkan atap rumah, sekarang dengan yakin mahu mengubah hobi dengan menukar cat rumah setiap 2 minggu.

Ha betul la tu, Cikgu Siti dah nak balik ngecat rumah (pakaian Cikgu Siti ini kini boleh ditemui di Muzium Cat Temerloh)

Ustaz Sahran dahulunya pepagi suka memasak nasik lemak, kini mengubah perbuatan setiap pagi dengan mengecat garisan-garisan di jalan raya.

Tanpa mengira upah, cukuplah sekadar air laici dan soya tajaan koperasi, kami akan terus menceriakan attaqwa dan berusaha melonjakkan nama attaqwa ke tahap yang tertinggi...






Tiada ulasan:

Catat Ulasan