Rabu, 30 September 2009

MAKLUMAN

Assalamu'alaikum Warahmatullah

Dimaklumkan bahawa Guru Besar sekolah, Ustaz Mohd Khairudin bin Yaakob telah dimasukkan ke Wad Kenanga 11 Hospital Temerloh pada petang semalam (29 Oktober 2009). Menurut beliau, penyakit yang dihidapinya ialah asthma, kencing manis dan jangkitan kuman pada paru-paru.

Pihak warga sekolah mendoakan agar Ustaz Khairudin cepat sembuh dan sesiapa yang ingin melawat beliau bolehlah ke Hospital Temerloh mengikut waktu lawatan yang telah ditetapkan.

Nota: Kanak-kanak bawah 12 tahun tidak dibenarkan masuk ke wad ketika ini kerana dibimbangi dijangkiti virus H1N1.

Khamis, 17 September 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

السلام عليكم ورحمة الله
ٍSalam Ramadhan

From Drop Box


Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua pelajar-pelajar,ibu bapa serta penjaga dan warga kerja At-Taqwa. Semoga sambutan hari raya anda tidak lari daripada unsur-unsur sambutan secara Islam.

Sekali lagi, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

Isnin, 14 September 2009

HARAP MAAF

Proses penambahbaikan sedang dijalankan.
Segala Kesulitan amat dikesali.
Harap maaf.

Sabtu, 5 September 2009

Semoga berjaya anak-anak!!!

From Drop Box

From Drop Box

Assalamu'alaikum Warahmatullah...

Bermula 8 September 2009 sehingga 10 September 2009 (Selasa - Khamis) minggu hadapan akan berlangsunglah peperiksaan UPSR dan UPSRA bagi murid-murid tahun 5 dan 6 At-Taqwa. Kami para guru,ibu dan bapa serta penjaga anak-anak sekalian akan mendoakan yang terbaik hanya untuk anda. Tiada sesiapapun antara kami yang mendoakan kegagalan, namun usaha terakhir yang perlu datang adalah dari diri anda sendiri!Sama-samalah kita doakan...

Semoga dengan keberkatan bulan Ramadhan yang mulia ini, akan meningkatkan lagi kekuatan kita dari segi mental dan fizikal dalam menghadapi ujian UPSR dan UPSRA tahun ini. Jangan dipandang kepada keputusan percubaan yang lalu, sebaliknya jadikan ia satu pengajaran yang amat berguna untuk diri kalian.

Ingatlah, sebelum memasuki dewan peperiksaan nanti, mohonlah restu daripada ibu  bapa serta guru. Paling penting, berdoalah kepada Allah Yang Maha Pengasih agar kejayaan menjadi milik kita!!!

Selamat berjuang anak-anakku sekalian!!!

Selasa, 1 September 2009

Gema Suci Ramadhan

Hari ini bermula Program Gema Suci Ramadhan Sekolah Rendah Agama At-Taqwa. Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk sama-sama bertadarrus sehingga khatam pada bulan yang mulia ini. Program ini amat unik kerana melibatkan semua warga sekolah. Sesungguhnya program tradisi ini amat ditunggu-tunggu semua warga At-Taqwa.

Semoga dengan program yang baik seperti ini, akan dikurniakan Allah kepada kita rahmat dan keberkatan daripada-Nya. Berikut disiarkan beberapa gambar yang sempat dirakam semasa program dijalankan.


From Sekolah Rendah Agama At-Taqwa

From Sekolah Rendah Agama At-Taqwa

From Sekolah Rendah Agama At-Taqwa

From Sekolah Rendah Agama At-Taqwa

From Attaqwa Ramadhan

From Attaqwa Ramadhan

From Attaqwa Ramadhan

From Attaqwa Ramadhan

From Attaqwa Ramadhan