Sabtu, 31 Disember 2011

Guru Jutawan Akhirat

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, sebelum memulakan sesi persekolahan 2012, kami warga kerja Attaqwa telah berkesempatan mendengar ceramah motivasi yang amat berharga sebagai suntikan kami dalam menjalankan tugas nanti. Tengok pada tajuk, macam nak mengambil hati guru-guru je, tapi bila diberi penerangan oleh Al Fadhil Tuan Haji Ishak bin Othman, Penolong Pengarah Akademik IPA SPI JPN Pahang, baharulah kami dapati bahawa dalam sedar tak sedar, dunia persekolahan ini merupakan ladang pahala kami.

Apa tidaknya, asalkan hati itu tulus ikhlas dalam menjalankan kerja sebagai satu ibadah, senang-senang para guru masuk syurga. Jangan sesekali mengeluh, juga kecewa akan carut marut dunia, tetapi ingatlah, bongkah perjuangan ini mesti berpaksi pada Allahu Rab. Jatuh bangun kita, bukan bererti mainan semata, sebaliknya sebagai satu bentuk penilaian dalam menjalankan kerja dengan amanah, jujur, bertanggungjawab dan sudah pasti, keikhlasan terhadap anak-anak.

Semoga dengan suntikan ini, kita dapat meneruskan kegemilangan dan kecemerlangan untuk generasi Attaqwa. Terima kasih buat Ustaz Ishak, bagai ayah menasihati anak, bagai ibu menyikat rambut anaknya, begitu juga dengan tuan, tidak mengenal penat lelah dalam membantu kami. JazakAllahu Khairan Kathira...

Buat rakan seperjuangan, di sini ladang kita, di sini dunia kita, di sini kita pastikan mereka akan menerima sebaiknya ilmu yang akan disampaikan, insya Allah...

Gambar tetap ada untuk dilayan bersama-sama...moh kita!

Ustaz Ishak b Othman dan Guru Besar.

Rabu, 28 Disember 2011

Gotong Royong Perdana

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.Bagi yang berkelapangan, dijemput membantu kami dalam gotong royong yang akan diadakan pada Khamis 29 Dis 2011 jam 8 pagi.Gotong royong diadakan bagi:

1. Menyusun/memunggah meja dan kerusi ke tahun 1-6.
2. Menyusun/memunggah buku dan peralatan perpustakaan ke bilik baharu.
3. Menyusun/memunggah peralatan sukan ke stor sukan baharu.

Gotong royong ini diadakan sebagai persiapan menghadapi sesi persekolahan 2012 yang akan tiba tidak lama lagi. Segala jasa kalian hanya Allah yang mampu membalasnya.

Terima kasih.