Isnin, 23 Julai 2012

Kem Kecemerlangan UPSR dan UPSRA 2012

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Selamat berpuasa.

Baru-baru ini pihak sekolah telah menganjurkan kem kecemerlangan untuk anak-anak attaqwa dari darjah 5 dan 6. Diharap dengan terlaksananya kem ini, murid-murid yang terlibat dalam meningkatkan lagi keputusan dalam kedua-dua peperiksaan sebenar nanti. Insya Allah sebelum peperiksaan sebenar nanti, murid-murid akan dibawa ke suatu tempat untuk merehatkan fikiran. Mana? Tunggu aje la deme.... jom layan gambar dulu.

Sampai pegang kopiah Lokman jawab soalan,

Bagi saya, Robil adalah murid yang selalu melemparkan senyuman, tak kiralah dalam keadaan mana sekalipun, mesti senyum takpun sengih!


Tok ketua murid begitu tekun menjawab.

Ala-ala peperiksaan sebenar.

Hafiz, jawab soalan bahasa arab gamaknya, ni geng upsra.

Sehati sejiwa kembar ni.

Tok ketua unit kerohanian kem kecemerlangan menunjukkan gigi yang digosok setiap ari.

Juadah berbuka puasa minum malam.

Tok ketua unit keselamatan kem kecemerlangan cuba menyorokkan wajah sebenar dengan membuat gaya ala chef wan katanya.

Kisah Sufi dan air milonya.

Serius ke senyum ni Kamarul?

Amboh sedap mat yak Faris sampai pejam mata.

Senyuman paling manis kategori muslimat (kroni ni).

Memang tokleh lawan. Macam anak Ustaz Don pulok gayanye. Citanya beso esok nak jadik imam beso negeri pahang.

Kene beratur malam-malam gini debar jugek, padahal bukan ade apa-apa pun.

Muzakarah kecik-kecik.

Lapor weh, ngail ikan kat paya tak dapat pulok.

Boleh buat teka bola ni.

Gaya bukan main, tapi bila bola jatuh dia lari dari bola.

Tok ketua riadah kem kecemerlangan dengan baju yang disponsor.

Aik, ni bergambo ke tengah main.

Eeeeei janganlan kak ju, depan orang ni sesuka je nak main takraw.

Antara anak kecil yang turut hadir memberi sokongan.

uuuuu, macam gergasi.

Meriah, bila lagi boleh tengok suasana macam ni?

'KFC kat atas tu bukan jual ayam pun, depa pi juai ikan bakaq plak" kata Faeza.
"Hang ni orang utara ka?" tanya Julina
"Bukan" jawab Faeza.
"Abis tu?" tanya lagi di Julina.
"Ulu Luit, Maran" selamba Faeza jawab.

Bola tampar lari naik ke langit.

Ni je penonton yang ada.

Uuuuuuuuuu, anak bulan la tu.

Ha ngumpat la tu.

Manis-manis belaka deme ni.

Lapornye, bila boleh makan ni.

Dapat makan,senyap semua.

Program imam muda turut dilaksanakan mengikut jadual.

Bacaan yasin dan tahlil disedekahkan untuk ahli keluarga yang telah pergi dahulu daripada kita.

Semoga bacaan pada malam tersebut diterima amal sedekahnya.

Tok ketua unit makanan kem kecemerlangan menguji makanan terlebih dahulu.Banyak plak karipap kene uji, suspen jugek.


Ambil makanan tak berebut.

Ya Allah, kurniakanlah kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan anak-anak attaqwa ini dan juga kejayaan yang gemilang di dunia dan akhirat...Amin Ya Rabbal 'Alamin....


Andai terkasar bahasa, tersilap taip, maaf dipinta. Selamat menjalani ibadah Ramadhan.
















Tiada ulasan:

Catat Ulasan