Assalamu'alaikum Waramatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Tanggal 9 Julai 2012 lalu, menjadi sejarah bagi sekolah ini apabila didatangani oleh pegawai-pegawai yang bertanggungjawab dalam pendidikan daripada Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Pahang dan juga Pejabat Pelajaran Daerah Temerloh. Ketua Sektor SPI mengetuai rombongan dari Kuantan manakalala PPD Temerloh pula diketuai oleh Pegawai Pelajaran.
Alhamdulillah, kami para guru mendapat banyak input untuk dijadikan panduan dalam memberikan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan kepada murid. Segala teguran, tunjuk ajar akan digunakan sebagai penaik semangat dalam menghadapi hari mendatang. Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak kerana sudi hadir ke sekolah kecil ini. Selain daripada itu, mohon maaf juga dipinta andai ada kekurangan sepanjang pemantauan yang diadakan. Sedikit gambar kenang-kenangan sempat diambil untuk tatapan semua.
Persediaan pemantauan P&P.
De-briefing oleh Cikgu Hamidah, Guru Penolong Kanan Kurikulum kepada Ketua Sektor SPI JPNP dan Pegawai Pelajaran Daerah Temerloh.
De-briefing dari jam 11 pagi hingga 2.00 petang.
Rumusan pemantauan dibuat di perpustakaan oleh Ketua Unit Institusi Pendidikan Agama SPI JPNP.
Semoga dijadikan panduan buat semua.
Tersenyum puas.
Perlu dibalas dalam masa 14 hari.
Sekian, selamat menjalani ibadah puasa.
semoga Allah melimpahkan rahmat ke atas seluruh warga SRA AT TAQWA. Khususnya tenaga pengajar yang banyak jasa dan pengorbanan dalam mendidik anak-anak bangsa.. jazaakallahhu khairan kasiran
BalasPadamamin2 ya rob..
BalasPadam