Isnin, 2 April 2012

Guru Penyayang, Murid Disayang, Sekolah Cemerlang

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Bukan murid sahaja yang menantinya. Cikgu pun sama. Tambah-tambah Cikgu Azu yang setiap hari menunggu saya di tepi simpang Taman Temerloh Jaya sambil memegang sepanduk yang bertulis "bile aok nok pablish gambo koi?" Nampak je dia tu cakap bandar, tapi pekat sangat bahasa kampung kalau diluar nu.

Adapun pihak sekolah dengan rasa syukur kepada Allah telah berjaya mengadakan sambutan hari guru penyayang. Sambutan ini sebenarnya menggalakkan kepada hubungan baik antara guru dan murid. Bukan itu sahaja, secara tidak langsung mengajar dan mendidik murid dalam mengaplikasikan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Macam lecturer sedang bercakap ke guru praktikum pulak saya ni. hehehe

Pada hari itu juga menjadi hari kejutan kepada murid-murid. Apa tidaknya, semua guru menanti murid dengan wajah penuh kasih sayang menyambut kehadiran anak-anak ke sekolah. Paling penyayang hari itu adalah Cikgu  Julina, mesti laki dia marah kalau tengok muka penyayang dia aritu, laki sendiri pun tak dibaginya coki-coki. hehehe

Baiklah, daripada saya terus menyebut nama guru-guru tanpa sebab dan sekadar menambahkan kegeraman mereka, apa kata kita layan gambar seperti selalu kita layan. Moh weh...

Cikgu Zaimi, sanggup solat subuh di sekolah semata-mata nak menunggu murid.

Antara yang terawal sampai, tapi tak boleh kalahkan Amir Azrifaizal.


Geng pangsenam.

Geng paya kecik bersama guru penyayang blok paya pulai.

Geng mana ni yak?

Geng batu kapor.

Cikgu Hamidah "Abihla coki-coki ni, tak dan koi nak bedenye"

Tak jadi budak masuk, tengok guru besar berdiri depan pintu.

Mohaiza nyanyi: Hatiku girang berbadan dua, berbadan dua boleh penyayang juga,lalalalalala
Siti sambung: ooooooooooo, sahabatku, slamat ku ucapkan oooooooooo
jasimah dalam hati: apekebende koi nak sambung ni

Anak-anak Encik Agus. Tak salah saya, anak-anak beliau semuanya belajar di sini.

 Imran dan Faris, lain kampung tapi punya 1 matlamat.

Hidanah: tula, koi dah kabo tadi jangan nyanyi beria ngat, kan dah letih.
Mohaiza: loh, nyanyi pon saloh?

Aiyak, kantoi.

Faeza: Mula-mula dia cubit pinggang i, i buat tak tau je, pastu i geram sangat, i tengokla....
Julina: apa yang tu nampak? eeeee seramla.
Faeza: semut, kurang asam betul gigit orang.

"Nak taknak masuk, ade gubeso weh".


"Ramainya cikgu nyambut koi datang sekolah, hari-hari gini kan seronok".

Guru paling paling paling penyayang, Ustaz Mohd Khairudin guru besar kita.

Alamak, saya tak buat salah bang, jangan pukul saya bang. hehe

Apa kes ni Mullah bawak kek, datang plak ngan musa, pelik ni.

Suka ngat cikgu Azu, ntah bape kali tertelan nyamuk.

Orang sibuk dok kat pagar, dia sibuk cari fail.

Nape budak lari blake, takkan koi berdiri sini seme cabut dah.

Abid " Aaaaaa potong dah,cepatla lapor ni"
Hafiz " La kek je, koi ingat tadi kfc dalam kotak kek"

Sedapnya la, bila boleh makan ni?

"Memori dah full, saje je ambik kang kecik ati pulok rodong"

AKSI TERLAMPAU TAHUN INI!!!

Cikgu Siti: Koi sumbat ngan sudu skali kang, bukan main nganga dia ni.

Anonymous: Nape cikgu midah yang bagi ke Mullah ni, patotnya koi.

eeeii, lambat betul, orang dah lapor ni.

Cikgu Nor: mana?mana? tak nampak pon.
Cikgu Hidanah: Memangla tak nampak, bateri mana ade, beria betoi akak ni,


Cikgu Hamidah: brrrrrrrrrr brrrrrrrrrrrrr
Cikgu Siti: Ade jugek kene siku ni kang, ingat air liur dia bau embi pior ke?

Cikgu Nor dalam hati: Kabo la betri takde, buat malu je koi nengok skali tadi.


Cikgu Azu nyanyi: Sua sue kemoning, sua sue kemoning, baju biru ini ku pinjam,,eh sua sue kemoning

Mana yang mul@#$ bawak tadi?

Kimi: mende ustaz ambik gambo koi?

Cikgu Faeza: Apsal? ini kerongsang saya la.
Cikgu Siti:Apekehe koi nok ke kerongsang aok, geli koi aok ni.

Cikgu Julina: Aaaaaa? bior betoi,dalam kete saya ade blewok?

"Cara-cara nak dapatkan lesung pipit"


Mintak maap andai tersilap taip, gurau-gurau je.












2 ulasan:

  1. Assalammualaikum

    BalasPadam
  2. ASSALAMMUALAIKUM ustaz tak tengok fb ke....sear ada fb tak.

    BalasPadam