Isnin, 30 Jun 2014

Ramadhan pertama @ Attaqwa

Assalamu'alaikum Warahmatullah dan Salam Sejahtera.

Hari ini, hari pertama murid berpuasa di sekolah yang juga merupakan hari kedua kita berpuasa. Tazkirah pertama disampaikan oleh ayahanda kita, Ustaz Mohd Khairudin. Selepas itu, bermulalah program tadarrus dan hafazan surah pilihan.

Jom layan gambar.




Ambang Ramadhan 1435H @ Attaqwa

Assalamu'alaikum Warahmatullah dan Salam Sejahtera

Apa khabar hari ini?semoga semua sihat menunaikan ibadah ramadhan dan berjalan lancar hendaknya. Pada Jumaat 27hb Jun lepas, pihak sekolah telah menganjurkan program di ambang ramadhan bagi murid-murid. Alhamdulillah program lancar dan tiada masalah. Sudah pastilah ini kerana ustaz comel kami, Ustaz Syahirman yang menjadi penceramahnya. suasana ceria menusuk jantung-jantung para hadirin atas penyampaian ceramahnya.

jom layan gambar macam biasa.




Pemantauan Akademik Tahun 2014

Assalamu'alaikum Warahmatullah dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, Selasa lepas iaitu pada 24 Jun pihak sekolah didatangi 3 orang pegawai dari Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Islam Negeri Pahang bertujuan memantau perjalanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Pihak sekolah merakamkan ucapan jutaan terima kasih atas kehadiran tuan. Segala tunjuk ajar dan nasihat yang diberikan, insya Allah kami turuti.

Gambar di bawah, jenguk-jenguk jom.




Sabtu, 21 Jun 2014

Gambar Terkini Pembinaan Surau Sekolah (20/06/2014)

Assalamu'alaikum Warahmatullah dan Salam Sejahtera.






Sekian, terima kasih.