Dua hari sudah berlalu.Cepat benar rasanya sekarang ni bergerak. Kalau dulu, nak habiskan musim cuti sekolah cukup lama, macam-macam mende boleh dibuat. Tapi sekarang, terkejar-kejar pulak. Dalam masa yang ada ni,sempatla saya belek gambar-gambar yang ada dalam simpanan. Dari tahun 2007 tak salah. Banyak pulak idea nak dimasukkan dalam blog ni. Tapi, cerita berkaitan mesyuarat agung pibg baru-baru ni tetap pilihan utama saya.
Alhamdulillah, tahun ini mesyuarat diadakan dengan lebih ramai kehadiran daripada kalangan ibu bapa. Tu yang seronoknya. Berbaloilah dewan dibuka penuh.hehehe. Hasil daripada mesyuarat, maka berlakulah beberapa keputusan. Keputusan tersebut bolehlah tuan / puan dapatkan daripada pengerusi PIBG kita. hhehehe
Banyak pulak melalutnya, baik layan gambar bercerita...hehehe
Nanti kene buat anugerah kehadiran terbaik. Suami isteri hadir. Tahniah!!!
Puan Setiausaha kita, tu tengah tulis rph, bukan minit mesyuarat.
Pengerusi PIBG kita, mesyuarat ikut masa, jangan lambat-lambat katanya.
Tuan Guru Besar kita, oldtimer sekolah.
Encik Bendahari baju lebih kurang sama ngan guru besar, macam berpakat je.
Kehadiran kaum hawa seperti biasa mengungguli kehadiran terbaik mesyuarat.
Sebenarnya ramai kaum adam ni, tapi deme malu nak masuk dewan. Laki kan pemalu.
Macam berpakat je deme duduk gitu, cantik bile diambik gambonye.
Cikgu veteran kita, tanpa mereka, hilang seri mesyuarat.
Grup nasyid Attaqwa, untuk tempahan kontek sekolah.
Baru dapat merasa pegang mic, bukan main lama cakapnya.
Celoteh ustaz menghiburkan para hadirin.
Soalan tak sengaja. Asalnya encik ni baru masuk dewan, pastu pengerusi terus panggil beliau untuk menerima soalan.
Demokrasi bermesyuarat.
Alamak pakcik marah.Maapkan saya pakcik,saya ambik gambar cikgu siti nu.
Cikgu Norzihan (wakil pibg) banyak melontarkan idea-idea yang bernas. Macam Puan Ainon PTS.
Jelingan manja Tuan Irwan.
Sampai mendung cuaca cikgu siti buat trademark gini.
Kehadiran YB Dato' Saifuddin Abdullah.
YB Dato' Saifuddin terkejut apabila bertemu dengan Tuan Haji Ramli (Timb. Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah)
Saya suka dengan gambar ini, ceria!
Bersalaman dengan kumpulan nasyid sekolah sebelum masuk ke dewan.
Barisan vip.
Antara tetamu kehormat yang hadir.
Aiman Nasaruddin membacakan doa.
Bacaan doa Aiman diaminkan para penjaga. Semoga dimakbuli Allah doa kita.
Hasif b abd Hadi mengalunkan ayat suci al Quran.
Al Fadhil Ustaz Arselan Hakim, Pengerusi PIBG menyampaikan ucapan.
Tuan Haji Ramli Timbalan Pengerusi Jemaah Pengelola Sekolah turut menyampaikan ucapan.
Tuan Pengerusi majlis kita, ntah apa dipeningnya. Ke main sms?heheh
Orang lama gaya menarik.
Santapan ahli mesyuarat.
Ni lah kerja Cikgu Julina, minum air, pastu minum air,pastu lagi minum air. Ber 'jug-jug'. heheh
'Macam ni yek kalau kenduri nanti, last-last pengantin kena basuh semua. Masak macam ni' Cikgu Faeza mengeluh dalam hatinya penuh bunga.
'Eleh kecoh la faeza, masa akak kawen dulu lagi teruk,akak kena masak untuk kenduri, pakai baju pengantin lagi, mana lagi masak?' lawan pulok oleh cikgu nor nyaris melontarkan mende merah tu.
Pakar deme bertiga ni dalam memotong ayam.
Tuan Irwan masih menyimpan rahsia cara memotong ayamnya. Satu gambar ni aje dapat ambik.
Tuan Guru Besar berucap malu-malu.hehehe
Tula, kan dah kabo tadi, kalau guru besar berucap, ade la geli hati nya.
YB Dato' Saifuddin b Abdullah. Hebat ucapannya.
Ustaz Sahran memastikan pendawaian berada dalam keadaan baik, jenguk dari luar je.
YB kita pun pandai berjenaka.
Persembahan anak-anak kita.
Ralit tengok si kembar main alat tu.
Tayangan percuma.
Fatimah mewakili ayahnya Encik Osman b Mohamad penerima Anugerah Tokoh Keluarga 2012.
'Uuuuuuuuuuuuuuiiiiiiiiiiiiiii sejok mat air ni yaaaihhhh!!!'Cikgu Hamidah.
Eleh kaver line, konon-konon anak minum air dalam polistrin tu, padahal dia.
'Masuk-masuk, dalam lagi. Nasik banyak lagi,bukan daya koi nak ngabihkan' Cikgu Siti.
Tokeh air baru menggantikan Cikgu Julina.
Terima kasih datang.
Makan penuh beradab.
Maaf atas sebarang perkataan atau ayat yang mengguris jiwa, gurau-gurau aje.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan