Isnin, 17 September 2012

Giliran Majlis Khatam Al Quran dan Penyampaian Hadiah

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Khatam Al Quran, ini kali pulak masuk la. Huhu. Lama ngat gambar  ni bersarang dalam external hard disk saya. Kalau la hard disk tu boleh bercakap, mau je dia cakap ' sian bebudak kat luar nu, dari aritu soh masuh tak masuk jugak'. Bukan saya taknak masuk, admin dah lantik ramai tukang-tukang karang, tapi tengok gayanya yang dilantik tu pon lebih sibuk plak dari saya. heheh. Jangan marah ye kawan-kawan.

Adapun majlis ini diadakan serba sederhana. Tidaklah meriah sangat, tidaklah suram sangat. Sejuk-sejuk pepsi orang cakap. Adalah serba sedikit gambar di bawah ni untuk tatapan semua. Mana yang takde tu, ce kabo, boleh saya carikan. Banyak sebenarnya, dalam 500 gambar tak salah. Tapi kat sini saya masukkan sikit jela.

Moh layan...

Persiapan untuk dibahagikan kepada semua murid. Tak menang tangan weh.

Terliur jugak masa 


Murid darjah 6 seperti biasa diberi penghormatan untuk majlis khatam al quran.

Sikit-sikit je.

Guru, guru, guru besar, vip.

Alhamdulillah, lancar bacaan.

Sebahagian guru perempuan.

Tahun ni Cikgu Zaimi lebih banyak senyum dari masam. Ehem ehem...

Barisan murid lelaki.

Baridan murid perempuan.

Cikgu Faeza yang cuba menyamar jadi pintu kelas, tapi tak berjaya.

Aiman Nasarudin mengetuai bacaan.

Antara hadiah yang telah diserahkan kepada para pemenang.

Tuan Guru Besar nampak ayu dengan memakai songkok.hehe

Cikgu-cikgu pulak yang senyum terlebih.

Daniel, dari darjah 4.

Ramai ngat nak jadik adik ipar Cikgu Zaimi. Tengokla guru besar kita tu, pon gayanya....nak buat menantu.

Farihah Najla, dari darjah 4.

Antara murid paling riuh kat sekolah, macam-macam cerita dia ada.

Hasbullah Awang  pon menang.

Ammer, berkat berlatih tetiap hari, inilah hasilnya.

Ain, calon wakil sekolah nanti.

Cik Wan Darjah 4.

Senyuman terbaik!

Iman Syamil, antara murid baru di attaqwa yang mencipta nama.

Cik Wan darjah 3.

Alyana, periuh majlis, setiap tahun rasanya.

Guru Besar: Dapat lagi awak tahun ni ye Faris?
Faris: Memangla, ustaz ni mesti dengki kan sebab ustaz tak pernah dapat.

Ape yek nama dia, lupa plop.

Amirah, lesung pipit bukan penyebab kepada kemenangan beliau.

Syahmi, dari darjah 5.

Cik Wan darjah 5.

Nurul Izzah Nabilah dari darjah 5.

Huh, Ikram memang pandai bergambar, terbaik!

Tok ketua murid, kompom ade.

Nampak tembam plak tok naib ketua kita ni.

Si kecil molek, Farhah.

Ce teka mana satu cikgu? heheh

Rasa dia ni pakai cermin mata dak?

Hi uoals,  saya Romdhani!

Maryartul Qibtiyah, nama arab tapi lahirnya kg paya pulai.

Nik Nabilah Ayuni.

Errr, lupa lagi nama.

Tok tuan tanah di kawal rapi olehh ustaz sahran.

Huh, magika!

Dalily, dari darjah 5.

Cameraman: Asik gambo dia je ande nye.
Cikgu Siti: Boleh nyebabkan aok eksiden ke ambik gambo koi?
Cikgu Hidanah: Tak eksiden, cepat abih betri je.kuikuikui

Guru besar terperanjat nengok Syaqir terima hadiah, jangan tak caye!

Sufi, tapi bukan dari lagu sufi damasutra tu.

Stail Hakimi, tiru stail akak dia terima hadiah.hikhikhik

Amirul Firdaus, sejuk ati mak anak dapat hadiah.

Ibrahim ke apa nama dia ni. Yang penting dapat hadiah.

Fadhil the reporter.

Abid, tunjukkan gambar ni kat mak. Bukan senang dapat hadiahkan.

Cikgu Yan: Dari tadi dok ngulur hadiah ni ke Cikgu Midah, teringat plak zaman kecik-kecik dulu menang makan kurma terbanyak waktu berbuka.

Senyuman kategori perempuan terbaik!

Cikgu Midah: La yeke Yan aok kuat makan kurma.
Cikgu Yan: Ala akak ni, nama yan pon yan, nama kilang kurma kat sudan nu.

Encik VVIP menghulurkan sumbangan sebagai mewakili ahli kumpulannya (nama dirahsiakan untuk keselamatan)

Encik VVIP juga pandai bergaya apabila nampak kamera.

Ali Terarosa  juga penerima sumbangan.

Ce teka ce teka sapa cikgu ni. Cukup sukar untuk mengenali beliau oleh kerana tangannya menutupi sedikit pipi dan mata. Cikgu Zaimi ke?

Adik Abid: Hahak ustaz ni, bukan Cikgu Zaimi la, Pakcik Medan tu.

Cikgu Noriza dengan aksi terliur ingin makan kurma.

Aksi spontan manja ustaz kita... Bluek

Speechless


Cikgu Noriza ni orang lain dah buat gaya molek dah, dia tak abih-abih aksi terliur korma dia.

Sekian untuk kali ini, jumpa lagi semua...




















1 ulasan: