Rabu, 17 November 2010

Cameron Highlands

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah pada 13 dan 14 November 2010 lepas pihak sekolah berjaya menganjurkan rombongan ke Cameron Highlands. Sikit je gambar sempat diambil, banyak gambar admin daripada pelajar, harap maaf. Jadi, di bawah ini gambar yang sempat diambil semasa perjalanan dan ketika berada di Cameron Highlands.

From Cameron
Berhenti untuk sarapan di Hentian Lanchang.

From Cameron
Banyak betul makanan hari tu...

Salam Aidil Adha 1431H

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Warga At-Taqwa mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Haji dan selamat menjalani ibadah korban kepada semua.

Khamis, 11 November 2010

KEPUTUSAN UPSR 2010

Assalamu'alaikum W.B.T

Lama menyepi, apa khabar semua? Hari ini saya kembali dengan sedikit paparan berkaitan keputusan UPSR untuk sekolah ini. Alhamdulillah, dalam debaran semua guru dan pelajar tahun 6 khususnya, keputusan tersebut diketahui juga. Ada gembira, sedih, bercampur baur sememangnya adat dalam hal-hal seperti ini.

Tahniah diucapkan kepada Aminah Adibah binti Khairuldin kerana berjaya mendapat 5A dalam keputusan UPSR ini. Bagi yang lain pula, keputusan anda tidak kurang hebatnya. Anda mencipta sejarah dengan menjadikan At-Taqwa sebuah sekolah yang dikenali masa kini. Terima kasih buat semua pelajar tahun 6 yang tidak kenal putus asa dalam mencipta kejayaan. Terima kasih dan tahniah kepada Naim, Sidek, Syed, Lokman, Badrul, Andri, Helmi, Fahmi, Amir, Hafiz, Ikhwan dan Faiz. Tidak lupa juga sekalung tahniah dan terima kasih kepada Aminah, Afiqah, Istyqomah, Ummi, Fatihah, Farina, Amirah dan Ain.


Sekolah ini telah berjaya menempatkan diri dalam kelompok 20 terbaik dalam daerah. Berada di kedudukan 17 daripada 52 buah sekolah sesuatu yang amat dibanggakan. Guru-guru di sini tetap mengejar mencipta kejayaan untuk anak didiknya walaupun sebenarnya mereka sibuk dengan kursus di IPG ketika ini. Secara tidak langsung, kata-kata atau ungkapan yang merendah-rendahkan sekolah ini berjaya dibuang jauh-jauh hasil kerja keras guru. Tahniah dan terima kasih kepada anda.

Perjalanan kita masih jauh. Amanah dan tanggungjawab yang diberikan oleh Allah kepada kita jangan sesekali diabaikan. Besar pahala itu menyampaikan ilmu, bertambah pahala kita apabila kerja dilakukan dengan seikhlas mungkin. Usaha dan doa senjata utama kita. Teruskan berjuang guru-guru,jangan sesekali rebah atau berputus asa dalam dugaan dan cabaran yang menimpa.

Emosi pula saya ini.Hehehehe. Baiklah, di bawah ini beberapa gambar yang sempat dirakam ketika pengumuman keputusan pagi tadi.

Syabas dan tahniah!!!


From Keputusan UPSR 2010
Ustaz Khairudin ketika menyampaikan taklimat keputusan UPSR kepada guru. Pandai buat saspen guru besar kita ni...

From Keputusan UPSR 2010
Cikgu pun berdebar juga ketika menunggu guru besar memaklumkan keputusan.