Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Sayu. Tiada kata. Hanya kaku. Innalillahi Wa Inna Ilaihi Roji'un. Sebaris doa dilafazkan kemudian, semoga roh bapa dan adik kepada Khairin Nazmi (Darjah 2) iaitu Almarhum Khairul Azhar bin Hashim dan Muhammad Amiruddin dicucuri rahmat Allah Ta'ala. Mereka terlibat dalam kemalangan sehari sebelum syawal 1433H baru-baru ini.
Hari demi hari Nazmi menunjukkan perkembangan yang baik. Dari keadaan beliau yang amat kritikal, kini beliau telah sedar. Mungkin perlukan masa untuk kembali sihat seperti dahulu. Sabarlah Nazmi, tenangkanlah dirimu...dugaan hebat untuk orang yang hebat. Allah sentiasa ada bersama kita. Kami di attaqwa sentiasa menanti Nazmi kembali hadir ke sekolah. Ingatlah...kami di attaqwa adalah bapa, ibu, abang, adik, dan kakak kepada anda. Kuatkan semangatmu, kentalkan jiwamu, kami di sini sentiasa mendoakan buat Nazmi kembali sembuh. Buat 'Mama' Nur Azna (ibu Nazmi), kami tetap bersama anda, susah dan senang kita kongsi bersama...
Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Yang Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihi,
Ampunkanlah dosa-dosa kami,
Berkatilah kami,
Rahmatilah kami,
Hilangkanlah kesakitan,
Sembuhkanlah!
Hanya Engkau yang menyembuhkan,
Tidak ada kesembuhan kecuali dariMU,
Kesembuhan yang tidak meninggalkan satu kesakitan pun,
Ya Allah perkenankanlah doa kami...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan