Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera
Dukacita dimaklumkan bahawa salah seorang penderma / penyumbang kepada pembangunan sekolah ini telah kembali ke rahmatullah pada hari Ahad baru-baru ini. Almarhum Hj Ramli b Mat Taha atau lebih dikenali sebagai Cikgu Ramli yang berasal dari Kg. Tanjong Lalang, Temerloh meninggal dunia setelah terlibat dalam kemalangan di lebuhraya Karak.
Seluruh warga At-Taqwa dengan ini mendoakan semoga roh Almarhum dicucuri,diampuni,dirahmati dan diberkati serta ditempatkan bersama para solehin. Sekalung takziah buat keluarga dan teman Almarhum...
ALFATIHAH
Berikut adalah petikan berita yang diambil daripada laman Sinar Harian.
NORFARAHAH OTHMAN & M.FEISAL NORAWI
17 Julai 2012
BENTONG –
Seorang lelaki maut dalam kemalangan di Kilometer 54.4 Lebuh raya Karak-Kuala
Lumpur kira-kira jam 4.40 petang, kelmarin.Dalam kejadian itu, mangsa, Ramli
Mat Taha, 55, dari Kampung Tanjung Lalang, Temerloh dipercayai memberhentikan
kenderaan di lorong kecemasan sebelum berjalan untuk melihat dari jauh
kemalangan yang berlaku di seberang jalan.
Pemangku
Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor
berkata, ketika mangsa ingin kembali ke kenderaannya, dia dipercayai dilanggar
sebuah kereta dari arah belakang.Menurutnya, kereta itu dipercayai dipandu laju
dan terbabas sebelum melanggar mangsa yang pada masa itu berada di lorong
kecemasan.
“Mayat mangsa
kemudian di bawa ke Hospital Bentong untuk dibedah siasat sebelum dituntut oleh
ahli keluarga,” katanya.Mohamad Mansor berkata, kes disiasat di bawah Seksyen
41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Arwah
kelihatan tergesa-gesa
Sementara
itu, Rakan mangsa Mustafar Yaakob, berkata, dia bertolak ke Kuala Lumpur
bersama arwah untuk urusan perniagaan kereta kira-kira jam empat petang
semalam.“Dia mengajak saya ke Kuala Lumpur petang semalam, saya minta izin
untuk tukar pakaian tetapi dia cakap tak perlu kerana katanya sudah ada orang
tunggu. “Masa itu saya perasan arwah sedikit kelam kabut dan tidak seperti
biasa,” katanya sewaktu ditemui Sinar Harian di masjid Kampung Batu Satu,
Temerloh, semalam.
Mustafar
berkata, dia bertolak ke Kuala Lumpur petang semalam dan dalam perjalanan
ketika sampai di Bentong mereka melihat satu kemalangan berlaku di arah bertentangan.
“Arwah minta saya memberhentikan kereta kerana katanya mahu melihat kemalangan
itu yang disangkanya membabitkan anak lelakinya. “Arwah cakap kereta itu macam
kereta anaknya, dia turun dari kereta berjalan kaki kira-kira 50 meter ke
belakang di lorong kecemasan dan berpatah balik ke kereta beberapa minit
selepas itu.
“Masa arwah
patah balik saya lihat dia dari cermin sisi dan pada masa itulah tiba-tiba
sebuah kereta mewah yang dipandu laju terbabas di lorong kecemasan lalu
merempuh arwah dari belakang,” katanya. Mustafar berkata, dia keluar dari
kenderaan dan lihat arwah sudah tidak bernyawa, yang menjadikan dirinya semakin
marah apabila mendapat tahu kenderaan yang merempuh arwah dipandu laju kerana
berlumba.
Mustafar
berkata, dia dimaklumkan beberapa petugas lebuh raya dan orang ramai di situ,
beberapa kereta mewah dipercayai sedang berlumba sebelum salah sebuah darinya
merempuh sebuah kereta lain dan terbabas ke lorong kecemasan lalu merempuh
rakannya itu.
Sementara itu
kakak mangsa, Aminah Mat Taha ketika ditemui berkata, jenazah selamat
dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Chengal selepas Zohor semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan