Beberapa hari lagi kita akan tiba pada bulan seribu bulan. Bulan yang sentiasa dinantikan oleh orang-orang yang beriman. bagi anak-anak pula, kedatangan bulan suci ini tidak lain tidak bukan ialah, 'siapa yang dapat berpuasa penuh kali ini'. Saya hadir ke sekolah ini pada tahun 2007. Apabila tiba bulan ini, ia bagaikan satu pesta. Pesta dalam menjalani ibadah puasa. Di sana sini, waktu terluang, diisi oleh mereka dengan aktiviti berfaedah. Cukup mudah di attaqwa, melihat anak-anak seusia 7-8 tahun sudah mula memegang muqaddam atau Al Quran, sama-sama mengalunkan ayat suci milik Allah itu.
Bagi kami para guru pula, kehadiran bulan ramadan bagaikan melihat tayar kapal terbang mencecah tar di lapangan, cukup suspen. Kami perlu merencanakan program terbaik untuk anak-anak hebat ini. Kebiasaannya, program yang dianjurkan mendapat reaksi pelbagai. Namun bagi kami, adat resam dalam memberi ilmu adalah satu pengajaran dan didikan buat kami.
Semoga bulan Ramadan kali ini, sekolah Attaqwa akan terus meriah dengan aktiviti keagamaan berpadanan dengan tema tahun ini...'RAMADHAN ATTAQWA...BULAN SERIBU BULAN'. Didoakan semoga anak-anak attaqwa akan bergembira, berani dan selesa menjalani ibadah di bumi bertuah ini. buat kalian para pembaca, kami warga Attaqwa mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa, mengambil kesempatan yang terbuka luas dalam meningkat amal ibadah, sepertimana 30 hari dibulan ramadhan menyamai seribu bulan. Selamat berpuasa!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan