Rabu, 30 Jun 2010

Kumpulan Nasyid At-Taqwa

Assalamu'alaikum W.B.T

Buat julung-julung kalinya, kumpulan nasyid At-Taqwa yang lebih dikenali sebagai Soututtaqwa, telah menerima pelawaan daripada pihak luar untuk mengadakan persembahan. Persembahan telah diadakan di SMK Temerloh sempena Hari Koperasi sekolah tersebut.

Alhamdulillah, kumpulan nasyid kita telah membuat persembahan yang cukup baik. 3 buah lagu telah disampaikan sebagai memeriahkan lagi program SMK Temerloh yang sedang berlangsung ketika itu.

Jurulatih nasyid sekolah kita, Cikgu Zaimi menegaskan, persembahan di luar sekolah kali ini diharapkan menjadi langkah pertama dalam mengembangkan lagi kumpulan nasyid Soututtaqwa di dunia luar daripada sekolah kita.

Semoga apa yang dicitakan oleh Cikgu Zaimi, menjadi kenyataan. Tahniah diucapkan!





From SRA Islam At-Taqwa
Pemain muzik kumpulan nasyid kita.

From SRA Islam At-Taqwa
Penyanyi-penyanyi terdiri daripada murid tahun 3 dan 4.

From SRA Islam At-Taqwa
Mohd. Aiman Nasaruddin (kiri sekali) penyanyi solo didikan Cikgu Zaimi.

From SRA Islam At-Taqwa
Terlupa nak ambil gambar di SMKT, ambil gambar kat kolam SRAAT pun jadilah.

Taklimat Kem Sahsiah Kali ke 9

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Apa khabar semua? Bagi murid tahun 4, 5 dan 6, adakah anda sudah bersedia untuk menghadiri kem sekolah nanti? Tengahari 30 Jun 2010 jam 12.30 bertempat di surau, satu taklimat telah diadakan untuk murid tahun 4, 5 dan 6. Taklimat ini diberikan untuk menerangkan beberapa perkara sempena Kem Sahsiah yang akan dilangsungkan nanti.

Taklimat disampaikan oleh Ustaz Wan, Cikgu Azu dan Cikgu Siti. Apa yang dilihat, semua murid seakan tidak sabar untuk menghadiri kem ini, terutama murid tahun 4 yang kali pertama akan menghadiri kem sahsiah anjuran pihak sekolah ini.

Dipohon kepada Allah, semoga perjalanan kem kita ini, diberkati dan dilindungi Allah sentiasa...



Isnin, 28 Jun 2010

Sekitar Majlis Perjumpaan Ibu bapa dan Guru


Assalamu'alaikum WBT.

Majlis ini diadakan sempena Kem Sahsiah yang akan diadakan mulai Jumaat ini sehingga Ahad nanti. Perjumpaan ini julung-julung kali diadakan. Pertemuan ini berlangsung pada Jumaat lepas yang melibatkan ibu bapa / penjaga murid tahun 4, 5 dan 6 sahaja.

Alhamdulillah, perjumpaan ini berjaya mencapai kata sepakat di mana ibu bapa akan turut serta memeriahkan lagi kem tahunan sekolah kita. Insya Allah, pada hari terakhir, mereka akan bersama-sama dengan kita semasa slot motivasi.

Panjang umur, kita jumpa di Kem Sahsiah Kali ke 9 nanti!!!




From SRA Islam At-Taqwa
Guru Besar sedang menyampaikan ucapan.

From SRA Islam At-Taqwa
Suka betul pengarah kita ni.

PROGRAM SEKOLAH

Salam semua...ini ada sedikit maklumat terbaru mengenai program / aktiviti yang akan di laksanakan :

1~ Seramai 8 orang guru memulakan praktikumnya di sekolah pada hari ini
( 28 Jun - 3 Sept 2010 )
1. Cikgu Hamidah Tarmizi
2. Cikgu Siti Zaleha Abd Hamid
3. Us Wan Saiful Adli Wan Muhammad
4. Cikgu Noriza Mihd Nasir
5. Cikgu Rohaida Muda
6. Cikgu Mohaiza Mohamed
7. Cikgu Hidanah Ahmad Tajudin
8. Cikgu Mohd Zaimi Abu Bak
*Semoga semua guru dapat melakukan yang terbaik...

2~ Hari Pelaporan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010
Tarikh : 2 Julai 2010 ( Jumaat )
Masa : 10.00 pg - 12.00 tgh hari
* Semua ibubapa dijemput hadir untuk melihat rekod prestasi murid

3~ Kem Sahsiah Diri SRA At Taqwa Kali ke 9
Tarikh : 2, 3, 4 Julai 2010
Masa : Pendaftaran pada pukul 5.00 petang (2 Julai 2010)
* Semua pelajar tahap 2 tahun 4, 5, dan 6 terlibat.



Isnin, 21 Jun 2010

Rakan lama

Assalamu'alaikum W.B.T



Saya amat terkejut apabila seorang yang bernama Azwan Lee cuba 'add' saya sebagai rakan baru di facebook. Rupa-rupanya apabila disahkan sahaja rakan baru itu, barulah saya tahu itu adalah Azwanli, batch UPSR 2009. Tidak disangka-sangka rupanya Azwanli dapat menjejak kita melalui blog sekolah ni.

Untuk makluman semua, Azwanli kini meneruskan pengajian di Future Islamic School Indonesia, kini dapat bersama dengan keluarga tersayang.

Kami di sini mengharapkan agar Azwanli sentiasa kekal bersama kami, berjaya dalam pelajaran dan meningkatkan lagi ketakwaan kepada Allah.

Ahad, 20 Jun 2010

Salam

Salam kembali..sudah 2 minggu berlalu...esok kita semua akan berkumpul semula untuk meneruskan perjuangan di SRA ATTaqwa..Semoga anak-anak semua hadir dengan penuh semangat dan azam baru sempena pembukaan penggal yang baru...

Buat semua anak-anak At Taqwa tuntulah ilmu tanpa mengenal penat lelah..Jadilah seorang yang berilmu di dunia dan akhirat...

Bagi guru - guru..buka persekolahan kali ini memberi lebih cabaran kepada 8 orang guru At Taqwa yang akan mengikuti praktikum fasa 1..Diharapkan kepada semua guru lakukan yang terbaik...Bersama-sama kita doakan semua berjaya..Dibantu anak-anak Taqwa..

Tuntutlah Ilmu Tidak Kira Masa dan Usia..

Sabtu, 19 Jun 2010

Wajah Baru

Assalamu'alaikum W.B.T

Apa khabar semua? Sudah dua bulan lebih blog ni tidak 'update'. Maaf dipinta. Bukan malas nak buka, tapi disebabkan dengan bebanan kerja, sedikit sebanyak beberapa perkara terpaksa dikorbankan sementara. Tapi, pihak admin mengucapkan tahniah dan terima kasih tidak terhingga kepada pelajar-pelajar yang terus mengunjungi laman ini walaupun ketika itu tidak dikemaskini.

Insya Allah selepas ini, dengan semangat wajah baru, blog ni akan sentiasa mempunyai berita / maklumat / info terkini untuk tatapan murid-murid, guru-guru, penjaga-penjaga dan sesiapa sahaja yang mengunjungi laman ini.

Sekian untuk kali ini, jumpa lagi.