Jumaat, 19 Februari 2010

Kejohanan Merentas Desa 2010

Assalamu'alaikum W.B.T

Setelah selesai diadakan latihan merentas desa pada 30 Januari 2010 yang lalu, maka kejohanannya pula diadakan pada 5 Febuari 2010 hari Jumaat. Sepertimana latihan diadakan di Taman Awam Kubang Gajah, kejohanan Merentas Desa 2010 juga dibuat di sini. Awal-awal lagi murid At-Taqwa bersemangat untuk berlari. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar mulaidari sekolah sehinggalah ke taman awam tersebut.

Murid-murid diangkut dengan dua buah bas yang disewa khas oleh pihak sekolah. Di kesempatan ini, pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada para ibu bapa / penjaga anak-anak At-Taqwa kerana sudi membantu dalam melicinkan lagi perjalanan kejohanan serta sudi menghulurkan derma bagi menjayakan sukan tahunan yang akan diadakan nanti. Sebagai tatapan, berikut adalah sebahagian gambar yang sempat diambil ketika kejohanan diadakan.

From Merentas Desa
Berbaris menuju garisan permulaan.

From Merentas Desa
Cikgu-cikgu perempuan macam nak berkelah je...

From Merentas Desa
Melepasi 'check point' pertama.

From Merentas Desa
Hamzah antara yang disebut-sebut bakal memenangi berbagai acara.

From Merentas Desa
Jalan-jalan cari makan.

Khamis, 18 Februari 2010

Latihan Merentas Desa 2010

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Semuanya terlewat untuk disiarkan. Namun admin tetap nak siarkan juga. Harap anda semua tidak marah atas kelewatan ini, maaf lagi dipinta. Sebelum Kejohanan Merentas Desa SRA At-Taqwa diadakan, pihak sekolah telah mengadakan latihan merentas desa terlebih dahulu di Taman Awam Kubang Gajah. Ini adalah julung-julung kali diadakan acara merentas desa di taman awam tersebut. Jarak laluan dianggarkan lebih kurang 2 kilometer. Alhamdulillah semua murid yang terlibat pada hari latihan tersebut berjaya menamatkan larian mereka, termasuklah guru-guru dan ibu bapa yang turut serta. 

From Merentas Desa
Encik Kamarudzaman aka Abang Medan selaku pegawai keselamatan murid sepanjang sesi latihan dijalankan.

From Merentas Desa
Encik Min yang juga suami kepada Cikgu Rohaida memang suka bergaya ketika sedang mengambil gambar.

From Merentas Desa
Mesyuarat tergempar kaum ibu.

From Merentas Desa
Mesyuarat jugak.

From Merentas Desa
Ada masam,manis,serius berdebar-debar nak berlari.

From Merentas Desa
Handhollah nak bernasyid pulak...

From Merentas Desa
Syarikat Hamka dan Rakan-rakan.

From Merentas Desa
Siapa paling manis senyumannya?

From Merentas Desa
Tak sabar nak berlari.

From Merentas Desa
Zaimi dikejar para penyokongnya.

From Merentas Desa
Nampak macam letih je ustaz...

From Merentas Desa
Ambulan zaman dulu kala.

Selasa, 16 Februari 2010

Hari Kecemerlangan 2009

Assalamu'alaikum W.B.T

Pihak admin memohon ampun dan maaf kerana sudah lama tak 'update' blog ini. Pada 23 Januari 2010 yang lalu (dah lama), At-Taqwa telah mengadakan majlis Hari Kecemerlangan 2009. Insya Allah tahun ini, kita akan adakan hari kecemerlangan pada tahun ini juga.Sama-sama kita berdoa. Berikut adalah beberapa gambar sebagai kenangan kita bersama.












Dukacita

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Minggu lepas, warga SRA At-Taqwa dikejutkan dengan beberapa berita sedih. Pertamanya, ibu kepada sahabat kita, Hibatullah bin Yusof (Tahun 5) dan adiknya Nasrullah bin Yusof telah kembali ke rahmatullah pada hari Isnin 8 Februari 2010. Kemudian pada hari Jumaat 12 Februari 2010 pula datuk kepada Siti Hajar binti Sabar (Tahun 5), Salman bin Sabar (Tahun 3) dan Ali bin Sabar (Pra Sekolah) juga telah kembali ke rahmatullah.

Ketika kebanyakan rakyat Malaysia juga warga At-Taqwa sedang bercuti panjang sempena cuti Tahun Baru Cina, Sabtu 13 Februari 2010 warga kerja At-Taqwa dikejutkan pula dengan berita bapa kepada Guru Besar Ustaz Mohd Khairudin bin Yaakob yang telah meninggal dunia kira-kira jam 10 malam di Felda Ulu Jempol, Maran.

Pihak warga At-Taqwa turut berkongsi kesedihan yang menimpa sahabat-sahabat dan guru besar kita ini. Daripada Allah kita datang dan kepadanya jua kita kembali.Al Fatihah...