Ahad, 3 Mac 2013

Video Nazmi...

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah semalam telah selesai Mesyuarat Agung PIBG 2013 dengan jayanya. Dalam mesyuarat tersebut, diadakan penyampaian khas yang dipanggil Penyampaian Bantuan Khas PIBG buat Khairin Nazmi bin Khairul Azhar. Beliau telah terlibat dalam sebuah kemalangan sehari sebelum Aidilfitri tahun lalu sehingga mengorbankan bapa dan adiknya. Semoga Nazmi dan ibu tabah menghadapinya. Untuk itu disediakan sebuah video buat Nazmi....