Isnin, 16 Julai 2012

PROJEK SURAU BAHARU ATTAQWA

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, berkat daripada derma / sumbangan tuan / puan / anak-anak tiap-tiap hari, maka projek surau sekolah kita telah bermula pada 7 Julai 2012 lalu. Anggaran bagi fasa pertama iaitu menebang,merata, menambun tanah adalah sekitar RM25,000.00 ke RM30,000.00. Jumlah wang terkumpul sedia ada sekarang ini lebih kurang RM12,000.00. Kos keseluruhan pula dianggarkan sebanyak RM160,000.00. Insya Allah, dengan doa dan bantuan daripada anda diharapkan semoga perancangan fasa pertama ini akan berjalan lancar di mana ketika ini tanah yang ditambun dengan jumlah kiraan lori sebanyak 100 buah telah selesai.

Bantuan demi bantuan yang diterima daripada semua pihak diucapkan ribuan terima kasih. Sumbangan anda hanya Allah sahaja dapat membalasnya. Pihak sekolah dan PIBG merasa amat bertuah dikelilingi oleh masyarakat yang cintakan agama. Anda lah masyarakat yang dimaksudkan itu. Berikut sedikit gambar yang berjaya dirakam ketika projek telah dimulakan. Sekali lagi, JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA buat kalian. Terima kasih!

Geng lelaki sedang memasang tali rintangan keselamatan.


Encik Amirul memperagakan tali 'awas' setelah berjaya diikat.

Zeman memulakan kerja-kerja menebang pokok. Kawasan teduh ini tinggal kenangan sahaja sekarang....


Aksi Zeman menggunakan chainsaw.

Kenangan akhir di kawasan teduh sekolah.

Encik Amirul begitu gembira apabila projek surau kini telah bermula.

Rebah.

Macam daya je ngangkat. Chait...

Anda perlu berpindah encik kerengga. Tuntutan agama lebih penting...

Kerja-kerja merata bermula.

Terang.

Gaya tengok backhoe.

Pokok betik je yang selamat.

'Di situlah tempat saya menangkap ikan masa kecik-kecik dulu' Ustaz Man.

Menambun bermula, dikawal selia oleh Encik Amirul (tiada dalam gambar).


Mohon bantuan, saham akhirat.






5 ulasan:

  1. sikitnyeeeee gambo weh..penat koi kerja aritu,,wahahaha

    BalasPadam
  2. oak keje nengok je, sampe tertido

    BalasPadam
  3. keje juge tu..haha

    BalasPadam
  4. Lawo gmbo. DSLR ke ? Ahaks.

    p/s: Surau baru ? Waaaa

    BalasPadam
  5. salam admin, mohon copy gambar utk warwarkan tabung derma...

    BalasPadam