Sabtu, 21 Disember 2013

Kenangan mengusik jiwa...

Banjir yang telah melanda baru-baru ini...

Ahad, 6 Oktober 2013

Khamis, 3 Oktober 2013

Banyaknya gambar @ Program Ihya' Ramadhan 1434H/2013 (1)

Assalamu'alaikum Warahmatullah dan Salam Sejahtera

Jom layan, admin tak sempat lagi nak buat ayat macam biasa...




Isnin, 30 September 2013

Kem Kecemerlangan 2013

Assalamu'alaikum Warahmatullah dan Salam Sejahtera.




Ahad, 29 September 2013

Pertandingan Sempena Minggu Anti Dadah 2013

Assalamu'alaikum Warahmatullah dan Salam Sejahtera.




Senamrobik 2013

Assalamu'alaikum Warahmatullah dan Salam Sejahtera.




Pemantauan Akademik 2013

Assalamu'alaikum Warahmatullah dan Salam Sejahtera.




Program Anti Dadah

Assalamu'alaikum Warahmatullah dan Salam Sejahtera




Hehehe...

Assalamu'alaikum Warahmatullah dan Salam Sejahtera.

Mohon baca ayat di bawah:

1. mintok mo oh la lama tak update.
2. patotnye boleh update, tapi jari tak dan nok menaip.
3. Harap semua pembaca yang budiman dan anak-anak yang disayangi sentiasa di bawah rahmat Allah dan       dalam keadaan sihat walafiat.
4.Sedikit perubahan akan dibuat terhadap laman ini, maklumlah, cuti dah nak dekat ni, ada la sikit masa            insya Allah.
5. Buat seketika, beberapa posting akan dimasukkan sekadar gambar tanpa kata-kata seperti biasa (cikgu       Faeza mesti suka, kalau tak ngamuk lagi dia).
6. terima kasih atas sokongan anda, walaupun tak update, dalam tempoh tersebut masih ada hampir 3000         pelawat masih menjenguk blog kita, terima kasih.

Sekian dahulu, tunggu saya upload gambar-gambar yang belum diupload.

Terima kasih atas sokongan anda...


Jumaat, 31 Mei 2013

Ceramah Ustaz Norhamizi

Assalamu'alaikum Warahmatullah

Moh layan gambar ceramah pulak...

Persiapan akhir, hat duduk te bukan ustaz hamizi.

Ketibaan Al Fadhil Ustaz, dalam kesibukan kerja hadir jua.

Borak-borak dulu.

Sekitar temu uji tahun 1 2014

Assalamu'alaikum Warahmatullah

Apa khabar? Tengok aje la gambar mana hat sempat di snap...huhu

Baru masuk.

Dua orang kuat kita yang sentiasa sihat.

Siap ada beg. Markah tambahan diberi.

Isnin, 29 April 2013

Mesyuarat Agong teristimewa...

Assalamu'laikum Warahmatullah dan Selamat Sejahtera

Apa khabar anak-anak, abang-abang, kakak-kakak, tuan-tuan, puan-puan dan pembaca-pembaca blog yang budiman? Semoga kalian dalam keadaan sihat dan dilindungi Allah hendaknya. Adapun entri kali ini menyentuh berkaitan mesyuarat agong pibg bagi tahun 2013.

Ustaz Syahirman ( gambar sebelah) dalam menyampaikan kata-kata semasa temubual bersama wartawan pesisir kami, Encik Amirul menegaskan bahawa mesyuarat agong yang diadakan kali ini lebih kepada meraikan kehadiran keluarga adik Khairin Nazmi bin Khairul Azhar, yang terlibat dalam kemalangan sehari sebelum syawal tahun lalu (video di sini). "Nazmi adalah keluarga kita, kesedihan, kehilangan yang beliau alami,menyebabkan kita menangis bersama. Ketabahan, kekentalan dan semangat beliau dan ibunya, mengharungi dugaan ini mengajar kita satu perkara, jangan cepat berputus asa, Allah sentiasa bersama hambaNya, saat duka dan bergembira". kata beliau penuh perasaan.

Benar. Walau sehingga kini saya yakin, keperitan keluarga Nazmi menghadapinya belum pudar, namun kegembiraan mana lagi mahu kami ucapkan, saat melihat Nazmi berlari keriangan, berjalan bersama rakan, melemparkan senyuman setiap kali berselisih dan petah berkata-berkata, membuat hati kami bagai di taman astakona...


"Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar" (Al Baqarah ayat 155). Semoga hari-hari mendatang menjanjikan kegembiraan, keceriaan dan kejayaan dalam hidup.

Moh kita layan gambar pula...

Membaca jambatan ilmu.

Masih awal, tetamu lebih kepada bertanya khabar ibu Nazmi.

Jumaat, 12 April 2013

Temuduga Kemasukan Tahun 1 Sesi Persekolahan Tahun 2014

Assalamualaikum w.b.t...

Dimaklumkan bahawa temuduga kemasukan murid Tahun 1 Sesi Persekolahan Tahun 2014 ke SRA At Taqwa akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh         : 13 April 2013
Hari            : Sabtu
Masa          : 8.30 pagi
                    ( 8.00 pagi pendaftaran )
Tempat      : SRA At Taqwa
Sesi           : 1 ) Ujian Bertulis
                   2) Ujian Lisan dan Bacaan

p/s : Sila bawa bersama perkakasan alat tulis untuk digunakan sewaktu ujian bertulis.

Segala kerjasama bagi yang terlibat didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Harap maklum,

Sekian , terima kasih.

Ahad, 7 April 2013

Ceramah Ustaz Idris Derus

Assalamu'alaikum Warahmatullah dan Salam Sejahtera

Apa khabar semua? Khabar saya baik walaupun dah lebih sebulan tak update blog kita ni. Hehe. Tiap-tiap hari orang yang bertanya kepada saya ialah Cikgu Zaimi. Saban hari beliau bertanya, bila nak lantik jadi admin mula la tak nak, sibuk bernasyid katanya. Jadi, post kali ni lebih kepada penglibatan beliau bersama-sama dengan anak-anak yang bertungkus lumus menjayakan program ceramah dahulu.

Ceramah oleh Al Fadhil Ustaz Idris bin Haji Derus telah diadakan pada 1 Mac yang lalu. Ya, Mac bukan April. Terima kasih tidak terhingga kepada penceramah, dalam kesihatan beliau yang terganggu, penyampaian ceramahnya tetap memukau para hadirin, sehingga hujan dipenghujung tidak menghalang mereka mendengar penyampaian ceramah yang hebat itu.

Mari kita bersama-sama dengan Cikgu Zaimi melayan gambar di bawah...

Persiapan terbaik, terima kasih tidak terhingga kepada anak-anak tahun 4, 5 dan 6 yang menjayakannya.

Petanda ceramah malam itu hebat, bekas anak murid pun hadir.

Cikgu Zaimi, orang kuat kita.

Ahad, 3 Mac 2013

Video Nazmi...

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah semalam telah selesai Mesyuarat Agung PIBG 2013 dengan jayanya. Dalam mesyuarat tersebut, diadakan penyampaian khas yang dipanggil Penyampaian Bantuan Khas PIBG buat Khairin Nazmi bin Khairul Azhar. Beliau telah terlibat dalam sebuah kemalangan sehari sebelum Aidilfitri tahun lalu sehingga mengorbankan bapa dan adiknya. Semoga Nazmi dan ibu tabah menghadapinya. Untuk itu disediakan sebuah video buat Nazmi....


Khamis, 28 Februari 2013

Ceramah Agama

Assalamu'alaikum Warahmatullah dan Salam Sejahtera

Semua diundang hadir...


Sabtu, 16 Februari 2013

Ceramah Maulidurrasul 1434H

Assalamu'alaikum Warahmatullah.

Belek punya belek, rupa-rupa ada lagi program sekolah yang belum saya ceritakan di sini. Jadai mari kita baca cerita bergambar seterusnya...

Tapi sebelum daripada itu, ceramah ini telah diadakan pada 1 haribulan Febuari yang lalu. Ceramah disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Asri bin Awang, PKZ Pahang Cawangan Temerloh Bandar Ikan Patin (kini dikenali sebagai Temerloh Titik Tengah Semenanjung).

Aaa baru boleh layan cerita bergambar..jom

Persiapan telah dibuat 3 hari sebelum ceramah. Nak tercabut otot memasangnya! Terima kasih Encik Wan kerana mengangkut barang menggunakan lori beliau tanpa kos!

Ustaz Man, bekas pemenang angkat berat di Mesir suatu ketika dahulu.

Jumaat, 8 Februari 2013

Kejohanan Merentas Desa 2013 Peringkat Sekolah

Assalamu'alaikum Warahmatullah dan Salam Sejahtera.

Selepas pada ini, insya Allah kita ada entry temubual khas bersama guru baru kita. Nantikan kemunculannya. Para wartawan pesisir laut kami masih dalam meng 'edit' temubual yang telah dibuat baru-baru ini.

Adapun kali ini, ceritanya berkaitan merentas desa. Sesiapa yang tak pernah masuk aktiviti seperti ini, baik masuk. Kalau tidak hidup anda belum sempurna...hehehe. Aksi pada tahun ini lebih mantap. Dengan pertukaran rumah sukan antara murid dan guru, pastilah suasananya bertambah meriah. Tambah-tambah rumah Laksamana yang dilihat sebagai pasukan pilihan juara berganda musim ini. Rumah lain? Sekadara penyertaan sudahla.Hehehe

Mari kita berkongsi bersama suka duka kejohanan merentas desa kali ini. Jom layan...

Para urusetia sibuk memasang banner mula dan tamat, dikawal rapi Encik Zukiman.

Senaman diketuai Cikgu Zaimi.