Selasa, 18 Oktober 2016

SAMBUTAN GURU PENYAYANG MURID DISAYANG BAGI BULAN MEI, JUN, JULAI DAN OGOS TAHUN 2016

Assalamu'alaikum Warahmatullah dan Salam Sejahtera.

Program ini adalah program sambutan yang sama dilangsungkan bagi bulan April dahulu. Program ini diadakan bagi meraikan murid dan guru yang dilahirkan pada bulan Mei, Jun, Julai dan Ogos. Terima kasih kepada semua terutama murid-murid yang telah menjayakan program ini. Jazakumullah.




Program motivasi UPSR 2016 bersama Ustaz Norhamizi Jamaluddin

Assalamu'alaikum Warahmatullah dan Salam Sejahtera.

Seterusnya, satu program motivasi telah diadakan khas untuk murid tahun 6. Selama ini kita hanya mendengar Ustaz Hamizi bagi kuliah atau ceramah, ha sekarang beliau pun aktif dalam memberikan khidmat motivasi. Jom layan gambar.




Ihya' Ramadhan 1437h / 2016

Assalamu'alaikum Warahmatullah.

Berikut adalah gambar berkaitan program semasa ramadhan 1437h yang lalu. Selamat menengok.




Majlis Perpisahan Ustazah Saadiah

Assalamu'alaikum Warahmatullah dan Salam Sejahtera.

Jauh - jauh di mata,
Di hati dekatlah sayang,
Dalam dalam  dalamnya laut,
Lebih dalam rasa hatiku...

Selamat jalan ustazah...jauh di mata dekat di hati...

Tak mampu nak menaip lagi....uhuhuhuhuh




Program Ambang Ramadhan 1437h / 2016

Assalamu'alaikum Warahmatullah dan Salam Sejahtera.

Ramadhan berlalu pergi. Semoga semangat ramadhan memperbanyakkan ibadah berterusan sehingga kini dan selamanya. Attaqwa turut memeriahkan sambutan ramadhan. Dimulai dengan Program ambang Ramadhan atau sambutan menyambut ramadhan.  Program diketuai oleh Al Fadhil Ustaz Syahirman As Semantani. Seronok berprogram begini. Paling seronok bila adik-adik dibimbing abang dan kakak tahun 6 dalammembaca dan menghafaz niat. Moh tengok gambar.




HARI GURU 2016

Assalamu'alaikum Warahmatullah dan Salam Sejahtera.

Ha baru keluar gambar sambutan hari guru lama dulu uhuk uhuk. Bukan apa, sahaja keluarkan lambar bagi semua tertunggu-tunggu. Okay tak alasan ni huhuhuh....





Ceramah Israk dan Mikraj 2016

Assalamu'alaikum Warahmatullah dan Salam Sejahtera.

Ini artikel kedua pagi ini. Heheh. Pukul keliling nampaknya hari ini. Bersama Al Fadhil Ustaz Abrar Al Besuti, murid-murid menadah ilmu darinya. Seronok dengar celoteh Ustaz Abrar dalam loghat Terengganu. Geng kite weih...Ustaz ni bagi hadiah lain dari yang lain, tengoklah dalam gambar nanti...




Ceramah Datuk Kamaruddin Al Hafiz

Assalamu'alaikum Warahmatullah

Apa khabar semua? Semoga semua sentiasa sihat walafiat dan dirahmati Allah selalu. Pada bulan April yang lalu, pihak surau sekolah telah mengundang Mantan Imam Besar Masjid Negara, Kuala Lumpur untuk menyampaikan kuliah maghrib. Alhamdulillah program berjalan lancar dan banyak manfaat ilmu diterima malam itu.