Jumaat, 16 Oktober 2015

HARI SUKAN NEGARA 2015

Assalamu'alaikum Warahmatullah.

Kaf ba ro kaf ta nun. hihihihihihih. Ada kisah pasal ejaan tu semasa berlangsungnya hari sukan negara tempohari. Kalian layan gambar-gambar ni. Kalau cari gambar Cikgu Yan, Cikgu Huda dan Cikgu Faeza memang tiada. Mereka sekarang sedang melayan anak-anak yang baru dilahirkan. Kembar tiga lain mak...





MILO PERCUMA DATANG...

Assalamu'alaikum Warahmatullah.

Layan gambar orang minum milo.Moh.





MAJLIS KORBAN PERKESO TEMERLOH BERSAMA WARGA SRA ISLAM ATTAQWA 1436H/2015

Assalamu'alaikum Warahmatullah.

Pada raya haji baru-baru ini, satu majlis korban telah diadakan di sekolah. Alhamdulillah, seronok sangat-sangat dapat bersilaturrahim dan mencari jodoh ahahahaha....





UPSR 2015

Assalamu'alaikum Warahmatullah.

Semoga kalian dikurnia kejayaan yang cemerlang dunia dan akhirat...




REHLAH MINDA 2015

Assalamu'alaikum Warahmatullah.

Sebelum UPSR yang lalu, anak-anak Attaqwa dari tahun 6 telah dibawa berehat ke Kuantan. Bermalam di Chempaka Beach Resort dan melakukan pelbagai aktiviti. Doa-doakan semoga mereka dikurnia kejayaan yang cemerlang nanti, insya Allah.





KOLEKSI GAMBAR AIDILFITRI 1436H/2015 VOL 2

Assalamu'alaikum Warahmatullah.

Selamat pagi Jumaat. Sambungan yang dulu.





Isnin, 12 Oktober 2015

SAMBUTAN AIDILFITRI MGPIB PAHANG 1436H/2015

Assalamu'alaikum Warahmatullah.

Pada 9 Ogos 2015 yang lalu, Attaqwa telah dipilih sebagai tempat bagi melaksanakan program yang dianjurkan oleh Majlis Guru Pendidikan Islam Berjawatan bagi Negeri Pahang iaitu sambutan Aidilfitri.





CERAMAH PERDANA USTAZ MUSTAFFA KAMAL BIN HAMZAH

Assalamu'alaikum Warahmatullah.

Pada 7 Ogos lalu bermulalah siri ceramah bulanan di surau kita. Untuk pertama kali tahun ini, al Fadhil Ustaz Mustaffa Kamal b Hamzah merasmikannya. Terima kasih dan jazakallah ya tuan guru.




KOLEKSI GAMBAR AIDILFITRI 1436H/2015

Assalamu'alaikum Warahmatullah.

Jom layan pula gambar raya puasa yang lalu...hihihihi





KOLEKSI GAMBAR RAMADHAN 1436H/2015

Assalamu'alaikum Warahmatullah.

Berhabuk sikit blog sekolah kita. Maafkan saya. Saya kongsikan bersama kalian koleksi gambar program dan aktiviti yang berlangsung sepanjang ramadhan lalu.





Rabu, 26 Ogos 2015

KINI DITUTUP.

Assalamu'alaikum Warahmatullah dan Salam Sejahtera.

Makluman:


Sekian, terima kasih.

Isnin, 11 Mei 2015

PROJEK WAKAF BAGI MENYEMPURNAKAN PEMBINAAN SURAU SEKOLAH

Assalamu’alaikum Warahmatullah dan Salam Sejahtera.

Tuan/Puan yang dirahmati Allah,

Izinkan saya mengambil masa untuk berkongsi dengan tuan/puan perihal pembinaan surau sekolah kami. Surau SRA Islam At-Taqwa beralamat di KM 4 Jalan Mentakab-Temerloh, 28000 Temerloh, Pahang ini dibina dengan hasil derma orang ramai. Surau yang masih dalam pembinaan dan juga keseluruhan kawasan sekolah turut ditenggelami banjir besar yang berlaku pada Disember 2014-Januari 2015 yang lalu mengakibatkan kerugian ribuan ringgit.

Mulai Mei 2015, pembinaan surau sekolah ini disambung kembali untuk menyelesaikan kerja-kerja yang terbengkalai selepas bencana banjir yang lalu. Kerja-kerja yang belum selesai ialah:

1. Pemasangan siling tingkat atas dan bawah.
2. Pemasangan jubin dan siling di tempat wuduk.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah melancarkan kutipan wakaf bagi menjayakan pembinaan surau kita ini. Berikut adalah kadar wakaf sekaki persegi yang dilancarkan oleh pihak sekolah:

a. Siling tingkat atas, tingkat bawah dan tempat wuduk (barang dan upah) = RM4.00 sekaki persegi.
b. Jubin tempat berwuduk (barang dan upah) = RM4.00 sekaki persegi.

Bagi tuan/puan budiman yang ingin menyertai skim saham akhirat ini, sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad (PIBG SEK REN ISLAM AT-TAQWA) bernombor 06028010021300 atau hadir ke sekolah seperti alamat di atas. 

Segala sumbangan yang dihulurkan kami dahului dengan ucapan dan doa JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA DAN SEMOGA KEHIDUPAN TUAN/PUAN DIBERKATI, DIRAHMATI, DIAMPUNI DAN DILIMPAHKAN REZEKI OLEH ALLAH TA’ALA.

Nombor-nombor telefon yang boleh dihubungi:

09-2901648 Pejabat Sekolah
011-19967434 M Khairudin Yaakob (Guru Besar/Pengasas Sekolah)
012-9665990 W Saiful Adli W Muhd (Pen Kanan Kokurikulum/Penyelaras Projek Pembinaan Surau)
013-9277124 M Sahran Ismail (Guru/Bendahari PIBG)
012-9834451 Syahirman Abd Sukor (Guru/Imam)
BLOG: sra-attaqwa.blogspot.com






 Sekian, terima kasih.
Mohon disebarkan.


Sabtu, 18 April 2015

MESYUARAT AGUNG PIBG TAHUN 2015

Assalamu'alaikum Warahmatullah dan Salam Sejahtera.

Hehehe. Banyak betul posting hari ini. Baru jumpa kamera....krik krik krik... Layan koleksi gambar terakhir hari ini, mesyuarat agung baru-baru ni (sebenarnya lama dah) hihihi.






Pasca Banjir:TNB Bahagian Penjanaan Bersama At-Taqwa

Assalamu'alaikum Warahmatullah dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah. Benarlah, disebalik ujian, rahmat melimpah ruah buat At-Taqwa. Sukarelawan daripada TNB Penjanaan berkampung selama dua hari untuk mengecat bangunan surau baharu kita. Untuk makluman, dalam bencana banjir besar lalu, air telah melepasi aras lantai tingkat atas lebih kurang hampir 2 kaki... Terima kasih kalian sukarelawan yang budiman...