Sabtu, 25 Februari 2012

Apakah yang berlaku?

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Bersungguh-sungguh deme berdua main ngan tali tu. Agaknya untuk apalah khemah ni yak?
Tunggu keluarannya.


Admin nak gi ngutip ilmu kat kubang gajah arini. huhuhu. Ikutkan arini nak publish dah. Jumpa lagi nanti.

Isnin, 20 Februari 2012

Edisi Khas 'Banyaknya Gambar' Sempena Kejohanan Merentas Desa 2012

Azran ceria kembali.

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

"Bila nak keluar ustaz?"kata sebahagian anak-anak hebat Attaqwa itu. Lantas saya menjawab "Sabar, sikit lagi masa saya perlukan" Tersenyum pula mereka. Ada yang minta gambar mereka disiarkan, tidak kurang juga yang meminta jangan disiarkan gambar mereka, malu katanya. Tapi ayat anak-anak itu taklah seskema ayat di atas tu, deme pakai ayat kampung je,hehehe.

Alhamdulillah, program yang dirancang asalnya tergendala setelah bertembung dengan cuti panjang sempena Tahun Baru Cina, akhirnya ia sempurna jua diadakan. Antara kejohanan yang dinanti-nantikan oleh semua pihak termasuk guru-guru yang terlebih seronok contohnya Cikgu Jasimah. Manakan tidak, rumah sukan beliau dah 8 tahun tak pernah johan keseluruhan, asyik johan kebelakang je..hehehe

Tanggal 11 Febuari 2012, maka ditentukan Allah kejohanan ini dilangsungkan. Tiada masalah, segala persiapan dibuat baik termasuk kebajikan dan keselamatan murid. Bagaikan kapal perang sedia bertempur, begitulah dengan ahli-ahli rumah sukan yang terdiri daripada Temenggung, Syahbandar, Panglima dan Laksamana. Sangat bersemangat. Bersedia berkhidmat kata mereka.

Ahad, 12 Februari 2012

Cerita disebalik gambar...

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

TUNGGU KELUARANNYA!!!
EDISI KHAS KEMBALI LAGI DENGAN 
"BANYAKNYA GAMBAR"!!!

Sabtu, 11 Februari 2012

Badminton

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Nurul Izzah menunjukkan medal tempat ketiga bersama Kejohanan MSSD Temerloh 2012.

Air mata itu mengalir juga. Tidak tertahan lagi.Bukan disebabkan Ustaz Syahirman nak belanja aiskrim koneto, tapi saat diri kecewa tewas ketika menang tak terjangka sebelumnya. Itulah adat resam dunia, perancangan Yang Maha Esa mengatasi segalanya. Nurul Izzah bt Abd Majid, mengejutkan ramai pihak.Bukan pilihan, apatah pula Attaqwa kali akhir menyertai Kejohanan Badminton MSSD Temerloh adalah pada tahun 2008. Satu masa yang lama, kini 2012 mencipta sejarah. Izzah sendiri saat perlawanan suku akhir,tika jantung saya dan  Ustaz Man bagaikan dilanggar kapal selam,sesak nafas dibuatnya. Saat saya pergi menghampirinya, ketika beliau berjaya mengikat keputusan 1-1 bertemu tuan rumah iaitu SJKC Khee Chee, pucat putih bagaikan kapas rupanya sambil berkata 'Saya ketar ustaz!' dalam nada terketar-ketar seakan memandu lori di Alaska.

Sabtu, 4 Februari 2012

SALAM MAULIDURRASUL 1433


SALAM MAULIDURRASUL 1433 KEPADA SEMUA.JANGAN SESIAKAN CUTI YANG ADA, GUNAKAN SEBAIKNYA MENGENALI MUHAMMAD BIN ABDULLAH, RASULULLAH SALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM. AMAT MALU SELAMA MENJADI SEORANG MUSLIM, KITA TIDAK MENGENALI MANUSIA AGUNG INI. GUNAKAN KESEMPATAN YANG ADA, UNTUK KITA SAMA-SAMA LEBIH DEKAT DENGAN BAGINDA....