Selasa, 23 Februari 2016

Mesyuarat Agung PIBG 2016

Assalamu'alaikum Warahmatullah dan Salam Ceria.

Pada petang Jumaat 19 Febuari 2016 yang lalu, pihak sekolah telah selesai mengadakan mesyuarat agung PIBG kali ke 10. Alhamdulillah kehadiran semakin meningkat dari setahun ke setahun. Tahniah bagi semua yang hadir!




Program Jom Siapkan Kerja Rumah Peringkat Sekolah

Assalamu'alaikum Warahmatullah.

Apa khabar semua? Semoga semua sihat dan bagi yang tidak sihat didoakan semoga lekas sembuh ya. Abang kongsikan dengan kawan-kawan semua program yang telah diadakan pada 19 Febuari 2016 baru-baru ini. Hari ini abang tak berapa sihat sikit. Jadi abang tak dapat nak buat ulasan lebih-lebih. Kalian pun sukakan kalau tak ada ulasan.Selamat melihat gambar.




Sabtu, 20 Februari 2016

Sukan Tahunan 2016 (Edisi gambar telefon bimbit).

Assalamu'alaikum Warahmatullah

Hello everybody? How are you today? Dok tepi paya korang ingat abang tak pandai speaking ke? Ternganga mulut ko ha tengok abang speaking. Abang sihat-sihat sahaja hari ini sambil senyum sorang-sorang tengok gambar baru pas convert dia punya saiz. Adapun dalam penghujung Januari lalu, kita adakan sukan tahunan kita secara besar-besaran. Mak aih dia punya seronok, rasa macam dapat bercakap dengan A.R Badul pun ada. Korang tak seronok ke macam abang seronok, yelah mana nak seronok sangat, rumah sukan korang kalah kan kan kan.

Malaslah borak lama-lama, kang korang terlebih over pulak. Layan gambar ya macam biasa.

 Kau ingat pakai karpet terbang boleh menang bergaya la ye? 

Hak ni memang kelakar. Anak murid kelakar, cikgu yang menulis lagi kelakar. Rahsia sangat konon. Abang tunjuk muka hensem abang terus buka rahsia baru kau tahu. 

 Ustaz Sahran punya serius menjahit, makcik ni tenang dan bersantai sungguh senyumnya.

Isnin, 15 Februari 2016

Merentas Desa 2016

Assalamu'alaikum Warahmatullah.

Apa khabar semua? Lama betul abang tak jumpa kawan-kawan semua. Seingat abang Oktober 2015 kita berjumpa dulu kan. hihihi. Untuk kali pertama tahun ni, abang kongsikan kejohanan merentas desa yang telah diadakan pada 8 Januari 2016 yang lalu. Hehehe lama juga dah tu berlangsungnya. Saja abang simpan gambar bagi korang bengkek ngan abang sikit. kehkehkeh.

Apa lagi, moh layan gambar.

 Mana satu anak koi?

 Asal ada kamera, ada la cikgu tu muncul.

 Ini bukan aksi mengesan ayah pin.

 Err, apasal yang depan ni lain pulak.