Kelelahan. Itu yang boleh saya katakan. Setelah ditekan beberapa pihak, terutama puan Nisa' yang beria-ia sangat nak gambar hari keluarga, inilah hasilnya. Gambar sekitar sukan sekolah baru-baru ini. Belum boleh upload gambar femili day ye Nisa. Sukan sekolah berlangsung dengan penuh meriah dan sudah pasti, guru terlebit emosi..heheh. Jangan marah kawan-kawan. Hidup ini hanya sekali, inilah masa nak bergurau senda.
Bukan saya seorang, kalau dikira saksi-saksi kejadian hari itu, pastilah melebihi 4 orang, tapi itulah kenyataan. Pahit hempedu ditelan sekalipun, hakikat yang nyata tetap perlu diterima.Bukan omongan kosong saya, hendak tak hendak bagai jauh negeri orang, jauh lagi hati saya untuk menerimanya. Kenyataan, rumah temenggung adalah juara kali ini. Pijak di gajah sekalipun keputusannya, sama-sama kita terima dengan redha. Heheh..jangan jeles..moh kita macam biasa...
Aksi melompat sambil tidur.
Besarkah tapak kaki Aiman?
Namanya Ain, hidupnya sederhana..jiwa sukannya hebat!
Faiz Ray dengan gaya. Tapi tumpas..huhu
Berjalan atau berlari atau pengaruh kung fu?
Cikgu Noriza, orang lama banyak jasanya,rumah sukannya kalah jadi tanda tanya.
Saya takkan lepaskan peluang cari cik nik ni, suka dengan senyumannya.
Fatin: Ala boleh ke ni lontar, kang buatnya jatuh bawah kaki ni je...
Aksi ayu bakal pengantin kita.Bluek...
Qurratu Aina: Ayu ke ustaz? Macam cover perut je Cikgu Zaimi tu.
Amir: Ayu la tu, macam saya.
Amirul:Ayu kome bertiga lagi, macam ustaz wan.
Fuh, tak muat kamera!
Amaran keras. Dilarang meniru aksi ini.
Senjata rahsia rumah temenggung, Izzah sentiasa berdoa apabila sahabat-sahabat beraksi.
Arman, manisnya senyuman, tapi kalah jugak.
Amirah: Aok senyum ke koi ke Arman?
Kembar lain rumah.
Hahaha. Lepaskan kemarahan kamu!
Ikram: Saya tiru aksi ini dari Cikgu Faeza..kikikiki
Mantap.
Lontar sambil senyum.
Aksi geram tahap ketiga.
Alif: Kan ku lontar peluru ini sejauh langit, biar ia terbang mencari kedamaian.
Dah macam tompel pakai kopiah senget.
Cikgu Aida:Akak pasrah, tak sangka temenggung memang power!
Mari melompat lalalala
Mari melompat lalalala
temenggung menang lalalala
Semoga besar kelak, menjadi atlit kebanggaan negara.
Ke mana peluru tu dilontarkan sebenarnya?
Berjalan atau berlari?
Adik comel kita, dari pra sekolah!
Jauh betul mula melompat.
Otai jalan tok muda awang ngah.
Tinggi lompatan, dekat daratan.
Huh, beria Cikgu Zaimi cek batal ke tak.
Ini macam libas takraw je.
Aisyah, bakat terpendam.
Tak tercabut kopiah tu ye.
Kecil-kecil amirul, lompatannya mengejutkan banyak pihak kerana semuanya batal.
Ku ingin terbang bebas di angkasa pasir...
Buktinya!Syahmi boleh mengapungkan diri!
Ini stail ayam hutan terbang.
Yang ini pulak stail tai chi.
Syaqir, gaya seorang juara, macam ustaz man.
Kecil-kecil farhah, jauh jugakla lompatan dia, sampai kampung lompat.
Ha tengok, sekali peserta temenggung melompat kompom juara.
Tinggi la tinggi cik nurul izzah,
Akhirnya temenggung juara juara juara...
Siapa paling ceria?
Cikgu Faeza: Macamana temengggung boleh menang pulak?
Cikgu Yan: Ala cikgu-cikgu rumah sukan diorang kan comel-comel belaka.
Aksi rumah laksamana kalah.
Cikgu Faiz dengan skop ajaibnya, boleh menukar batu kepada pasir.
Salah seorang guru rumah sukan laksamana dikesan cuba meminta guru besar mengubah keputusan kemenangan rumah temengggung.
Sabar Sofiah, adat permainan, ada pengalah, ada pemenang. Pemenang itu temenggung.
Ni sorang lagi aksi guru rumah sukan temenggong, macam-macam cara berjampi nak bagi menang.
Danish: Betul? Temenggung menang?
Pakar taktikal encik Robil sedang memperkatakan kemenangan rumah temenggung.
Takpela ustaz, biarlah kami menang bergambar pulak.
Bakal pengantin kita, semakin tak bertenaga.tihtihtihtih
Kalau semua nak tau, nila kameraman hak sibuk kacar kacirkan blog ni.hehehe
Hehehe.Senyum sampai nampak semua gigi.
Cikgu Yan: Koi redha kekalahan Panglima.
Kameraman sorok kamera kat belakang.
Nafas macam nak menyelam.
Bakal pengantin kita ini dikesan melakukan beberapa aksi lagak ngeri pelik. Termasuk yang ini.
Hehehe, kalah takpe ustaz, yang penting senyum sokmo omo.
Gaya guru dan murid terbaik!
Maaf dipinta atas keterlanjuran kata, slamat ari raya.
asyik-2 umah temengong jea yg menng ~
BalasPadamumah laen xde ke ustz ?
terimala hakikat, kome pun taktau macamana boleh menang, kalah diawal, diakhir dialah juara...hihihi
BalasPadam