Selasa, 24 Julai 2012

Pemantauan Akademik dan Lawatan Kerja

Assalamu'alaikum Waramatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Tanggal 9 Julai 2012 lalu, menjadi sejarah bagi sekolah ini apabila didatangani oleh pegawai-pegawai yang bertanggungjawab dalam pendidikan daripada Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Pahang dan juga Pejabat Pelajaran Daerah Temerloh. Ketua Sektor SPI mengetuai rombongan dari Kuantan manakalala PPD Temerloh pula diketuai oleh Pegawai Pelajaran.

Alhamdulillah, kami para guru mendapat banyak input untuk dijadikan panduan dalam memberikan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan kepada murid. Segala teguran, tunjuk ajar akan digunakan sebagai penaik semangat dalam menghadapi hari mendatang. Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak kerana sudi hadir ke sekolah kecil ini. Selain daripada itu, mohon maaf juga dipinta andai ada kekurangan sepanjang pemantauan yang diadakan. Sedikit gambar kenang-kenangan sempat diambil untuk tatapan semua.

Persediaan pemantauan P&P.

De-briefing oleh Cikgu Hamidah, Guru Penolong Kanan Kurikulum kepada Ketua Sektor SPI JPNP dan Pegawai Pelajaran Daerah Temerloh.

Isnin, 23 Julai 2012

Kem Kecemerlangan UPSR dan UPSRA 2012

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Selamat berpuasa.

Baru-baru ini pihak sekolah telah menganjurkan kem kecemerlangan untuk anak-anak attaqwa dari darjah 5 dan 6. Diharap dengan terlaksananya kem ini, murid-murid yang terlibat dalam meningkatkan lagi keputusan dalam kedua-dua peperiksaan sebenar nanti. Insya Allah sebelum peperiksaan sebenar nanti, murid-murid akan dibawa ke suatu tempat untuk merehatkan fikiran. Mana? Tunggu aje la deme.... jom layan gambar dulu.

Sampai pegang kopiah Lokman jawab soalan,

Bagi saya, Robil adalah murid yang selalu melemparkan senyuman, tak kiralah dalam keadaan mana sekalipun, mesti senyum takpun sengih!

Ahad, 22 Julai 2012

Penangan Ramadan, kereta ustaz diconteng!

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Selamat berpuasa kepada semua kaum muslimin dan muslimat. Tengokla gambar ni, punya la semangat nyambut ramadan, kereta ustaz jugak tempat lepas geram menyambut ramadan. Tapi tiada tindakan disiplin diambil kerana perkataan yang digunakan tiada punya unsur lucah, ugutan, merapu dan kesan calar pun tiada. hehehe


Buat anak-anak attaqwa di luar sana, cuti sabtu dan ahad jangan pula cuti daripada mengaji Al Quran. Jumpa lagi kita...marhaban ya ramadan...

Khamis, 19 Julai 2012

Ramadan Yang Dinanti

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Beberapa hari lagi kita akan tiba pada bulan seribu bulan. Bulan yang sentiasa dinantikan oleh orang-orang yang beriman. bagi anak-anak pula, kedatangan bulan suci ini tidak lain tidak bukan ialah, 'siapa yang dapat berpuasa penuh kali ini'. Saya hadir ke sekolah ini pada tahun 2007. Apabila tiba bulan ini, ia bagaikan satu pesta. Pesta dalam menjalani ibadah puasa. Di sana sini, waktu terluang, diisi oleh mereka dengan aktiviti berfaedah. Cukup mudah di attaqwa, melihat anak-anak seusia 7-8 tahun sudah mula memegang muqaddam atau Al Quran, sama-sama mengalunkan ayat suci milik Allah itu.

Bagi kami para guru pula, kehadiran bulan ramadan bagaikan melihat tayar kapal terbang mencecah tar di lapangan, cukup suspen. Kami perlu merencanakan program terbaik untuk anak-anak hebat ini. Kebiasaannya, program yang dianjurkan mendapat reaksi pelbagai. Namun bagi kami, adat resam dalam memberi ilmu adalah satu pengajaran dan didikan buat kami.

Semoga bulan Ramadan kali ini, sekolah Attaqwa akan terus meriah dengan aktiviti keagamaan berpadanan dengan tema tahun ini...'RAMADHAN ATTAQWA...BULAN SERIBU BULAN'. Didoakan semoga anak-anak attaqwa akan bergembira, berani dan selesa menjalani ibadah di bumi bertuah ini. buat kalian para pembaca, kami warga Attaqwa mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa, mengambil kesempatan yang terbuka luas dalam meningkat amal ibadah, sepertimana 30 hari dibulan ramadhan menyamai seribu bulan. Selamat berpuasa!

Selasa, 17 Julai 2012

Kepada Allah jua kita kembali...

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Dukacita dimaklumkan bahawa salah seorang penderma / penyumbang kepada pembangunan sekolah ini telah kembali ke rahmatullah pada hari Ahad baru-baru ini. Almarhum Hj Ramli b Mat Taha atau lebih dikenali sebagai Cikgu Ramli yang berasal dari Kg. Tanjong Lalang, Temerloh meninggal dunia setelah terlibat dalam kemalangan di lebuhraya Karak.

Seluruh warga At-Taqwa dengan ini mendoakan semoga roh Almarhum dicucuri,diampuni,dirahmati dan diberkati serta ditempatkan bersama para solehin. Sekalung takziah buat keluarga dan teman Almarhum...

ALFATIHAH

Berikut adalah petikan berita yang diambil daripada laman Sinar Harian.


NORFARAHAH OTHMAN & M.FEISAL NORAWI
17 Julai 2012
Kereta mewah yang dipercayai melanggar mangsa dalam kejadian itu.


BENTONG – Seorang lelaki maut dalam kemalangan di Kilometer 54.4 Lebuh raya Karak-Kuala Lumpur kira-kira jam 4.40 petang, kelmarin.Dalam kejadian itu, mangsa, Ramli Mat Taha, 55, dari Kampung Tanjung Lalang, Temerloh dipercayai memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan sebelum berjalan untuk melihat dari jauh kemalangan yang berlaku di seberang jalan.
Pemangku Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, ketika mangsa ingin kembali ke kenderaannya, dia dipercayai dilanggar sebuah kereta dari arah belakang.Menurutnya, kereta itu dipercayai dipandu laju dan terbabas sebelum melanggar mangsa yang pada masa itu berada di lorong kecemasan.

Isnin, 16 Julai 2012

PROJEK SURAU BAHARU ATTAQWA

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, berkat daripada derma / sumbangan tuan / puan / anak-anak tiap-tiap hari, maka projek surau sekolah kita telah bermula pada 7 Julai 2012 lalu. Anggaran bagi fasa pertama iaitu menebang,merata, menambun tanah adalah sekitar RM25,000.00 ke RM30,000.00. Jumlah wang terkumpul sedia ada sekarang ini lebih kurang RM12,000.00. Kos keseluruhan pula dianggarkan sebanyak RM160,000.00. Insya Allah, dengan doa dan bantuan daripada anda diharapkan semoga perancangan fasa pertama ini akan berjalan lancar di mana ketika ini tanah yang ditambun dengan jumlah kiraan lori sebanyak 100 buah telah selesai.

Bantuan demi bantuan yang diterima daripada semua pihak diucapkan ribuan terima kasih. Sumbangan anda hanya Allah sahaja dapat membalasnya. Pihak sekolah dan PIBG merasa amat bertuah dikelilingi oleh masyarakat yang cintakan agama. Anda lah masyarakat yang dimaksudkan itu. Berikut sedikit gambar yang berjaya dirakam ketika projek telah dimulakan. Sekali lagi, JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA buat kalian. Terima kasih!

Geng lelaki sedang memasang tali rintangan keselamatan.

Ahad, 8 Julai 2012

Dinding Baharu

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Syukur ke hadrat Allah Ta'ala atas kurnianya. Terima kasih tidak terhingga kepada semua penderma-penderma yang selama ini menyumbang untuk sekolah. Baru-baru ini dapatlah kami guru-guru berkelapangan bergotong royong mengecat dinding sekolah dengan warna baru. Kosnya? Dengan menggunakan wang sumbangan orang ramai yang sudah pastilah datang daripada murid-murid dan penjaga sekalian. Tidak lupa juga dengan lantai di luar surau sementara sekolah juga dibuat bersama-sama oleh guru sekolah.

Setakat ini kerja-kerja masih lagi diteruskan secara berperingkat berdasarkan kepada kelapangan guru-guru.  Bagi penjaga di luar sana yang berkelapangan membantu kami, amat kami alu-alukan. Didoakan semoga amal bakti sumbangan tuan/puan dan anak-anak attaqwa menjadi bekalan paling berguna di akhirat kelak. Jazakumullahu Khairan Kathira...Allahu Akbar!

Cikgu Zaimi, dahulunya tidak boleh langsung mengecat, kini beliau berangan mahu membuka bengkel perniagaan mengecat rumah dan bangunan.