Sabtu, 31 Disember 2011

Guru Jutawan Akhirat

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, sebelum memulakan sesi persekolahan 2012, kami warga kerja Attaqwa telah berkesempatan mendengar ceramah motivasi yang amat berharga sebagai suntikan kami dalam menjalankan tugas nanti. Tengok pada tajuk, macam nak mengambil hati guru-guru je, tapi bila diberi penerangan oleh Al Fadhil Tuan Haji Ishak bin Othman, Penolong Pengarah Akademik IPA SPI JPN Pahang, baharulah kami dapati bahawa dalam sedar tak sedar, dunia persekolahan ini merupakan ladang pahala kami.

Apa tidaknya, asalkan hati itu tulus ikhlas dalam menjalankan kerja sebagai satu ibadah, senang-senang para guru masuk syurga. Jangan sesekali mengeluh, juga kecewa akan carut marut dunia, tetapi ingatlah, bongkah perjuangan ini mesti berpaksi pada Allahu Rab. Jatuh bangun kita, bukan bererti mainan semata, sebaliknya sebagai satu bentuk penilaian dalam menjalankan kerja dengan amanah, jujur, bertanggungjawab dan sudah pasti, keikhlasan terhadap anak-anak.

Semoga dengan suntikan ini, kita dapat meneruskan kegemilangan dan kecemerlangan untuk generasi Attaqwa. Terima kasih buat Ustaz Ishak, bagai ayah menasihati anak, bagai ibu menyikat rambut anaknya, begitu juga dengan tuan, tidak mengenal penat lelah dalam membantu kami. JazakAllahu Khairan Kathira...

Buat rakan seperjuangan, di sini ladang kita, di sini dunia kita, di sini kita pastikan mereka akan menerima sebaiknya ilmu yang akan disampaikan, insya Allah...

Gambar tetap ada untuk dilayan bersama-sama...moh kita!

Ustaz Ishak b Othman dan Guru Besar.

Rabu, 28 Disember 2011

Gotong Royong Perdana

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.Bagi yang berkelapangan, dijemput membantu kami dalam gotong royong yang akan diadakan pada Khamis 29 Dis 2011 jam 8 pagi.Gotong royong diadakan bagi:

1. Menyusun/memunggah meja dan kerusi ke tahun 1-6.
2. Menyusun/memunggah buku dan peralatan perpustakaan ke bilik baharu.
3. Menyusun/memunggah peralatan sukan ke stor sukan baharu.

Gotong royong ini diadakan sebagai persiapan menghadapi sesi persekolahan 2012 yang akan tiba tidak lama lagi. Segala jasa kalian hanya Allah yang mampu membalasnya.

Terima kasih.

Selasa, 29 November 2011

Cuti-cuti @ Attaqwa

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Adapun cuti-cuti sekolah, guru-guru mengikut giliran tetap bertugas di sekolah. Seperti yang lain, saya pun turut sama. Minggu ni saya bertugas bersama Ustaz Sahran dan Cikgu Zaimi ditemani Abang Medan, Adik Amirul, Nisa dan Cikgu Hamidah serta Cikgu Julina. Keje banyak jugek yang dibuatnya, tapi keje luar keje pon banyak.Huhuhu. Minggu ni kome lebih banyak layan kamera, maklumlah skang musim gile kamera, jadik kome explore apa boleh buat dengan kamera-kamera ni.


Cikgu Julina baru balik berjoging dan berjaya menghilangkan berat badan sebanyak 2 kati.



Ustaz Sahran dan Amirul melayan kamera.


Rama-rama hinggap lantai.


Sebenarnya banyak pemandangan cantik di sekolah ni, esok saya ronda cari port menarik lagi. Nak join? Datangla ke sekolah kami...jumpa lagi.



Jumaat, 25 November 2011

Sukarelawan diperlukan...

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Apa khabar semua? Memandangkan musim tengkujuh telah pun tiba, begitu juga dengan attaqwa yang perlu bersedia menghadapi banjir.Ketika artikel ini ditulis, air semantan telah pun melimpah atas jalan di laluan masuk Kg Paya Kechik melalui Masjid Bukit Kepayang. Untuk itu, kami amat berbesar hati dan dengan rendah dirinya memohon kepada bekas murid, murid, ibu bapa penjaga murid serta individu atau pihak-pihak yang lain untuk membantu kami dalam memunggah barangan sekolah ke tempat yang selamat.

Jika anda sudi, bolehlah memberikan nombor telefon untuk dihubungi ke facebook Sra At-Taqwa Temerloh (inbox) dan kami akan menghubungi anda apabila khidmat anda diperlukan. Buat masa ini, paras air paya di keliling sekolah masih dalam keadaan normal.

Bagi anak-anak di luar sana, pastikan keselamatan diri dijaga dan dikawal. Berdoalah semoga banjir tidak melanda sekolah kita...insya Allah.

Terima kasih...

Isnin, 21 November 2011

Kem Membaca Ditutup

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Minggu akhir persekolahan juga telah diadakan satu majlis perasmian penutupan kem membaca. Mengikut ucapan perasmi penutup, Cik Siti Zaleha bt Abd Hamid (PK HEM) didapati peratus murid membaca meningkat namun peratus jumlah bacaan pula yang menurun.Di bawah ini adalah sedikit petikan ucapan beliau semasa majlis perasmian penutup diadakan:

"Diharap dengan program seperti ini, murid-murid dapat menambahkan lagi koleksi ilmu di dada masing-masing. Saya melihat peningkatan jumlah murid yang terlibat dalam kem ini satu perkara yang amat memberangsangkan, namun kemerosotan jumlah bacaan perlu diperbaiki kerana membaca itu jambatan ilmu. Jangan terlalu mengharapkan buku itu hadir di hadapan kita, tapi carilah buku di mana sahaja. Saya mahu beribu-ribu Aminah Adibah di sekolah ini yang minat membaca buku".

Begitulah sedikit ucapan perasmi dalam majlis tersebut. Beliau berhenti bercakap pun sebab hujan,ame dok mau sampe tengahari baru berenti.hehehehe

Ni la dia perasmi kita Cikgu Siti Zaleha sambil ditemani Cikgu Buku Norlizan.

Petrosains Yang Mengejutkan!

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Pandai Cikgu Julina merahsiakan perkara ini. Walaupun berkali-kali sahabat disekolah cuba menghubungi beliau sehingga menyebabkan cramp tangan dan kaki mendail nombornye, rahsia itu akhirnya dipecahkan di sekolah dan bukan di sekolah bukit chermin ataupun dalam kete.

Alhamdulillah, syukur pada Allah atas kejayaan ini. Malah langsung tidak difikirkan anak-anak ini akan menang. Sekadar menyertai program sebagai memenuhi aktiviti selepas UPSR, wakil sekolah Attaqwa membuat kejutan pula! Dalam pertandingan tersebut wakil Attaqwa iaitu Siti Hajar bt Sabar, Wan Nor Atiqah bt Wan Zainoddin dan Khadijah An-Najibah bt Azha Sabri mendapat tempat pertama dalam pertandingan rekacipta yang dikendalikan oleh Petrosains.

Tahniah diucapkan kepada mereka dan juga Cikgu Julina yang bersusah payah control stereng pergi dan balik!

Cikgu Azu macam senator je gayanye berucap.

Ahad, 20 November 2011

UPSR dan UPSRA 2011

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Selamat pagi semua. Hari ni baru saya berkesempatan untuk update blog skolah kita. Untuk makluman,Khamis lepas kita telah mengetahui keputusan UPSR dan UPSRA 2011 sepertimana yang diumumkan oleh tuan guru besar. Adapun UPSR dan UPSRA pada tahun ini menunjukkan penurunan peratus lulus, namun peratus murid yang mendapat gred 'A' pula meningkat.

Bagi UPSR, 5 orang mendapat keputusan 5A manakala UPSRA pula 8 orang mendapat 5A. Untuk semua calon, diucapkan tahniah atas kejayaan anda serta usaha yang diberikan selama ini, syukur pada Allah. Bagi murid tahun 6 2011, ini adalah permulaan dalam menempuh cabaran dihadapan.Perjalanan masih jauh, pastikan jalan yang dipih itu adalah jalan yang diredhai Allah.

Semoga kita berjumpa lagi...

Ahad, 13 November 2011

Khidmat Masyarakat @ Masjid Assyakirin Bukit Kepayang, Temerloh

Warahmatullahi Wabarakatuh

Terlupa pulak nak cite program ni. Dah dibuat pada bulan 10 lepas. Rali tengok gambar, terjumpa gambar-gambar ni. Ini kali pertama tahun 2011 kita buat program khidmat masyarakat. Tak jauh. Masjid kampung di sini aje. Alhamdulillah, murid tahun 6 walaupun penat kembara alam tak ilang, disambung terus keesokan harinya dengan program ini. Rata-rata tidak mengeloh memandangkan mereka di beri makanan percuma.

Bukan itu saja, semua peralatan pon percuma, yang kena bawak cuma pakaian sendiri je. Pada hemat saya, semuanya gembira hari tu sebab tak kena jalan kaki, naik kereta lagi (bau tetap masam macam pegi kembara alam). Setiap gambar ade ceritanya....


'Koi bukan reti lipat sejadoh,bese gantong teruh je' kata Ainna sambil dijeling Aqilah antara percaya tak percaya, senang cite tak percaya la tu.

Persediaan Banjir 2011

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Kali ni kita layan pulak rakan-rakan kita dari tahun 5 dan 6 mengadakan gotong royong membuat persediaan menghadapi banjir. Maklumla sekolah ni kawasan banjir, walaupun jabatan kaji cuaca tak mengatakan Temerloh terlibat dengan banjir tahun ni, tapi persediaan tetap kena buat. Bak kata seorang rakan di kajicuaca, kome ramal je, sebenarnya perancangan daripada Allah itu paling hebat.

Kalau dilihat pada kesungguhan akak dan abang kita ni, mereka memang bersemangat mengangkat meja, kerusi dan lain-lain. Semoga dengan usahasama mereka ini, diberikan ganjaran pahala oleh Allah hendaknya. Moh kita layan gambo-gambonye....

Keputusan UPSR & UPSRA 2011

Assalamu'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Harap semua dapat bersabar dan dalam keadaan tenang. Insya Allah keputusan UPSR dan UPSRA akan dikeluarkan pada hari Khamis 17 November 2011. Tunggu pengumuman yang akan dibuat oleh Guru Besar selepas majlis ihtifal nanti lebih kurang jam 11.30 pagi.

Harap maklum.

Sabtu, 12 November 2011

Buah tembikai

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh



Sekali pandang dua biji buah tembikai ini tidaklah berbeza dengan buah tembikai yang lainnya. Buah ini tetap berisikan tembikai dan rasanya tentulah tembikai. Tidaklah pula ia berasa buah durian ataupun buah kelapa. Tetapi, apa istimewanya beg tembikai itu?

Buah ini diambil gambarnya oleh saya kerana ia amat bermakna buat guru-guru At-Taqwa.Tidak ada emas di dalamnya, Namun, niat murni seorang murid menghadiahkan sebiji untuk guru lelaki dan sebiji untuk guru perempuan.Tak usah dipertikaikan pemberiannya. Istimewa tembikai ini adalah:

Selasa, 25 Oktober 2011

Kembara Alam

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Kali ni kita layan pulak murid tahun 6 buat program.Namanya kembara alam.Memang best, kalah myvi baru. Jom layan...

From Kembara Alam '11
Berbaris sebelum mendengar taklimat.

From Kembara Alam '11
Semua ada barang yang perlu dibawa.

From Kembara Alam '11
Ketua Jawatankuasa Kuali, Cik Mas (bukan nama sebenar).

Sabtu, 8 Oktober 2011

Kem Sahsiah Diri Kali Ke 10

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Sekarang sedang berlangsung Kem Sahsiah Diri Kali Ke 10. Sedar tak sedar dah 10 tahun kem sahsiah ini diadakan.Istimewanya kali ini, ia dihadiri oleh bekas murid Attaqwa dalam pelbagai bidang sebagai fasilitator. Saya tak kenal sorang pun,kecuali anak Encik Sabar. Lain-lain, malu bertanya sesat jalan...huhuhu

Apabila melihat wajah mereka, inilah dia generasi Attaqwa.Generasi yang mengutip ilmu dalam kepayahan tatkala rakan-rakan sekolah lain menempuh alam persekolahan yang menyenangkan.Dipenuhi dengan infrastruktur yang lengkap, tapi generasi Attaqwa ini pula, menuntut permulaan ilmu dalam kepayahan. Saya tiada.Apatah lagi jejak pun tidak pernah.Tidak pernah merasa jerih membangun bersama sekolah ini.Inilah wajah-wajah yang menuntut ilmu berlantaikan tanah,tidak bertingkap dan berpintu,berkongsikan kelas dan warna merah di seluar dan baju kala hujan.Bagaikan zaman 50 an dahulu.

Di sana sini mereka boleh ditemui,Mesir,Yaman,UIAM,KUIS,Darul Quran dan lain-lain.Hari ini, pengalaman mereka dahulu akan diterjemahkan pula buat adik-adik tahun 4,5 dan 6.Selamat datang kami ucapkan, selamat berkumpul, mungkin nostalgia dahulu kembali...

Isnin, 26 September 2011

Kalimah ALLAH dari kawasan sekolah...ALLAHU AKBAR


ALLAHU AKBAR! SUBHANALLAH! Itulah kalimah yang terpacul dari mulut Encik Amirul Mukmin apabila memandang ke langit. Tergamam.Masa itu angin terlalu kuat, saya ingatkan atap sekolah diterbangkan angin, rupanya dirinya terkejut dengan kebesaran Allah itu, saat kami sibuk mengejar khemah dari diterbangkan angin.

"Kali pertawa weh". Terlihat genang merah di kelopak matanya. Lantas diseluk tangan ke poket seluar, cepat dikeluar telefon bimbit canggihnya, mahu merakam kebesaran pemilik alam ini. Ya, rakaman berjaya walaupun awan itu mula dibawa angin..."Insaf koi, Allah pilih koi yang banyak dosa ni melihat kebesaran Dia... bersyukur pada Mu Ya Allah, atas peluang ini..."katanya penuh getar.... Saya pula kaku mendengar katanya.... ALLAHU AKBAR!!!

Sabtu, 24 September 2011

Kenapa berbaju melayu di hari Khamis?

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Kalau dilihat pada pakaian Encik Amirul ini, pasti ada sesuatu yang tidak kena di Attaqwa pada Khamis baru-baru ini. Kenapa ye?

Semoga cepat sembuh

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Apa khabar semua. Kami mengharapkan semua warga at-taqwa dan tetamu blog ini sihat walafiat. Ni update pasal Faris. Alhamdulillah, pembedahan berlangsung 45 minit, dan Faris insya Allah sihat kembali. Masa ziarah tadi, beliau kelihatan ceria daripada sebelum ini, mungkin gabra dah ilang...hehehe

Insya Allah minggu depan ayah beliau bagitau, dah boleh pergi sekolah jumpa kawan-kawan. Semoga cepat sembuh Faris...jumpa kamu di attaqwa...

Rabu, 21 September 2011

Ucapan Faris kepada rakan-rakan...

Gembira. Sedih. Itu yang boleh saya katakan. Pada awal pertemuan, semuanya bergelak ketawa. Bertempat di Wad Melor 1 tingkat 8, saya bersama isteri, Cikgu Zaimi dan Ustaz Sahran bertemu sahabat cilik kami, Faris Zainuddin. Saat beliau menyampaikan ucapan selamat tinggal yang keluar secara spontan, dalam senyum ketawa kami, sebenarnya sebak. Apalah sangat yang difahami Faris saat usianya baru 9 tahun akan penyakit tonsil, pasti dikiranya cukup bahaya sehingga terpacul perkataan 'selamat tinggal'. Menangislah. Tabahkanlah hatimu sahabat...susah senang kami tetap bersamamu...

Ya Allah, permudahkanlah urusan anak dan sahabat kami ini dalam menjalani pembedahan tersebut, tabahkanlah hatinya, kuatkanlah semangatnya, kembalikanlah kesihatan beliau seperti asal, semoga beliau kembali bersama kami di attaqwa, meneruskan cita dan impiannya dalam menuntut ilmu dunia dan akhirat...Amin Ya Rabbal 'Alamin...


Selasa, 20 September 2011

Indahnya Hidup Berdoa

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Layan video ini. Ada sedikit kesilapan dalam bacaan doa ini, boleh dibaiki lagi. Semoga berjaya anak-anak...sentiasa berdoa.

Isnin, 12 September 2011

UPSR & UPSRA

Assalamualaikum semua...

Selamat menghadapi peperiksaan besar buat pelajar tahun 5 dan tahun 6 ( 13,14 &15 Sept 2011)... Hadapinya dengan hati yang tenang dan penting sekali bertawakkal kepada Allah swt..Sepanjang tahun sehingga ke hari ini kita telah berusaha sebaiknya maka esok adalah penentu dan yang tinggal hanya doa dan tawakkal..Ingat kepada pesanan dari semua guru-guru, cikgu - cikgu dan ustaz - ustaz sebagai pendorong selain dari pesanan ibu bapa yang amat berharga..
Selamat Maju Jaya semua...

Isnin, 1 Ogos 2011

Jadual Waktu Berbuka dan Imsak Ramadhan 1432H


Terima Kasih Anas, Semoga Berjumpa Lagi...



Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Ramadhan

Anas yang juga ketua kelas Tahun 2 Ibnu Khaldun telah pun berpindah ke Putrajaya, mengikut bapanya yang bertugas di sana. Kami mengucapkan terima kasih kepada Anas amnya dan ibu bapa Anas khususnya kerana sudi memilih teratak ilmu At-Taqwa sebagai pilihan dalam mencari kewajipan menuntut ilmu. Selamat jalan Anas, semoga berjaya dalam kehidupan dan diberkati Allah...


Ahad, 31 Julai 2011

Selamat Datang Ramadhan














Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Warga kerja dan murid-murid SRA At-Taqwa Temerloh mengucapkan selamat menjalani ibadah Ramadhan kepada semua penganut agama Islam. Semoga amalan kita pada ramadhan kali ini, lebih hebat dan mendapat ganjaran lebih besar daripada tahun-tahun yang sudah.

Salam Ramadhan 1432H.

Rabu, 27 Julai 2011

Al Fatihah

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Dukacita dimaklumkan Pengetua dan Pengasas SMA Al Mahmudi, Kg Awah, Maran telah meninggal dunia petang semalam. Jenazah beliau dijangka dikebumikan selepas solat zohor hari ini. Semoga roh Almarhum Dato' Mahmud Mat Taib dicucuri rahmat Allah.

Al Fatihah

Sabtu, 23 Julai 2011

Coretan Kem Kecemerlangan UPSR dan UPSRA 2011 Siri 2

Assalamua'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Hari ini adalah hari kedua kem berjalan.Semuanya lancar.Saya lihat,anak-anak At-Taqwa yang terlibat iaitu murid tahun 5 dan 6 ceria belaka.Saya dan rakan guru lelaki lain biasanya akan berjaga malam sampai ke pagi.Namun pagi tadi kami tewas dek kesejukan hujan dan angin bayu paya menghembus pipi bak lagu awan nano.Kami terlentok juga sekitar jam 4.30 pagi.Sedar-sedar 5.30 pagi.Saya bangun kemudian sambung tidur dalam kereta sampai jam 6 pagi.hehehe.Bukan senang dapat tidur masa ujan-ujan camni.

Isnin, 4 Julai 2011

Larian 1M1S

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,


Alhamdulillah, Sabtu 2 Julai 2011 yang lepas kami telah menganjurkan larian 1 Murid 1 Sukan di mana ia merupakan larian terbesar disertai dalam Malaysia dan telah dimasukkan ke dalam Buku Rekod Malaysia. Secara tidak langsung, peserta-peserta larian 1M1S daripada At-Taqwa juga telah bersama-sama mencipta rekod ini. Berikut adalah gambar yang sempat dirakam oleh 'cameraman' amatur kami,layannnn...





From 1m1s
Persidangan Berdiri.

From 1m1s
Bergambar mengalahkan budak.

From 1m1s
Lain macam je Abid.

Jumaat, 15 April 2011

Salam Takziah

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Dukacita dimaklumkan bonda kepada Nurul Illyana binti Mad Kamal (Tahun 5 Sibawaih) telah kembali ke rahmatullah petang tadi. Kami warga kerja dan murid-murid mendoakan semoga roh Almarhumah dicucuri rahmat Allah Ta'ala dan semoga Illyana tabah menghadapi dugaan ini. al Fatihah...

Sabtu, 9 April 2011

MSSD

Pasukan bola jaring sekolah
(maaf, ni jerk gambar yang sempat diambil)

Pasukan bola sepak sekolah
(bersama jurulatih dan pengurus pasukan ~ kiri : cikgu Faizuddin ~kanan : ustaz sahran)

anak - anak taqwa yg berjaya menaikkan nama sekolah
(Tahniah pada kamu semua)

Assalamualaikum semua...
Pertamanye nak ucapkan tahniah kepada pasukan Bola Sepak dan Bola Jaring SRA At Taqwa di atas peningkatan pencapaian pada tahun ini dalam bidang sukan...
Alhamdulillah atas semangant murid - murid dan guru - guru maka sekolah kita berjaya menghadapinya dengan jaya dan cemerlang...
Pasukan Bola Jaring walaupun tidak ke peringkat suku akhir namun berjaya mendapat tempat ke3 dalam kumpulan..
manakala pasukan bola sepak sekolah pula berjaya menjadi juara kumpulan...
yang paling ketara dapat menewaskan pasukan pilihan..Tahniah diucapkan...
Semoga pada masa akan datang semangat kesukanan makin meninggi dan menebal di dalam diri bakal pelapis pasukan sekolah.

Selasa, 5 April 2011

Sukan 2011

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Tengok-tengok gambar sukan...


From Sukan 2011
Bendera merah ada di mana-mana.Padanla menang aje.

From Sukan 2011
Lain macam je cikgu menjerit.

From Sukan 2011
Cikgu ni menggunakan strategi cakap lembut ketika memberi arahan.

Merentas Desa 2011

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Apa khabar semua? Sikit demi sedikit kami cuba kemaskini blog ini. Kali ini kita tengok pula gambar semasa Kejohanan Merentas Desa 2011 yang lalu. Memang tak patut lambat 'update'. Maaflah ye. Jom layan...

From Merentas Desa 2011
Peserta pertama tiba di persimpangan bertingkat Kg Lompat-Kubur Chengal.

From Merentas Desa 2011
Peserta pertama menerima khidmat bantuan Ambulans At-Taqwa.

From Merentas Desa 2011
Eh, Usin pakai skuter plak ke?

Ahad, 3 April 2011

Ceramah Maulidurrasul 1432H

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Mohon maaf. Atas kelewatan siaran daripada blog ini. Memang dah lama tidak dikemaskini. Banyak cerita ingin dikongsi bersama, insya Allah selepas ini, kami akan sentiasa memberikan kepada anda berita-berita terkini berkaitan sekolah secara lebih pantas. Terima kasih kepada Cikgu Siti yang telah memuatkan artikel berkaitan Majlis Ihtifal 2010 baru-baru ini.

Kali ini saya pula ingin berkongsi pula dengan anda ceramah yang telah diadakan sempena Maulidurrasul yang lepas. Mari kita layan gambar-gambar di bawah.


From Maulidurrasul 1432H
Pengerusi Majlis, Cikgu Zaimi sentiasa bersemangat orangnya.

From Maulidurrasul 1432H
Al Fadhil Tuan Guru Besar, Ustaz Mohd Khairudin bin Yaakob.

Rabu, 30 Mac 2011

MAJLIS IHTIFAL 2010

Assalamualaikum semua....
Mohon kemaafan kepada semua kerana kami dah lama tak update blog dengan cerita dan perkembangan terbaru sekolah...
Buat masa ni seramai 8 orang guru terlalu sibuk dengan praktikum...
Walaupun pelbagai aktiviti dapat dijalankan tapi kami tidak berpeluang untuk berkongsi bersama semua pelawat blog kami...
Di sini ada sedikit kenangan sewaktu Majlis Hari Ihtifal 2010 sekolah yang berlangsung pada 29 Jan yang lalu..
Alhamdulillah majlis ini dapat berjalan dengan lancar..
Terima kasih keapda semua guru -guru dan warga at Taqwa tidak lupa juga kepada semua yang sudi hadir dan memeriahkan lagi majlis kita pada hari itu..
Persiapan Siaraya

Kofius...penyampaian hadiah ke majlis hari jadi...banyak tol belonnye...

Yang terbaek!!

Tanam pokok bunge kot..

usaha TANGGA kejayaan

Pemantauan..

Persiapan terakhir

tak sabar adik - adik pra ni nak wat persembahan

Persembahan dari pasukan nasyid sekolah

Penyampaian hadiah dari perasmi



Orang kuat majlis
( Pengarah + pengerusi bersama )