Sabtu, 12 November 2011

Buah tembikai

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh



Sekali pandang dua biji buah tembikai ini tidaklah berbeza dengan buah tembikai yang lainnya. Buah ini tetap berisikan tembikai dan rasanya tentulah tembikai. Tidaklah pula ia berasa buah durian ataupun buah kelapa. Tetapi, apa istimewanya beg tembikai itu?

Buah ini diambil gambarnya oleh saya kerana ia amat bermakna buat guru-guru At-Taqwa.Tidak ada emas di dalamnya, Namun, niat murni seorang murid menghadiahkan sebiji untuk guru lelaki dan sebiji untuk guru perempuan.Tak usah dipertikaikan pemberiannya. Istimewa tembikai ini adalah:



1. isi tembikai
2. manis rasanya
3. ingatan seorang murid terhadap guru-gurunya
4. niat yang baik
5. tanda kasih seorang murid
6. ukhwah semakin kuat
7. manisnya berilmu
8.  lambang hubungan yang baik antara murid dan guru
9. hilangkan rasa rindu
10. halal

Semanis isinya, moga diharapkan semanis itulah hubungan kami dengan anak-anak kami walaupun sudah meningkat dewasa. Terima kasih kepada 'Ecah' Fatihah (batch upsr 2010), atas pemberian hadiah yang bermakna ini. Tak cukup sebenarnya dua bijik ni, lain kali bawak lebih...cikgu-cikgu pompuan tak cukup sebijik....

1 ulasan:

  1. tak cukup sebab bile cikgu2 pempuan ptotng tembikai ni, cikgu2 laki numpang sekali...mintok hok deme x kasi lak..hehe

    BalasPadam