Jumaat, 25 November 2011

Sukarelawan diperlukan...

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Apa khabar semua? Memandangkan musim tengkujuh telah pun tiba, begitu juga dengan attaqwa yang perlu bersedia menghadapi banjir.Ketika artikel ini ditulis, air semantan telah pun melimpah atas jalan di laluan masuk Kg Paya Kechik melalui Masjid Bukit Kepayang. Untuk itu, kami amat berbesar hati dan dengan rendah dirinya memohon kepada bekas murid, murid, ibu bapa penjaga murid serta individu atau pihak-pihak yang lain untuk membantu kami dalam memunggah barangan sekolah ke tempat yang selamat.

Jika anda sudi, bolehlah memberikan nombor telefon untuk dihubungi ke facebook Sra At-Taqwa Temerloh (inbox) dan kami akan menghubungi anda apabila khidmat anda diperlukan. Buat masa ini, paras air paya di keliling sekolah masih dalam keadaan normal.

Bagi anak-anak di luar sana, pastikan keselamatan diri dijaga dan dikawal. Berdoalah semoga banjir tidak melanda sekolah kita...insya Allah.

Terima kasih...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan