Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Sekarang sedang berlangsung Kem Sahsiah Diri Kali Ke 10. Sedar tak sedar dah 10 tahun kem sahsiah ini diadakan.Istimewanya kali ini, ia dihadiri oleh bekas murid Attaqwa dalam pelbagai bidang sebagai fasilitator. Saya tak kenal sorang pun,kecuali anak Encik Sabar. Lain-lain, malu bertanya sesat jalan...huhuhu
Apabila melihat wajah mereka, inilah dia generasi Attaqwa.Generasi yang mengutip ilmu dalam kepayahan tatkala rakan-rakan sekolah lain menempuh alam persekolahan yang menyenangkan.Dipenuhi dengan infrastruktur yang lengkap, tapi generasi Attaqwa ini pula, menuntut permulaan ilmu dalam kepayahan. Saya tiada.Apatah lagi jejak pun tidak pernah.Tidak pernah merasa jerih membangun bersama sekolah ini.Inilah wajah-wajah yang menuntut ilmu berlantaikan tanah,tidak bertingkap dan berpintu,berkongsikan kelas dan warna merah di seluar dan baju kala hujan.Bagaikan zaman 50 an dahulu.
Di sana sini mereka boleh ditemui,Mesir,Yaman,UIAM,KUIS,Darul Quran dan lain-lain.Hari ini, pengalaman mereka dahulu akan diterjemahkan pula buat adik-adik tahun 4,5 dan 6.Selamat datang kami ucapkan, selamat berkumpul, mungkin nostalgia dahulu kembali...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan