Sabtu, 31 Disember 2011

Guru Jutawan Akhirat

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, sebelum memulakan sesi persekolahan 2012, kami warga kerja Attaqwa telah berkesempatan mendengar ceramah motivasi yang amat berharga sebagai suntikan kami dalam menjalankan tugas nanti. Tengok pada tajuk, macam nak mengambil hati guru-guru je, tapi bila diberi penerangan oleh Al Fadhil Tuan Haji Ishak bin Othman, Penolong Pengarah Akademik IPA SPI JPN Pahang, baharulah kami dapati bahawa dalam sedar tak sedar, dunia persekolahan ini merupakan ladang pahala kami.

Apa tidaknya, asalkan hati itu tulus ikhlas dalam menjalankan kerja sebagai satu ibadah, senang-senang para guru masuk syurga. Jangan sesekali mengeluh, juga kecewa akan carut marut dunia, tetapi ingatlah, bongkah perjuangan ini mesti berpaksi pada Allahu Rab. Jatuh bangun kita, bukan bererti mainan semata, sebaliknya sebagai satu bentuk penilaian dalam menjalankan kerja dengan amanah, jujur, bertanggungjawab dan sudah pasti, keikhlasan terhadap anak-anak.

Semoga dengan suntikan ini, kita dapat meneruskan kegemilangan dan kecemerlangan untuk generasi Attaqwa. Terima kasih buat Ustaz Ishak, bagai ayah menasihati anak, bagai ibu menyikat rambut anaknya, begitu juga dengan tuan, tidak mengenal penat lelah dalam membantu kami. JazakAllahu Khairan Kathira...

Buat rakan seperjuangan, di sini ladang kita, di sini dunia kita, di sini kita pastikan mereka akan menerima sebaiknya ilmu yang akan disampaikan, insya Allah...

Gambar tetap ada untuk dilayan bersama-sama...moh kita!

Ustaz Ishak b Othman dan Guru Besar.


Pengerusi Majlis, Cikgu Mohamad Zaimi yang telah ___________ baru-baru ini. Sape dapat jawab kita bagi hadiah.


Ustaz Syahirman, dari Melaka turut hadir untuk mengepalai bacaan doa.


Cerianya wajah Tuan Haji.

Tiada yang tertidur, kalau ade pon anak dalam kandungan Cikgu Mohaiza.


Penyampaian bersahaja, tetapi cukup berkesan dan memberi makna....

Semoga majlis seperti ini kerap diadakan...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan