Sabtu, 23 Julai 2011

Coretan Kem Kecemerlangan UPSR dan UPSRA 2011 Siri 2

Assalamua'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Hari ini adalah hari kedua kem berjalan.Semuanya lancar.Saya lihat,anak-anak At-Taqwa yang terlibat iaitu murid tahun 5 dan 6 ceria belaka.Saya dan rakan guru lelaki lain biasanya akan berjaga malam sampai ke pagi.Namun pagi tadi kami tewas dek kesejukan hujan dan angin bayu paya menghembus pipi bak lagu awan nano.Kami terlentok juga sekitar jam 4.30 pagi.Sedar-sedar 5.30 pagi.Saya bangun kemudian sambung tidur dalam kereta sampai jam 6 pagi.hehehe.Bukan senang dapat tidur masa ujan-ujan camni.



Tazkirah pagi tadi disampaikan dalam suasana cukup ceria.Disampaikan oleh Cikgu Zaimi,rata-rata murid menghayati dan dapat memahami penyampaiannya.Saya dengan Ustaz Sahran pula lebih suka menyusun selipar murid diluar.Satu lagi kejutan daripada kami selepas subuh sebab nak hilangkan kemengantukan.Guru-guru perempuan pula sibuk memasak di dapur.Jadilah kami macam keluarga bahagia, masing-masing dengan kerjanya.

Harapnya hari ini juga berjalan lancar sepertimana perjalanan program pada hari semalam. Hari ini juga pasti murid tahun 5 dan 6 sibuk membuat persediaan untuk persembahan pagi esok.Hari ini juga diharap Fadhil ahun 6 tidak lagi melarikan diri di malam hari apabila mendengar bunyi pintu dihempas bayu paya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan