Ahad, 13 November 2011

Khidmat Masyarakat @ Masjid Assyakirin Bukit Kepayang, Temerloh

Warahmatullahi Wabarakatuh

Terlupa pulak nak cite program ni. Dah dibuat pada bulan 10 lepas. Rali tengok gambar, terjumpa gambar-gambar ni. Ini kali pertama tahun 2011 kita buat program khidmat masyarakat. Tak jauh. Masjid kampung di sini aje. Alhamdulillah, murid tahun 6 walaupun penat kembara alam tak ilang, disambung terus keesokan harinya dengan program ini. Rata-rata tidak mengeloh memandangkan mereka di beri makanan percuma.

Bukan itu saja, semua peralatan pon percuma, yang kena bawak cuma pakaian sendiri je. Pada hemat saya, semuanya gembira hari tu sebab tak kena jalan kaki, naik kereta lagi (bau tetap masam macam pegi kembara alam). Setiap gambar ade ceritanya....


'Koi bukan reti lipat sejadoh,bese gantong teruh je' kata Ainna sambil dijeling Aqilah antara percaya tak percaya, senang cite tak percaya la tu.




Adam setia berada di sini sampai kol 12.00 tengahari.


Ketua persatuan anti sawang antarabangsa, encik zahrul menunjukkan cara membuang sawang ke dalam plastik sampah.


Geng longkang; berjaya membersihkan longkang sehingga diserbu orang kampung ingin melihat longkang-longkang tersebut.


Geng sabun, ketuanya Padil.


Mereka bukan ditangkap ketika ponteng sekolah, tapi membuktikan mereka tak hiraukan bau tandas yang dicuci.


Saat sebelum mereka bertempiaran lari apabila terdengar satu suara yang menjerit 'hoi' kepada mereka. Sesihat-sihat Asyraf, laju dia lari.


Ketua unit cermin ,Ummu tersenyum ala Noraniza Idris.


Salman menunjukkan senyuman manjanya mengalahkan senyuman Hamzah.


Farah bukan buat keje ni pun, tapi sebab nak bergambo, sanggup berdiri atas kerusi tu.


Aksi ini jangan ditiru, boleh menyebabkan kecederaan walaupun anda hanya panjat untuk sengih.


Sibuk tol masa ni, sampai tak tersedar pokok pon abis ditebangnya (tiada dalam gambo).


Ustaz Syahirman, Ketua Kualiti lantai pun bertugas sama.


Suka amat deme cuci tandas yak.


'Sedak pulok bau sabon ni, nasib ustaz man ade, ame dok koi minum doh' padil berkata-kata.


Taufik membelakangkan kamera, kerana dia tahu, kalau dia pandang kamera, pasti gadis diluar sana mintak nombor telepon dia. Tak gitu Cik Mas?(bukan nama sebenar)


Sejadah ni dari kol 8.30 pagi sampai kol 12.00 tak siap2 lipatnya.


Padanla Hamzah ramai orang suka, tengokla usahanya apabila nak membersihkan cermin.Tak gitu Cik Ainna? (nama sebenar)


Setiap penyakit ada ubatnya, kecuali mati.


'Komen ditiadakan'


Siap sudah, tunggu makan pulok.


Dapat jugek ambik gambo taufik, tengokla kalau dia memandang kita, tergoda tau, macam Rajnikanth.


Ni la sebenonye keje Farah, kulu kiler bawok beledi, almaklumla ketua beledi.


Cameraman  kita, Ustaz Man. Yang taufik sengih-sengih apehal?


Di sini kita bersama, berganding bahu mengutip pahala. Keloh kesah dibuang jauh, amal ibadah penentu syurga. Mungkin ini program kita bersama yang terakhir...sebelum berpisah membawa haluan masing-masing dan meneruskan cita dan cinta....kerna Allah.

Saya dan rakan-rakan memohon ampun dan maaf jika ada ayat di atas yang mengusik sanubari anda dan ketika program-program dijalankan. Gurauan semata-mata, mungkin sebagai satu tanda ingatan kami pada kalian tahun 6 batch upsr 2011. Apa yang pasti, setiap kali kita ber'program, saya dan rakan-rakan amat seronok...jumpa lagi Insya Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan