Khamis, 7 Februari 2013

Mencari sesuap pahala...

Assalamu'alaikum Warahmatullah dan Salam Sejahtera

Apa khabar kalian di sana? Maafkan saya. Sudah lama ditinggalkan blog ini tanpa dijenguk apatah lagi dijeling. Maaf sekali lagi. Sedar tak sedar kita kini berada di bulan Febuari dan penghujung bulan kelahiran manusia teragung, kekasih kita Muhammad S.A.W.

Ingat suatu ketika dahulu, tika saya dan rakan-rakan bermain lastik di malam hari di Masjid Jengka 3, orang tua pula sibuk mengaji kitab tua. Kami di luar lebih suka bermain dengan malam. Bulan mengambang menerangi sedikit kegelapan, suasana seram pula dirasa. Maka diambil lastik lantas di tuju ke bulan perginya. Sampaikah? Tidak. Batu itu sekadar jatuh dalam semak di hadapan. Kata sahabat saya, lastiklah sampai kiamat, takkan sampai!!! Benar katanya. Manakan sampai ke sana. "Sekurang-kurangnya kita telah berusaha.Walaupun memang sah tak sampai, bukankah kita punya pahala malam ini?" kata sahabat saya anak tok siak ketika itu. 

Persoal sahabat saya Fauzi namanya "Apsal pulak dapat pahala?" Maka dijawabnya anak tok siak " Tadi kita melastik bulan, sedang melastik kita mengagungkan ciptaan Allah, mengambil batu dijalan sebagai peluru lastik kita, yang entahnya dilanggar motor malam gelap disulami cahaya bulan, pasti terguling motor itu ke kolam Pak Usop, bukankah itu pahala?". Ya, di selekoh masjid itu berkali motor bersama tuannya meniarap, meninggalkan parut hitam di lutut juga di dahi, pasti di hati sakit hanya pada batu jalan!

Ya, sekadar melastik mulanya. Begitu juga dengan program gotong royong anjuran PIBG yang lalu. Rata-rata yang hadir mengulit senyum, malu-malu bila pertama kali berjumpa, pertama kali bekerja bersama-sama. Senyum, malu-malu itukan tanda iman? Begitulah kita, pasti peluh keluarnya hari itu, peluh bukan paksaan, tapi peluh yang mendatangkan pahala. Kita merapatkan hubungan ukhwah tanda kasih kita sesama, tanda kasih kita pada Muhammad dan Allah kerna di situ ada ajarannya disemai...

Terima kasih diucapkan kepada semua murid-murid dan kaum ibu serta bapa, hadir penuh rela membantu dalam gotong royong perdana lalu. Semoga Allah ampuni, kurniakan kejayaan, rahmat,rapatkan ukhwah, curahkan rezeki buat kita semua.

Gambar?....Ada macam biasa.

Mereka berebut mahu membantu.


Menanti dengan sabar.

Habis terang sudahnya.

Ce teka tinggi mana pokok tu?

Berat sama dipikul, ringan seperti bakul.

Cikgu Zaimi berkata peluhnya hari itu berbau wangi!

Allahu Rabbi, hensemnya.

Dah macam tok guru silat dah abang baju biru ni.

Pesta buku pwtc.

Bolehla panggil deme pas ni buat surau plak.

Tok ketua bahagian tukang (berbaju kuning)

Buku laris hari itu, tak caya tanya Haris.

Jangan kacau, tengah bincang harga kayu.

Ni la tunggul.

Steady Pak Sabar, pakar nebang.

Encik Syam bersama mesin rumput 25 kuasa kuda.

Cari herba? hehehe

Ha tu mesti Faiz cakap betis koi lawo.

Tak puas ati la tu tengok stor ade langsir pink.

Keseorangan, berteman kotak dan buku.

Bersih...

Bahagian nyusun kena orang perempuan, orang laki malas tunjuk je.


 Tuan Irwan pun boleh menyimen rupanya.

Cikgu Aida: Aok kait nama koi ke Ja?
Cikgu Mohaiza: Ah ye langsir la ni, kait ke mendenye?
Cikgu Aida: Ala nak buat surprise la tu, aok kait nama koi kan?

Kait buah getah? hehehe

Macamana boleh ade ikan patin dalam baldi ni?

Tengok kapal terbang.Teruja!

Senyum, selesai.

Aiman dan Arfan, terima kasih!

Wajah baru.Not for sale.

Cantik betul la, boleh berkelah.

Cikgu Faiz; Tangan je tak sihat, kaki tak, mesti kerja punya.

Sekian, terima kasih.







1 ulasan: