Selepas pada ini, insya Allah kita ada entry temubual khas bersama guru baru kita. Nantikan kemunculannya. Para wartawan pesisir laut kami masih dalam meng 'edit' temubual yang telah dibuat baru-baru ini.
Adapun kali ini, ceritanya berkaitan merentas desa. Sesiapa yang tak pernah masuk aktiviti seperti ini, baik masuk. Kalau tidak hidup anda belum sempurna...hehehe. Aksi pada tahun ini lebih mantap. Dengan pertukaran rumah sukan antara murid dan guru, pastilah suasananya bertambah meriah. Tambah-tambah rumah Laksamana yang dilihat sebagai pasukan pilihan juara berganda musim ini. Rumah lain? Sekadara penyertaan sudahla.Hehehe
Mari kita berkongsi bersama suka duka kejohanan merentas desa kali ini. Jom layan...
Para urusetia sibuk memasang banner mula dan tamat, dikawal rapi Encik Zukiman.
Senaman diketuai Cikgu Zaimi.
Peserta pertama tiba di persimpangan bertingkat kubur chengal, dari tahap 1!
Aksi salah seorang pegawai keselamatan, aksi ini menyebabkan kerbau lari bertempiaran.
Dah sampai tahap 2.
Musa Annusair, jagoan yang tumpas.
Handhollah bersama rakan lain.
Mereka bersemangat waja.
Macam-macam reaksi muka.
Ketua trafik, tak biasa pakai motor ada clutch tangan katanya.
Dalily nampak saya baru berlari, asal berjalan je.
Atikah kene banyakkan senaman, tahun lepas beliau antara murid yang mendapat tempat 10 tempat ke bawah. heheh
Air air air air.....
Pertahanan Awam setia bersama kami,terima kasih!
Anggota kadet keselamatan kelab guru memperagakan baju masing yang dibeli dari Ustaz Man.
Aksi bagi kupon guna hidung.
Aksi bagi kupon pejam mata. Jangan tiru aksi ini, merbahaya!
Letih sangat gayanya.
Baju biru ni pun beli ngan ustaz Man.
Nyaris Imran lari balik rumah, tak daya sangat dah masa ni.
Heheh, tak larat belaka,kalau boleh lalang mau di makan kalau boleh hilang letih.
Aksi Cikgu Julina menyilangkan kaki ini boleh ditiru, yang pasti kene buat 'peace' baru boleh.
Lokman: Mana ni, tak nampak jalan, alam lain ke?
Sentuhan ayu Romdhani terhadap lalang. Chait...
Hafiz paling kecewa?
Masa untuk bercerita selepas berlari. Suasana yang dirindui para guru.
Ini bukan majlis tahlil.
Ustaz Sahran: Pinggang koi 40cm.
Cikgu Siti: Pinggang koi 39.5cm
Ustaz Sahran: Nipu.
Cikgu Yan: Apa nama anak Yan nanti ye..Sahran?Syahirman?Epoi?
Terima kasih Tuan Haji Ramli dan Guru Besar.
Terima kasih juga buat mereka, perjalanan kesihatan dan kebajikan lancar.
Cikgu Zaimi gembira sampai senget seluar.
Ustaz Khairudin nak la tu hadiah tu.
Ni la kameraman kita. Pasni jangan cakap saya lagi.
Tengok ustaz tu, memang dia nak hadiah tu.
Amirul Asyraf, jangan tak percaya!
Cikgu Siti: Nape la masa kecik dulu koi tak berlari, kalau tak dapat hadiah macam ni...
Cikgu Ju Anugerah Paling Serius Senyum.
Cikgu Nor: Anugerah Paling kerut dahi.
Cikgu Hamidah: Anugerah Kasut Sukan Terbaik.
Cikgu Faeza: Anugerah Jari Bengkok Buat 'Peace'.
Sorang sengih sorang kompius.
Bahaya ni bahaya ni. Jangan tiru aksi ini.
Cikgu Zaimi: Ustaz, seluar koi terkoyok ni.
Ustaz Man: Ganas.
Cikgu Hamidah: Nape Yan senyum?
Cikgu Yan: Nape akak senyum gitu?
Pemenang-pemenang kategori lelaki tahap 1.
Pemenang-pemenang kategori perempuan tahap 1.
Pemenang-pemenang kategori lelaki tahap 2.
Pemenang-pemenang kategori perempuan tahap 2.
Sekian dahulu untuk kali ini.
Jumpa lagi...
Gambo koi xbnyok chisss..letih koi lari
BalasPadam