Adapun posting kali ini lebih kepada satu hadiah kesembuhan buat beberapa orang guru dan anak-anak yang mula dilanda demam, selsema ataupun batuk. Paling terkesan dengan dugaan ini adalah Cikgu Siti Zaleha (gambar sebelah), yang tetap hadir ke sekolah walaupun beliau kini semakin teruk ke hulu ke hilir menghilangkan perit sakitnya. Katanya kepada saya petang tadi sambil ditenung Encik Amirulmukmin penuh saspen 'Sakit menjadikan kita semakin hampir dengan Allah, setiap saat bibir diucap ulang kalimah Allah, mengadu penuh hina hamba ini kesakitan di dunia. Bagaimana kelak kita di akhirat, saat matahari cuma sejengkal, menghadap Pencipta Yang Maha Berkuasa.Adakah kita bersedia?' dihumban persoalan itu kepada saya. Ditinggal pula persoalan itu oleh saya tanpa jawapan, hanya kedengaran bunyi debu dari daun-daun kering yang melintas...
Encik Amirul terus memandang, saya pula memikirkan apa aksara lagi mahu ditaip... layan aje la gambar yang mana sempat diambil sepanjang seminggu dua persekolahan awal tahun ini ye.
Perhimpunan rasmi Isnin pertama, Ustaz Syahirman menceriakan suasana pagi damai.
Kelihatan Cikgu Faiz dengan tangan berbalut, kesan perlanggaran di Sabah, Alhamdulillah selamat.
Senyum Penolong Ketua Murid, Hajar Elyana.
Dengar ucapan guru.
Ada lagi yang menguap, perlu sesuaikan suasana setelah lebih sebulan bercuti.
Semoga kalian generasi Pemimpin suatu hari nanti.
Bersih-bersih muka deme, ahli syurga...
Pendengar setia.
Ikhwan (kiri sekali), menumpang kasih dalam mengejar keseimbangan ilmu dunia dan akhirat...moga besar pahala untukmu...
Ada sesuatu yang difikirkan mereka...
Senyum...
Tiada yang mengantuk di sini.
Apa agak yang difikirkan mereka...
Al Fadhil Guru Besar, takkan jemu dengan anak-anak selagi nafas dihela...
Kembar kini darjah 6, suka duka berterusan selagi kita bersama...
Surau kecil ini kami berhimpit, mencari sesuap ganjaran milik Allah untuk umatNya.
Bacalah...
Setiap huruf ada pahala...
Sedari kecil disemai, moga berkekalan...
Kenangan, penutup transisi, tanpa mereka serinya pudar.
Itulah sekolah, seronok sampai terlupa cerita di rumah.
Kecintaan buat anak didiknya jangan disanggah, inilah ibu mithali kami. ditatang penuh kasih sayang.
Menariknya mereka, bercerita bersama dalam dunia magik!
Ini citanya mahu jadi ustazah, doakan!
Teacher Faeza, jangan dicerai kasih sayangnya untuk anak-anak, kelak merana!
'Berlari sekalipun, taatlah guru, ibu dan bapa, usah memilih tanggang!' katanya...
Apalah daya diri tidak berdaya, kugagah biar susah untuk anak berjaya...
Aduh...ibu ini penuh cerita suka duka, air mata saksi kejayaan anak-anak.
Si mithali darjah satu.
Zaman ini kita telah lalui, segunung doa semoga mereka dirahmati dan diberkati dalam mengutip ilmuMu...
Sekian, jumpa lagi...
Semoga berjaya semua,sebak pulak baca petang-petang gini
BalasPadambestnye attaqwa skrg !!! dulu lain ,skrg lain... dulu atap warna hijau .... skrg merah... saya bekas plajar attaqwa... syok nye tgk attaqwa skrg .... <3 <3 ALHMDULLAH...
BalasPadam