Sabtu, 16 Februari 2013

Ceramah Maulidurrasul 1434H

Assalamu'alaikum Warahmatullah.

Belek punya belek, rupa-rupa ada lagi program sekolah yang belum saya ceritakan di sini. Jadai mari kita baca cerita bergambar seterusnya...

Tapi sebelum daripada itu, ceramah ini telah diadakan pada 1 haribulan Febuari yang lalu. Ceramah disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Asri bin Awang, PKZ Pahang Cawangan Temerloh Bandar Ikan Patin (kini dikenali sebagai Temerloh Titik Tengah Semenanjung).

Aaa baru boleh layan cerita bergambar..jom

Persiapan telah dibuat 3 hari sebelum ceramah. Nak tercabut otot memasangnya! Terima kasih Encik Wan kerana mengangkut barang menggunakan lori beliau tanpa kos!

Ustaz Man, bekas pemenang angkat berat di Mesir suatu ketika dahulu.


Cuaca baik, badan baik, kerja beres!

Semua amatur belaka, nak pasang mula-mula ni mau dekat 23 minit.

Tukang lampu kita.

Amboh beh ngat YB tak jadi kita duk atas kerusi empuk!

Encik Amirulmukmin, tanpa beliau siapalah kami...

Ceramah untuk murid dahulu siangnya...

Menanti kehadiran murid lain.

Mudahnya dapat pahala, angkut kerusi pun dapat!

Kompom ambik gambo sendiri.

Jambui lew tuiiiii.


Tuan Haji jangan serius ngat.

Padanla serius tuan aji, kena angkat berat lagi.

Macam nak buat konsert je.

Jaga kejambuan. Sedang menyemak muka ade jerawat ke tak.huhu

Cikgu Noriza membungakan pentas, dibantu bunga-bunga taqwa.

Mereka berdua merupakan adik beradik, ini tahun ke dua mereka bersama kami, senyum sentiasa.

Syahmi, kehidupan di kampung juga malu begini.

Masa ni hati cukup lega.

Ustaz Asri, duduk dua dari kiri.

Ceramahnya penuh maklumat dan ilmu.

Tempat khas murid.

Cikgu Yan memantau.

Antara yang hadir.

 
Muslimat.

Muslimat baris belakang.

Antara murid perempuan yang hadir.

Dari belakang.

Buku-buku yang dijual menjanjikan ilmu.

Unit keselamatan lalulintas.hehehe

Penuh sampai kolam.

Sebahagian muslimin.

Encik Ramli segak menggayakan baju melayu jahitan kedai baisuddin.

Dari belakang ustaz.

Rindu pada mereka terubat sedikit...tak gitu?

Sedang menyiapkan laporan.

Diakhiri selawat beramai-ramai.

Saya mewakili pihak PIBG dan Sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis ini secara langsung atau tidak. Bagi yang hadir, tahniah diucapkan, moga ganjaran pahala Allah sebesar-sebesarnya dikurniakan untuk kalian. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan, kekurangan dan ketidakselesaan sepanjang majlis diadakan. Semoga berjumpa lagi untuk program seterusnya pada 1 haribulan Mac ini yang menampilkan Ustaz Muhamad Idris bin Derus pula.Jazakumullah!












1 ulasan: