Isnin, 21 November 2011

Petrosains Yang Mengejutkan!

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Pandai Cikgu Julina merahsiakan perkara ini. Walaupun berkali-kali sahabat disekolah cuba menghubungi beliau sehingga menyebabkan cramp tangan dan kaki mendail nombornye, rahsia itu akhirnya dipecahkan di sekolah dan bukan di sekolah bukit chermin ataupun dalam kete.

Alhamdulillah, syukur pada Allah atas kejayaan ini. Malah langsung tidak difikirkan anak-anak ini akan menang. Sekadar menyertai program sebagai memenuhi aktiviti selepas UPSR, wakil sekolah Attaqwa membuat kejutan pula! Dalam pertandingan tersebut wakil Attaqwa iaitu Siti Hajar bt Sabar, Wan Nor Atiqah bt Wan Zainoddin dan Khadijah An-Najibah bt Azha Sabri mendapat tempat pertama dalam pertandingan rekacipta yang dikendalikan oleh Petrosains.

Tahniah diucapkan kepada mereka dan juga Cikgu Julina yang bersusah payah control stereng pergi dan balik!

Cikgu Azu macam senator je gayanye berucap.


'Kalo la dapat ke koi hadiah ni, beh jugek main atas jembatan kampong haji ali te' bisik Cikgu Hamidah dalam hati sambil dibisik juga oleh Cikgu Julina.

Siti Hajar bt Sabar, hadiah ini pasti amat bermakna buat anda!Tahniah!

Khadijah An-Najibah bt Azha Sabri menerima hadiah dengan penuh rendah hati.Tahniah!

Wan Nor Atiqah bt Wan Zainoddin, dari jauh kamu datang, mencipta nama di Attaqwa.Tahniah!















Replika cek kemenangan.Cikgu Midah nak le tu.














Kejayaan manis terakhir bersama Cikgu Julina semasa berada di Attaqwa.

1 ulasan:

  1. diharapkan pada masa akan dtg lebih ramai anak2 taqwa yg kreatif dan kritis dalam rekacipta

    BalasPadam