Isnin, 21 November 2011

Kem Membaca Ditutup

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Minggu akhir persekolahan juga telah diadakan satu majlis perasmian penutupan kem membaca. Mengikut ucapan perasmi penutup, Cik Siti Zaleha bt Abd Hamid (PK HEM) didapati peratus murid membaca meningkat namun peratus jumlah bacaan pula yang menurun.Di bawah ini adalah sedikit petikan ucapan beliau semasa majlis perasmian penutup diadakan:

"Diharap dengan program seperti ini, murid-murid dapat menambahkan lagi koleksi ilmu di dada masing-masing. Saya melihat peningkatan jumlah murid yang terlibat dalam kem ini satu perkara yang amat memberangsangkan, namun kemerosotan jumlah bacaan perlu diperbaiki kerana membaca itu jambatan ilmu. Jangan terlalu mengharapkan buku itu hadir di hadapan kita, tapi carilah buku di mana sahaja. Saya mahu beribu-ribu Aminah Adibah di sekolah ini yang minat membaca buku".

Begitulah sedikit ucapan perasmi dalam majlis tersebut. Beliau berhenti bercakap pun sebab hujan,ame dok mau sampe tengahari baru berenti.hehehehe

Ni la dia perasmi kita Cikgu Siti Zaleha sambil ditemani Cikgu Buku Norlizan.


Cikgu Hidanah pun nak jadik perasmi, tapi Cikgu Faeza dah sound awal-awal.



Tak dan nak rakam cara bunting tu terbuka.Idea Cikgu Zaimi rasanya.Cikgu Yan berdiri jauh takut bunting tu melayang ke dia.



Cameraman kena paksa amik gambar ni.



Pindah ke dewan, masa ni hujan lebat di luar. Ustaz Syahirman kawal keadaan.


Sampai sekarang saya masih kompiuh, gambar program ni ada 5 aje. Yang lain tak tau hilang ke mana, samada saya berkhayal masa tu atau tertekan butang delete. Kesulitan amat dikesali. Harap terhibur.

1 ulasan:

  1. hahaha...memang susah klu dah dpat mic..tengoklah yg tertera...ayat2 power tuh..hahah

    BalasPadam