Khamis, 28 Februari 2013

Ceramah Agama

Assalamu'alaikum Warahmatullah dan Salam Sejahtera

Semua diundang hadir...


Sabtu, 16 Februari 2013

Ceramah Maulidurrasul 1434H

Assalamu'alaikum Warahmatullah.

Belek punya belek, rupa-rupa ada lagi program sekolah yang belum saya ceritakan di sini. Jadai mari kita baca cerita bergambar seterusnya...

Tapi sebelum daripada itu, ceramah ini telah diadakan pada 1 haribulan Febuari yang lalu. Ceramah disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Asri bin Awang, PKZ Pahang Cawangan Temerloh Bandar Ikan Patin (kini dikenali sebagai Temerloh Titik Tengah Semenanjung).

Aaa baru boleh layan cerita bergambar..jom

Persiapan telah dibuat 3 hari sebelum ceramah. Nak tercabut otot memasangnya! Terima kasih Encik Wan kerana mengangkut barang menggunakan lori beliau tanpa kos!

Ustaz Man, bekas pemenang angkat berat di Mesir suatu ketika dahulu.

Jumaat, 8 Februari 2013

Kejohanan Merentas Desa 2013 Peringkat Sekolah

Assalamu'alaikum Warahmatullah dan Salam Sejahtera.

Selepas pada ini, insya Allah kita ada entry temubual khas bersama guru baru kita. Nantikan kemunculannya. Para wartawan pesisir laut kami masih dalam meng 'edit' temubual yang telah dibuat baru-baru ini.

Adapun kali ini, ceritanya berkaitan merentas desa. Sesiapa yang tak pernah masuk aktiviti seperti ini, baik masuk. Kalau tidak hidup anda belum sempurna...hehehe. Aksi pada tahun ini lebih mantap. Dengan pertukaran rumah sukan antara murid dan guru, pastilah suasananya bertambah meriah. Tambah-tambah rumah Laksamana yang dilihat sebagai pasukan pilihan juara berganda musim ini. Rumah lain? Sekadara penyertaan sudahla.Hehehe

Mari kita berkongsi bersama suka duka kejohanan merentas desa kali ini. Jom layan...

Para urusetia sibuk memasang banner mula dan tamat, dikawal rapi Encik Zukiman.

Senaman diketuai Cikgu Zaimi.

Khamis, 7 Februari 2013

Mencari sesuap pahala...

Assalamu'alaikum Warahmatullah dan Salam Sejahtera

Apa khabar kalian di sana? Maafkan saya. Sudah lama ditinggalkan blog ini tanpa dijenguk apatah lagi dijeling. Maaf sekali lagi. Sedar tak sedar kita kini berada di bulan Febuari dan penghujung bulan kelahiran manusia teragung, kekasih kita Muhammad S.A.W.

Ingat suatu ketika dahulu, tika saya dan rakan-rakan bermain lastik di malam hari di Masjid Jengka 3, orang tua pula sibuk mengaji kitab tua. Kami di luar lebih suka bermain dengan malam. Bulan mengambang menerangi sedikit kegelapan, suasana seram pula dirasa. Maka diambil lastik lantas di tuju ke bulan perginya. Sampaikah? Tidak. Batu itu sekadar jatuh dalam semak di hadapan. Kata sahabat saya, lastiklah sampai kiamat, takkan sampai!!! Benar katanya. Manakan sampai ke sana. "Sekurang-kurangnya kita telah berusaha.Walaupun memang sah tak sampai, bukankah kita punya pahala malam ini?" kata sahabat saya anak tok siak ketika itu. 

Persoal sahabat saya Fauzi namanya "Apsal pulak dapat pahala?" Maka dijawabnya anak tok siak " Tadi kita melastik bulan, sedang melastik kita mengagungkan ciptaan Allah, mengambil batu dijalan sebagai peluru lastik kita, yang entahnya dilanggar motor malam gelap disulami cahaya bulan, pasti terguling motor itu ke kolam Pak Usop, bukankah itu pahala?". Ya, di selekoh masjid itu berkali motor bersama tuannya meniarap, meninggalkan parut hitam di lutut juga di dahi, pasti di hati sakit hanya pada batu jalan!

Ya, sekadar melastik mulanya. Begitu juga dengan program gotong royong anjuran PIBG yang lalu. Rata-rata yang hadir mengulit senyum, malu-malu bila pertama kali berjumpa, pertama kali bekerja bersama-sama. Senyum, malu-malu itukan tanda iman? Begitulah kita, pasti peluh keluarnya hari itu, peluh bukan paksaan, tapi peluh yang mendatangkan pahala. Kita merapatkan hubungan ukhwah tanda kasih kita sesama, tanda kasih kita pada Muhammad dan Allah kerna di situ ada ajarannya disemai...

Terima kasih diucapkan kepada semua murid-murid dan kaum ibu serta bapa, hadir penuh rela membantu dalam gotong royong perdana lalu. Semoga Allah ampuni, kurniakan kejayaan, rahmat,rapatkan ukhwah, curahkan rezeki buat kita semua.

Gambar?....Ada macam biasa.

Mereka berebut mahu membantu.