Sukacitalah saya mengucapkan selamat tahun baru kepada semua rakyat Malaysia amnya, juga kepada warga attaqwa khususnya. Tahun ini sudah pastilah di mana tahun kami perlu meningkatkan lagi prestasi murid. Sepertimana ibu bapa / penjaga memberi kepercayaan menghantar anak mereka ke sini, kami akan pastikan harapan kalian termakbul hendaknya, Insya Allah.
Heheh, ok tak ucapan atas tu? Moga harapan kita menjadi kenyataan. Adapun hari orientasi murid darjah satu tempohari yang berlangsung pada hari terakhir 2012, hujan sepoi-sepoi turunnya. Bak kata Cikgu Faeza (gambar sebelah) ''Turunnya hujan ditunggu, perginya ia dirindu. Hujan melayangkan fikiran saya ingin menjadi rintikan airnya, supaya saya dapat menjadi penyejuk semua yang ada dibumi, bimbang pula jika rintiknya melata bahaya, jadi pula peresah hati insan bernyawa...oh hujan". Begitulah beliau bermadah, tu gambar sebelah tu dia tengah menaip, dan saya cilok letak dalam ni.hehe
Hari ini hujan lagi, pertama persekolahan semua murid seluruh Malaysia. Bukan disebabkan madah pujangga Cikgu Faeza di atas, akan tetapi kuasa Allah yang
menentukannya. Musim hujan di pantai timur belum tamat. Itulah sebabnya buat kali pertama dalam sejarah, Encik Amirul telah meletakkan keretanya di tepi paya dalam kawasan sekolah, sebagai simbolik hujan itu perlukan perhatian. hehe
Saya pula tidak kira hujan, panas, berembun, kilat sabung menyabung, ingin menyajikan anda dengan gambar terkini. Jom layan...
Bincang bisnes cekelat susu.
Aksi sebelum mesyuarat. Masa mesyuarat takde aksi ni.
Baju, tudung, fail, meja sama warna.
Tengah nengok cara nak install printer.
Dari muka big bos kita tau, beliau mahu 2013 tahun ceria beliau dan ahli-ahli attaqwa.
Cikgu Zaimi masih malu dengan ustaz Syahirman. Padahal ustaz tu lelaki, nak malu apa.
Ini aksi dalam mesyuarat pulak.kihkihkih
Ini pula aksi ibu mengandung. Doakan kesihatan dan keselamatan buat Cikgu Yan dan kandungannya.
Menjeling kerana bisnes cokelat susu kena potong line.
Ni gambar tadi, kenapa ade lagi?
Tugas pertama Cikgu Julina pada hari orientasi murid darjah 1.
Seronok dapat buku teks.
Cikgu Aida memimpin anak baru attaqwa.
Dapat buku terus tengok gambar, baca belum lagi huhuhu
Macam tak puas ati ngan kemeremen je.
Nak join sekali masih malu-malu kucing, jeling aje la.
Larat ke bawak semua buku tu?
Antara ibu yang setia menemani anak.
Daftar dulu sebelum dengar taklimat.
Mari berkenalan.
Ustaz Sahran menjadi tumpuan kerana aksi beliau menyusun kerusi dengan pantas.
Cikgu Hamidah menghilangkan gemurhnya dengan mendapatkan air jampi Cikgu Julina.
Apsal hanger ade kat tengah-tengah tu?
Ha sudah dia dah mula dah...tihtihtihtih
Macam-macam aksi deme ni.
Ustaz Fairus dah tiba, sentiasa hadir setiap program sekolah, perlu dicontohi.
Suka ngat dia, abih semua gigi nampok.
Penuh semangat, penuh informasi.
Lebih kurang sama ngan Cikgu Siti, tiru ek?
Sesi cek nama.
Ha kecik-kecik dulu tak mboh, bila dah berusia ni mulalah geli sana geli sini.
Hari pertama, berbaris depan kelas sahaja.
Khusuk mendengar ucapan Al Fadhil Ustaz Mohd Khairudin.
Ibu bapa yang setia menanti.
Kat atas pun ada. ni yang malu-malu macam kemeremen la ni.hihi
Darjah 6 2013.
Cikgu Aida siap sedia menanti.
Antara penjaga pra sekolah.
Antara adik-adik pra sekolah.
Dah mula belajar.
Apa yang menarik dalam gambar ini?
Cikgu Faiz, hadir walaupun masih belum sembuh sepenuhnya.
Senyuman ini sentiasa menusuk kalbu anak-anak pra sekolah, bukan tangannya.
Cikgu Noriza mula tunjukkan skil mengajar.
Pelik dia nengok Cikgu Noriza.
Hehehe ade jugak di sini.
Macam muka faiz darjah 6.
Itu sahaja untuk kali ini. Lain kali berjumpa lagi bersama madah cikgu faeza hihihihihi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan